CantikDietSihat

7 Tips Kurangkan Berat Badan

Tips Kurangkan Berat Badan - women online magazine

Ada banyak cara untuk menurunkan berat badan, asalkan anda rajin melakukannya.

Selain itu, anda juga perlu memperhatikan gaya hidup anda agar tubuh terhindar daripada segala penyakit.Apabila anda disiplin dalam melakukannya, maka tubuh yang sihat serta ideal pasti menjadi milik anda.Lagipun gaya hidup yang tidak sihat juga boleh mengundang kegemukan.

Apabila berat badan anda naik secara mendadak, sudah pasti anda tidak akan tenang serta akan berusaha untuk menurunkannya.

Ada beberapa tips ringkas untuk menurunkan berat badan yang boleh anda cuba.

1. Diet Sihat

Anda perlu melakukan diet sihat dengan mengubah pola pemakanan anda. Pilihlah makanan rendah lemak, makan makanan yang dimasak secara rebus dan lebihkan pengambilan buah-buahan segar serta sayuran hijau.

2. Kena Bersenam

Untuk turunkan berat badan secara sihat, anda bukan sahaja perlu mengubah gaya hidup. Bahkan harus bersenam secara teratur. Ia akan memberikan perubahan pada bentuk tubuh kerana lemak akan jadi berkurangan. Tentu sahaja melakukan senaman seperti ‘push up', berjogging, bermain badminton dan sebagainya boleh mengusir timbunan lemak di tubuh. Bertimbunnya lemak di tubuh bukan hanya disebabkan oleh makanan, tetapi juga disebabkan anda malas bergerak sehingga banyak lemak terkumpul di tubuh!

3. Cukup Tidur, Cukup Rehat!

Kegemukan bukan sahaja berpunca daripada makanan, tetapi boleh disebabkan oleh kurang tidur dan rehat. Kurang tidur akan meningkatkan hormon rasa lapar serta menurunkan hormon rasa kenyang. Bahkan, ada yang berpendapat, orang yang tidur kurang daripada empat jam sehari mempunyai potensi menderita obesiti 73% lebih tinggi berbanding orang yang tidur di antara 7 hingga 9 jam sehari.

4. Kurangkan Stress

Stress dan suasana hati yang buruk boleh meningkatkan selera makan anda yang bakal membawa kepada kegemukan. Lagipun hormon kortisol yang keluar pada ketika anda stress akan merangsang nafsu makan, memperlambatkan metabolisme serta meningkatkan pengumpulan lemak di perut. Cubalah untuk relaks dan lakukan aktiviti sederhana seperti bertemu dengan teman-teman, mendengar muzik dan sebagainya bagi meredakan ketegangan anda itu.

5. Nikmati Khasiat Rempah Ratus

Jangan tak percaya, rempah ratus mempunyai pelbagai khasiat yang tersembunyi. Halia, gingseng, kunyit, kulit kayu manis dan buah pelaga dan jintan mampu meningkatkan metabolisme tubuh serta menurunkan berat badan.

6. Melakukan Urutan

Melakukan urutan pada bahagian tubuh yang banyak mengandungi lemak mampu ‘melepaskan' lemak yang berada di bawah kulit. Urutan juga mampu meningkatkan metabolisme tubuh serta melancarkan peredarand arah yang akan membuang racun serta membantu untuk kurangkan berat badan.

7. Pilih-Pilih Menu

Cuba kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Semakin sikit lemak atau kalori yang masuk ke dalam tubuh, semakin cepat berat badan anda untuk turun. Anda boleh menggantikan makanan yang mengandungi lemak dengan sayur-sayuran.

Di samping itu, ada juga perlu mengawal pengambilan minuman berkarbonat yang boleh menghancurkan usaha anda untuk mengurangkan berat badan. Minuman ini hanya akan membuatkan tubuh anda mempunyai risiko besar untuk terkena obesiti dan diabetis. Makanan yang bergoreng juga berpotensi menyimpan lemak trans dan akhirnya boleh menyebab pengumpulan lemak pada tubuh.

Cuba ubah cara masakan atau gaya pemakanan anda, hindari makanan yang digoreng dan usahakan memilih menu yang direbus, dikukus ataupun dibuat sup. Anda yang mengambil yoghurt bebas lemak, keju atau susu rendah lemak, tiga atau empat kali sehari mampu mengusir lemak daripada tubuh sebanyak 70%.

Kalsium dan susu akan memainkan peranan sebagai ‘kunci' yang memerintahkan tubuh membakar kelebihan lemak. Jadi minumlah segelas susu bebas lemak ketika anda bersarapan pagi, segelas yoghurt rendah lemak pada waktu tenghari dan segelas susu bebas lemak di malam hari.

Kredit foto: thegamez

 << Ketahui Menu Diet Untuk Kurus di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Anda Dijangkiti Sakit Mata Merah?

Next post

Cara Diet Yang Betul Tanpa Risiko

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *