CantikRambut

9 Tips Penjagaan Rambut Sihat Melalui Sumber Vitamin & Suplemen

Tips Penjagaan Rambut - Women Online Magazine

Ada banyak cara untuk melindungi dan merawat rambut secara semulajadi. Pengambilan nutrisi dari bahan makanan yang dapat merangsang pertumbuhan sel-sel akar rambut mahupun menambah kekuatan akar dan batang rambut itu sendiri.

Jadi, pilihlah makanan yang mempunyai vitamin dan mineral yang terbaik untuk rambut sihat. Antara tips penjagaan rambut sihat adalah seperti berikut:

  1. Protein

Lebih dari 90 peratus rambut anda terdiri dari protein, sehingga anda perlu memiliki protein yang secukupnya dalam diet anda untuk menyokong pertumbuhan rambut. Ia boleh diperoleh melalui makanan seperti daging, ikan, telur dan produk susu tinggi protein. Anda yang vegetarian boleh mendapatkan protein dari pada sumber tanaman seperti kacang soya, biji-bijian dan kacang-kacangan.

  1. Beta Karoten

Antioksidan ini dapat membantu mengolah protein tubuh anda, dapat mendorong pertumbuhan rambut serta dapat membantu mencegah kerosakan rambut. Ia terdapat banyak dalam buah-buahan dan sayuran, terutama yang berwarna oren.

  1. Vitamin A

Vitamin A memperkuatkan lagi kesihatan kulit kepala. Buah-buahan asam dan sayuran – melon, aprikot, labu, ubi jalar , brokoli dan lobak merah – merupakan sumber baik dari vitamin A.

  1. Vitamin B

Nutrisi dalam keluarga vitamin ini, sering disebut vitamin B kompleks, dapat membantu meningkatkan pertumbuhan rambut dan mencegah rambut patah dan rosak. Vitamin B3 (niacin) dapat menyuburkan folikel rambut, sedangkan vitamin B5, B6, dan B12 dapat mencegah rambut rosak dan beruban prematur. Vitamin B boleh diperoleh dari daging lembu, ikan, telur, biji-bijian, kacang-kacangan, biji bunga matahari, kacang pes, kacang-kacangan, sayuran berdaun hijau serta bijirin.

  1. Biotin

Kekurangan biotin dapat menyebabkan kulit kepala anda menjadi gatal dan bersisik. Untuk membantu menjaga kulit kepala agar tetap sihat, pilihlah biotin kaya daging, ikan, telur, produk susu, kacang-kacangan dan biji-bijian

  1. Vitamin C

Vitamin C membantu tubuh anda menyerap zat besi. Ia juga dapat membantu menjaga pembuluh darah supaya tetap sihat, membantu mencegah kerosakan rambut, dan meningkatkan pertumbuhan rambut. Semua buah-buahan masam seperti limau bali, limau nipis dan sebagainya – kaya dengan vitamin C, begitu juga dengan berry dan melon.

  1. Vitamin E

Vitamin antioksidan ini membantu sel-sel anda memperbaiki diri dan mengolah kitaran protein dalam tubuh serta mendorong pertumbuhan rambut dan membantu peredarannya. Vitamin E juga boleh diperoleh dalam sayuran hijau, minyak zaitun, gandum, biji-bijian, kacang-kacangan dan avocado.

  1. Vitamin K

Vitamin ini dapat meningkatkan kesihatan rambut. Boleh diperoleh dalam makanan laut, telur, hati, produk susu, sayuran hijau, buah ara, kubis, oatmeal, yogurt, dan gandum.

  1. Mineral

Pelbagai mineral, termasuk mineral runut,dapat membantu meningkatkan pertumbuhan rambut dan melindungi terhadap kerosakan rambut. Mineral boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan yang tidak diolah termasuk daging, makanan laut, kacang-kacangan, biji-bijian, hati, telur, beras, gandum, bijirin gandum, biji bunga matahari, bawang, kubis, mentimun, taugeh, sayuran berdaun hijau, strawberi, kurma dan kismis.

Kesimpulan

Pastikan pengambilan vitamin dan mineral tersebut mencukupi untuk hasil yang sempurna. Di samping itu, anda juga boleh mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan bagi mendapatkan vitamin secara semulajadi selain daripada suplemen.

Kredit foto: hdwallpapersinn

<< Ketahui cara mengatasi dan merawat rambut berbuah di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cantikkan Bibir Anda Dengan 16 Pilihan Warna Favorite, Color Show Lipstick!

Next post

Rambut Rosak, Dah Tak Ada Lagi! L'Oreal Paris Pelengkap Kesempurnaan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *