Gaya HidupOh! LelakiRomantika

SIkap Lelaki Seperti Bos?

Sikap Lelaki Buat Wanita Loya

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: tipsofdivorce

Sikap Lelaki.Jom ketahui sikap lelaki yang membuatkan wanita berasa ‘loya' atau menyampah disebabkan perlakuan dan arahannya tak ubah seperti seorang bos!

 

Pada zaman sekarang bukanlah sesuatu yang pelik jika kita melihat ramai pasangan yang tidak sefahaman. Sikap lelaki yang sering ‘tunjuk kuasa’ sering buat wanita loya!Sungguhpun begitu, sebagai wanita yang juga merangkap pasangannya, anda tidak sepatutnya takut pada si dia. Selain saling mencintai, anda dan si dia wajar saling menghargai, menghormati, memberi semangat atau dorongan, dan membantu di antara satu sama lain. Sayangnya, prinsip itu belum difahami dengan lebih mendalam oleh kebanyakan kaum lelaki. Betul, kan….

Memanglah sikap lelaki itu tidak mengongkong anda seratus peratus, namun cuba ingat-ingat balik. Adakah setiap kali anda meminta izin untuk melakukan sesuatu, terdapat sederet syaratnya? Misalnya, “Boleh, asalkan anda begini, begitu, begini, begitu dan begini…”

Ini bermakna, si dia membenarkan anda pergi atau melakukan sesuatu yang anda sukai, tetapi dengan sejumlah ‘bayaran’ yang harus anda patuhi dan tidak boleh berkata, “Tidak”.

Sakit hati, kan? Apatah lagi, jika ‘belang’ si dia yang anda cintai itu baru terungkap setelah hubungan tersebut serius. Tentulah sikap lelaki sebegini membuatkan anda tak senang duduk. Jadi, bagaimana caranya untuk menghadapi perangai ‘tunjuk kuasa’, sikap lelaki yang buat wanita loya ini tidak ‘meletup’ pada bila-bila masa sahaja sehingga menghancurkan perhubungan tersebut?

 

Baca Juga: Pelamin Anganku Musnah

 

Apakah tindakan yang perlu anda buat, sementara pasangan lain sudah menerapkan prinsip saling memahami, anda dan si dia masih berantakan. Mahu tak mahu, anda terpaka melayan sikapnya seperti bos! Ikut suka hati dia sahaja nak perintah anda itu dan ini. Tidak termasuk lagi dengan kehendak atau kemahuan hatinya itu!

1. Tiada kepercayaan

Lelaki yang cenderung menuntut teman wanitanya, atau kelihatan seperti baik hati membolehkan kekasihnya melakukan hobi atau minatnya, namun dengan sejumlah syarat merupakan gambaran lelaki yang sebenarnya tidak rela teman wanitanya melakukan segala keinginannya dengan bebas.

Selain tidak rela dengan kebebasan anda, baik dalam berkarier atau pun bergaul, si dia yang terlalu banyak menuntut ini kemungkinannya belum mempunyai kepercayaan yang penuh terhadap anda. Contohnya, si dia ‘mengatur’ anda untuk berpenampilan tertentu, kerana si dia tidak mempercayai anda boleh berpenampilan sesuai dengan ‘standard’ yang diingininya.

 

2.  Antara ‘perfectionist’ dan perasaan ego

Mengapa seorang lelaki itu terlalu menuntut? Sebenarnya hobi menuntut ini saling berkait rapat dengan kecenderungan ‘male chauvinism’, iaitu keinginan seorang lelaki untuk kelihatan ‘lebih’ dari seorang wanita. Caranya, si dia menerapkan sejumlah syarat, peraturan atau larangan terhadap teman wanitanya. Ini juga ingin menunjukkan bahawa si dia lebih berkuasa pada kekasihnya.

Sememangnya sudah menjadi lumrah, ‘male chauvinism’ ada pada setiap lelaki, tetapi dengan kadar yang berbeza-beza. Apabila si lelaki ini dibesarkan dalam budaya dan keluarga yang mengagung-agungkan bahawa kaum lelaki lebih kuat dan lebih hebat daripada wanita, sifat ini menjadi semakin meningkat.

Sebaliknya, apabila si dia dibesarkan dalam keluarga yang demokratis dan memandang sikap saling memahami dan mempercayai itu penting, kadar sifat ini pun menurun. Sudah tentu si dia akan berasa segan atau malu untuk menuntut teman wanitanya kerana ia memandang pasangannya itu sebagai pasangan hidup yang perlu dihargai pendapatnya.

Selain itu, timbulnya sifat terlalu menuntut ini pada seseorang lelaki itu juga boleh terjadi disebabkan faktor didikan. Misalnya, sejak kecil si dia sudah terbiasa untuk memikul banyak tanggungjawab, seperti terpaksa bertanggungjawab terhadap adik-adiknya.

Sebaik sahaja dia mempunyai teman hidup, dia akan menerapkan peranan itu dalam perhubungan cintanya. Si dia mula merasakan seolah-olah bertanggung jawab sepenuhnya terhadap si kekasih, dalam bentuk membuat peraturan atau larangan untuknya.

 

Baca Juga: Hati Seorang Lelaki

 

Sungguh pun begitu, lelaki penuntut bukanlah seorang lelaki yang ‘perfectionist’. Lelaki sebegini menginginkan segala sesuatu itu serba sempurna, baik bagi dirinya sendiri mahu pun orang lain. Ini bermakna dia juga turut berkeras terhadap dirinya sendiri untuk memenuhi ‘standard’ yang telah di canang-canangkannya itu.

Situasi ini berbeza dengan lelaki bersifat penuntut. Dia hanya melakukannya terhadap orang lain, termasuk kekasihnya sendiri. Misalnya, kepada teman wanitanya, dia menuntut berpenampilan lebih rapi dan bersih, tetapi dia sendiri tidak begitu mengambil berat tentang soal penampilan serta kebersihan diri.

Lelaki penuntut sebenarnya lebih cenderung ego kerana sifatnya yang selalu minta dihargai ‘lebih’ dari teman wanitanya, membuatkan dia lebih memikirkan kepentingan diri sendiri, dan bukan orang lain. Mereka ini juga umumnya mengajukan tuntutan tanpa bertanya terlebih dahulu kepada kekasihnya.

 

Baca Juga: Lelaki Merajuk

 

Jika diminta memberikan alasan, biasanya dia akan melenting atau ‘naik darah’. Jadi, sebagai teman wanita yang tidak mahu memanjangkan sengketa, anda tentunya tidak mampu untuk berbuat apa-apa, atau membantah melainkan terpaksa bersetuju!

 

3.  Mengalah bukan jalan penyelesaian

Menghadapi teman lelaki yang terlalu menuntut, bukan sedikit wanita yang mengambil jalan pasrah atau mengalah. Tetapi, kamu harus ingat, jika anda terlalu kerap mengalah atau pasrah, sedangkan kemahuannya itu menjadi semakin meningkat ia boleh membahayakan perhubungan kalian.

Ini adalah kerana, boleh jadi juga lama-kelamaan sikap manja anda sebagai kekasihnya itu akan terhakis sedikit demi sedikit oleh perangai si dia yang terlalu menuntut itu. Anda yang selalunya menjadi ‘pak turut’, tiba-tiba sahaja boleh jadi memberontak. Tentulah perkara ini akan menimbulkan tanda tanya besar di hati si dia dan perasaan curiga mula bermukim, “Jangan-jangan dia ni dah ada lelaki lain?” Atau, “Jangan-jangan ada orang yang jadi ‘batu api’ menghasut dia, sehingga berani untuk lepas laku.”

Lelaki ini mungkin tidak menyedari, bahawa pemikiran teman wanitanya itu sudah berkembang, atau sudah terlalu penat untuk menjadi ‘pak turut’. Para lelaki ini memilih bersikap ‘defensif’. Anda yang sudah stress dengan tuntutan si dia nampak gayanya tidak kalah garangnya. Akhirnya, anda tinggal menanti waktu untuk menamatkan perhubungan tersebut.

Tentunya anda tidak mahu perkara tersebut terjadi? Jadi, adalah lebih baik anda mengawal atau menghadapkan tuntutan si dia itu agar tidak ‘lebih-lebih’. Jika berasa amat sukar untuk menyingkapnya, jangan sesekali merungut di belakangnya.

Selain itu, sebelum anda berterus-terang adalah lebih baik anda mengkaji diri anda sendiri terlebih dahulu,pastikan apakah tuntutan atau kemahuan si dia itu memang masuk akal dan memiliki kebenarannya. Ajak si dia berbicara dari hati ke hati tentang keinginan serta harapan anda. Pastikan anda memilih suasana yang tenang terlebih dahulu. Tanyakan pada si dia alasan yang terkandung di sebalik kemahuannya itu.

 

Baca Juga: Tips Pikat Lelaki Pendiam

 

Setelah itu juga, kemukakan perkara yang tidak dapat diterima oleh anda disebabkan oleh kemahuannya itu dan juga kepentingan anda. Misalnya, anda perlu bergaul, bukan sekadar untuk berseronok, tetapi juga ingin meluaskan pergaulan dan menambah wawasan. Jika si dia masih tetap dengan tuntutannya, tahan diri melawannya secara ‘frontal’.

Cari strategi untuk mencapai jalan penyelesaian yang baik demi untuk memenuhi tuntutannya tanpa mengurangi hak anda sebagai wanita. Harus diingat, sebagai wanita jangan terlalu naif menerima semua tuntutan teman lelaki anda itu.

Apatah lagi, si dia itu belum tentu lagi menjadi suami anda nanti. Di mana letaknya kebaikan dan ketulusan hatinya, jika sebagai kekasih pun dia sudah membuatkan anda sentiasa penat dan selalu berada dalam keadaan tertekan? Jadi, sebelum terlambat, fikir-fikirkanlah adakah anda mahu meneruskan perhubungan tersebut atau ucapkan sahaja, “Selamat jalan, Romeo.”

 

Kenal Pasti Si Dia Sebelum Mengikat Janji
Jika anda cukup cermat mengamati pasangan anda, sebenarnya sikap lelaki penuntut ini sudah nampak sejak mula anda menjalinkan perhubungan lagi.

Antara lain:

• Kegemarannya adalah mengatur hidup anda.
Tanpa bertanyakan atau meminta pendapat kamu terlebih dahulu, si dia terus membuat kata putus. Segala-galanya berada di tangannya dan apa yang dilakukan mengikut ‘seleranya’ sahaja.

Sikap lelaki penuntut sudah berani membuat peraturan biarpun hubungan cinta baru hendak berkembang. Biasanya larangan tersebut bersifat ‘samar-samar’.

Sanggup berhujan panas bersama. Misalnya, si dia sanggup bersusah-payah menjemput dan menghantar anda ke mana sahaja, tak ubah seperti pemandu peribadi. Sekalipun terpaksa mengorbankan kepentingan peribadinya atau pekerjaannya, si dia tetap sanggup! Apabila hubungan sudah menjadi bertambah serius, si dia mula menuntut anda turut berbuat baik padanya. Ini adalah kerana si dia merasakan sudah mengorbankan dirinya sewaktu mula bercinta dahulu.

Sikap lelaki penuntut, tidak menyukai anda pergi dengan orang lain. Ke mana-mana pun anda ‘wajib’ ditemani oleh dirinya. Biasanya si dia akan menyamarkan sifat ‘possessive’ nya ini dengan mengatakan, ingin bertanggung jawab di atas keselamatan anda.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda.

<< Jom Kenali 7 tanda si lelaki memang playboy di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Punca Gemuk Yang Selama Ini Anda Mungkin Tertipu

Next post

Miliki Perut Rata Dengan 6 Makanan Berkhasiat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *