CantikRambut

9 Petua Semulajadi Paling Berkesan Untuk Atasi Rambut Gugur

atasi rambut gugur - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Rambut Gugur. Setiapkali menyikat rambut, banyak sekali rambut yang gugur!

Jangan dibiarkan kerana ia boleh mengundang kebotakan. Masalah rambut gugur ini sering dialami oleh wanita dan juga lelaki,tanpa mengenal usia, tua ataupun muda. Jika masalah ini tidak segera ditangani serta diberikan rawatan yang tepat, sesiapa sahaja boleh mengalami kebotakan.

Banyak sekali cara yang boleh anda lakukan untuk mencegah rambut rosak, mengatasi rambut gugur ataupun menumbuhkan rambut botak. Paling mudah, anda boleh pratikan di rumah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Berikut petua semulajadi mengatasi rambut gugur;

1. Gunakan Santan

Cara ini sudah popular sejak dahulu lagi dan diperakui mampu mengatasi rambut gugur dan menumbuhkan rambut. Lumurkan 250ml-500ml santan ke kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala suam dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Rawatan ini akan membuatkan rambut menjadi lebih lembut dan bersinar. Lakukan proses ini secara rutin, tiga kali dalam seminggu.

 

2. Manfaat Minyak Zaitun

Kebaikan minyak zaitun memang banyak. Salah satunya, meningkatkan proses pertumbuhan rambut, mengatasi rambut gugur serta menyihatkan keadaan kulit kepala anda. Caranya cukup mudah, titiskan empat hingga lima titis minyak zaitun setelah anda mencuci rambut. Kemudian urut perlahan-lahan kulit kepala. Sebaiknya dilakukan pada malam hari agar kandungan minyak zaitun menyerap pada kulit kepala. Keesokan pagi, cucilah rambut anda hingga bersih.

 

3. Rahsia Minyak Kelapa

Khasiat minyak kelapa memang tiada tandingannya. Rambut gugur dan kelemumur yang menyekat pertumbuhan rambut boleh diatasi dengan minyak kelapa. Sapu minyak kelapa pada kulit kepala hingga rambut. Pastikan seluruh akar rambut itu terkena minyak kelapa. Jika proses ini anda lakukan secara rutin pada setiap hari, tidak mustahil masalah rambut gugur dan berkelemumur itu akan segera hilang. Bahkan, akar rambut anda juga akan menjadi lebih kuat sehingga proses pertumbuhan rambut menjadi lebih cepat.

 

4. Telur

Cara semulajadi menyelesaikan masalah rambut gugur ialah dengan memanfaatkan telur kuning. Sapukan telur kuning pada rambut dan kulit kepala. Kemudian urut kulit kepala 10-15 minit. Setelah itu, cuci dengan menggunakan syampu agar tidak meninggalkan bau hanyir pada rambut. Sebaiknya anda melakukan proses ini tiga hingga empat kali dalam seminggu.

 

Baca Juga: Masker Telur

 

Info Ekstra!

Terdapat beberapa jenis makanan yang mampu membantu anda mencegah rambut gugur dan masalah kebotakan. Jom, semak!

5. Yogurt dan susu rendah lemak,  merupakan sumber vitamin A yang baik. Makanan ini membantu meningkatkan produksi sebum sehingga mencegah rambut gugur dan masalah kebotakan dengan cara semulajadi.

 

6. Bayam bukan sahaja kaya dengan antioksidan, vitamin B, vitamin C dan vitamin E. Bahkan, bayam  juga kaya dengan potassium, omega-3, zat besi serta kalsium yang membantu memaksimalkan pertumbuhan rambut, sekaligus mencegah rambut gugur.

 

7. Telur, di dalamnya terdapat banyak protein dan omega-3 yang amat diperlukan oleh rambut. Selain itu ,telur juga merupakan sumber vitamin B yang dapat membantu mencegah rambut gugur dan merangsang pertumbuhan rambut.

 

8. Kacang-kacangan. Jika anda  ingin mencegah rambut gugur dan botak, jangan lupa masukan menu kacang ini dalam hidangan anda. Kacang kaya dengan protein, pelbagai vitamin, serta mineral dan phytochemical yang bermanfaat sekali untuk mencegah masalah rambut rosak.

 

Baca Juga: Kebaikan Lobak Merah

 

9. Jangan menolak untuk memakan lobak merah! Vitamin A dan betakaroten yang terkandung daripada lobak merah ini sangat penting. Fungsinya adalah untuk membantu memproduksi sebum di kulit kepala yang akan merangsang pertumbuhan rambut, sekaligus membantu mencegah rambut gugur.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Sering berasa gatal di celah kelangkang? Jangan digaru! Klik link ini untuk info selanjutnya.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Shawl Labuh Pilihan Terbaik Buat Anda

Next post

5 Petua Miliki Rambut Tebal Yang Cantik

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *