CantikSolekan

7 Tips Mudah Untuk Anda Kelihatan Cantik Natural

Cantik Natural - Women Online Magazine (1)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: vignette3

Cantik Natural. Teringin untuk kelihatan cantik natural sepanjang masa? Tanpa menggunakan mekap secara berlebihan pun sebenarnya boleh membuatkan anda nampak ‘fresh’ sepanjang hari.

Tidak dinafikan, memang ramai wanita yang menggunakan mekap agar tetap nampak awet muda dan cantik , biarpun usia sudah berusia. Menurut sumber yang dikutip daripada All Women Stalk,ada beberapa tips untuk cantik natural meskipun anda sudah memasuki usia tua. Semak!

 

7 Tips Cantik Natural

1. Hindari Stress

Jangan terlalu sering memikirkan sesuatu sehingga anda jadi stress. Ini adalah kerana  stress yang berpanjangan boleh menjejaskan tahap kesihatan anda. Pengaruh stress  membuatkan kulit anda berpeluh, kering dan cepat berkedut.

 

2. Pakai Moisturizer

Paling kurang, anda wajar mengaplikasikan pelembab pada kulit anda secara menyeluruh pada setiap pagi sebelum memulakan aktiviti. Jika anda banyak melakukan aktiviti, elok disapu selalu agar kelembapan kulit anda tetap terjaga.

 

3. Rajin Bersenam

Bersenam sangat penting dilakukan untuk menjaga kesihatan tubuh. Bukan orang yang kurang sihat sahaja dianjurkan bersenam. Sebaliknya,  anda yang sihat pun digalakkan untuk terus menjaga kesihatan tubuh. Secara tak langsung, bersenam juga dapat membuatkan kulit anda menjadi lebih cerah dan segar kerana tidak ada  kuman yang membuatkan kulit anda menjadi kusam dan kering. Antara senaman yang boleh anda lakukan ialah seperti berjogging, areobik dan berbasikal.

 

4. Dapatkan Rehat Yang Mencukupi

Biar sesibuk manapun anda, tubuh tetap memerlukan rehat yang mencukupi. Tidur minimum 7-8 jam sehari sangat digalakkan agar anda kelihatan lebih  cantik natural dan awet muda.

 

Baca Juga: Petua Awet Muda

 

5. Masker Semulajadi

Sihat dan segarkan kulit wajah anda dengan masker semulajadi buatan anda sendiri Caranya mudah sahaja, campurkan putih telur dengan air perahan jus lemon. Kacau sampai berbuih, kemudian sapukan masker tersebut ke seluruh wajah anda yang sudah dibersihkan secara merata. Lakukan secara rutin, kulit wajah anda akan lembab kerana kandungan protein dalam putih telur.

 

6. Relaks Diri

Sentiasa merelakskan diri sejenak agar tubuh anda menjadi relaks. Paling tidak, 5-10 minit setiap hari di selang-selikan di tengah kesibukan anda itu. Cubalah cari ruang atau ‘port’ yang damai untuk menghirup udara segar buat seketika.

 

7. Mulakan Sejak Awal

Mulakan perawatan anti aging sejak usia 20-an lagi seperti perawatan serum, krim malam, dan krim mata. Carilah produk kecantikan yang sesuai dengan usia anda pada saat itu.Manfaat dari perawatan ini boleh anda rasakan ketika memasuki usia tua nanti.

 

Tips Ekstra

Trik Mekap Untuk Nampak Cantik Natural

Jika ingin kelihatan cantik natural anda sebenarnya tidak perlu mekap secara berlebihan. Memadai gunakan beberapa alat sahaja untuk tampil cantik natural ke kolej ataupun pejabat.

 

Pelentik Bulu Mata: Panaskan pelentik bulu mata selama beberapa saat dengan hair dryer sebelum digunakan. Ini akan membantu melentikkan bulu mata lebih cepat dan tahanlebih lama.

 

Blush On: Agar nampak kemerahan,  sapukan blush on dengan berus besar pada pipi anda. Ingat, aplikasikan tipis saja, ya. Ini bertujuan agar wajah anda nampak lebih fresh.

 

Baca Juga: Cara Betul Pakai Pemerah Pipi

 

Lip Gloss: Gunakan lip gloss tanpa warna atau yang sesuai dengan warna bibir anda. Oleskan sedikit saja, lalu ratakan pada seluruh bibir. Penggunaan lip gloss akan menerangi kulit dan memberikan ilusi cahaya, sehingga penampilan anda kelihatan lebih segar.

 

Kertas Minyak: Sediakan selalu kertas minyak di dalam beg tangan. Produk ini lebih berguna untuk menyeka minyak pada wajah daripada menutupinya dengan bedak.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Ketahui tips solekan untuk wajah berjerawat di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Daging Pekasam "Power"

Next post

7 Jenis Tudung Instant Yang Cantik Dan Mudah Digayakan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *