CantikRambut

6 Petua Rambut Gugur

Petua Rambut Gugur - woman online magazine

Kredit : huffpost

Rambut anda banyak gugur? Ketahui Petua Rambut Gugur Bagi Mengatasi Masalah Tersebut.

Tahukah anda rambut yang mengalami kerosakan normal atau gugur yang sepatutnya adalah dalam lingkungan antara 50-100 helai sehari. Namun, jika rambut anda gugur lebih daripada tahap normal tersebut, bermakna anda perlu merawat rambut anda. Ini adalah kerana supaya anda dapat mencegahnya daripada kerosakan yang lebih teruk sehingga terjadinya kebotakan.Petua rambut gugur menggunakan bahan tradisional yang semulajadi ini sebaiknya anda cuba. Lagipun bahan semulajdi yang anda gunakan nanti tidak berbahaya dan menganggu kesihatan tubuh anda.

 

Berikut beberapa petua rambut gugur yang boleh anda cuba. Antaranya…

 

  1. Minyak Lavender

Minyak ini dikatakan mampu mengatasi masalah rambut rosak atau gugur. Ia terbukti boleh meningkatkan pertumbuhan pada bahagian rambut anda. Gunakan minyak lavender pada rambut anda, kemudian urutlah kulit kepala anda perlahan-lahan selama 16 minit. Lakukannya secara rutin dua minggu sekali.

 

  1. Makanan Berprotein Tinggi

Protein merupakan salah satu nutrisi yang amat diperlukan oleh rambut. Pengambilan protein dalam jumlah yang mencukupi boleh meningkatkan pertumbuhan rambut serta mencegah daripada kerosakan rambut.Jadi, mulakan segera memilih makanan berprotein tinggi agar rambut anda boleh tumbuh menjadi lebih sihat dan tebal.

 

  1. Minyak Zaitun & Minyak Kelapa

Campurkan dua sudu makan minyak zaitun dengan sesudu minyak kelapa. Baurkan kedua minyak ini sehingga sebati, kemudian sapukan dan urutlah perlahan-lahan pada kulit kepala.Kemudian pakai shower cap selama empat jam dan selepas itu barulah dibilas dengan syampu dan air bersih.

 

  1. Yogurt

Gunakan yogurt sebagai masker rambut.Lakukan secara teratur, dua atau tiga kali seminggu.

 

  1. Santan Kelapa

Anda boleh menggunakan santan kelapa sebagai petua rambut gugur yang berkesan.Caranya sangat mudah, anda cuma perlu lumurkan santan secara menyeluruh pada rambut dan kulit kepala. Urut-urutlah kulit kepala anda yang telah penuhi santan dan biarkan selama setengah jam. Setelah itu, basuh dengan air suam dan cucilah rambut seperti biasa. Lakukan secara teratur dua kali seminggu.

 

  1. Kacang Hijau

Ambillah secawan kacang hijau dan rendamnya semalaman. Tapis dan ambil airnya. Sapukan air kacang hijau pada kulit kepala sambil diurut-urut lembut. Cara ini lebih efektif untuk mengatasi rambut gugur yang berlebihan. Lakukan tiga kali seminggu dan anda akan melihat hasilnya nanti.

<< Ketahui cara untuk mencegah rambut botak di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kena Cuba! Cara Mudah Mengatasi Ketiak Basah

Next post

Cara Kuruskan Badan Selepas Bersalin

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *