FesyenGaya HidupMode

6 Tips Paling Tepat Pilih Kebaya Moden Raya

kebaya moden - women online magazine

Kredit Foto: rumahbebe

Kebaya Moden.Kini rekaan dan material baju kebaya sangat bervariasi sehingga mengubah penampilan seorang wanita menjadi lebih moden,cantik dan menawan!

Ternyata kebaya juga telah berubah mengikut arus fesyen. Kebaya moden sering menjadi pilihan kaum wanita untuk diperagakannya  terutama ketika musim perayaan malah perkahwinan. Malahan,kebaya modenjuga  telah disesuaikan dengan penampilan wanita sehari-hari.

Kebaya momen muncul dengan pelbagai jenis gaya, rekaan atau potongan seperti kebaya lengan pendek, kebaya nyonya atau kebaya Muslimah  untuk majlis perkahwinan. Kebaya jenis ini telah direka khas  untuk majlis formal dan semi formal.

Terdapat beberapa jenis potongan kebaya tradisional yang telah dimodenkan. Antaranya ialah:

1. Kebaya Nyonya

Kebaya Nyonya biasanya menggunakan fabrik jenis kain kasa rubia. Kain tenunan kosong ini adalah sedikit jarang, ringan dan diperbuat daripada benang pintal yang halus.
Benang yang digunakan untuk menjahit fabrik ini ialah benang sulaman mesin daripada kapas, sutera atau poliester. Pada zaman dulu, fabrik dan benang yang digunakan untuk membuat kebaya Nyonya adalah daripada jenis bermutu paling tinggi dan diimport dari Eropah.Kebaya jenis ini telah mendapat sentuhan moden dengan corak tenunan mengikut corak pilihan semasa.

 

2. Kebaya Cheti

Kebaya Cheti ini dulunya dipakai oleh kaum India Cheti. Ia adalah berbeza dengan kebaya nyonya kerana ia menggunakan bahan legap dan dihias dengan sulaman halus atau kosong.Kebaya jenis ini mempunyai potongan yang tidak labuh dan digunakan oleh wanita zaman sekarang dan boleh dipadankan dengan hijab kerana kainnya tidak jarang sama sekali.

 

3. Kebarung

Kebarung adalah gabungan singkatan dari perkataan baju kurung dan kebaya. Busana ini berasal dari Selangor dan ia juga telah diubah suai rekaannya supaya kelihatan lebih moden dan penggunaan kain yang cantik. Ia juga dijadikan sebagai busana perkahwinan dan ditambah dengan pelbagai aksesori untuk melengkapkan gaya.

 

4. Kebaya pengantin

Kebaya pengantin tidak terhad kepada kebaya pendek sahaja. Ia telah diubah suai menjadi kebaya labuh paras buku lali dan dipadankan dengan kain yang tidak terlalu sarat coraknya. Ini adalah kerana kebaya pengantin dihias dengan banyak labuci dan manik-manik bercahaya supaya kelihatan lebih elegan.Kebaya pengantin juga menggabungkan pelbagai jenis kebaya mengikut kehendak pengantin itu sendiri dan konsep majlis perkahwinan.

 

5. Kebaya berlengan pendek

Kebaya jenis ini mendapat sambutan yang hangat kerana ia tidak terbatas jika sang pemakai ingin memakainya secara santai tetapi ia terpulang pada hiasan kebaya tersebut. Kebanyakan kebaya berlengan pendek menerapkan unsur moden dimana corak sulaman dan jahitan manik dikurangkan.Namun, ada juga kebaya berlengan pendek yang direka sama seperti kebaya berlengan panjang. Bagi sesiapa yang memakainya, anda akan kelihatan lebih muda berbanding usia.

 

6. Kebaya yang dipakai dengan skirt pendek

Jangan terkejut jika rakan anda memakai kebaya bersama dengan skirt pendek. Ini merupakan gaya terbaru bagi menggayakan kebaya moden. Bagi golongan muda, skirt pendek atau skirt paras bawah lutut dipadankan dengan kebaya moden bersama sepatu yang sesuai. Pemakaian kebaya moden bersama skirt pendek kelihatan lebih segar dan trendy.

 

Baca Juga: Jenis-Jenis Skirt Labuh

 

Info Ekstra!

Tips Memilih Kebaya Moden Mengikut Bentuk Tubuh

Pastinya anda tahu bahawa potongan kebaya kebanyakannya adalah mengikut potongan badan. Jadi, anda harus berhati-hati dalam memilih kebaya supaya ia sesuai dengan bentuk tubuh anda.

  • Untuk Tubuh Kurus

Bagi anda yang memiliki tubuh yang kurus, anda boleh memilih kebaya moden jenis berleher cheongsam. Ini akan menampakkan anda sedikit berisi. Kebaya moden jenis off-shoulder adalah tidak sesuai dengan anda kerana anda akan kelihatan lebih kurus.

 

Baca Juga: Penyebab Kurus

 

  • Untuk Tubuh Munggil

Wanita yang memiliki tubuh mungil sesuai mengenakan pakaian kebaya modern yang mempunyai detail hiasan di bahagian pinggul. Pilihlah potongan kebaya yang agak serong di bahagian bawah untuk mendapat ilusi lebih tinggi. Tak salah jika anda ingin mencuba kebaya moden potongan pendek atau ‘fish tail’.

Anda dinasihatkan untuk tidak memilih kebaya yang mempunyai terlalu banyak hiasan di bahagian leher atau berkain potongan duyung. Ini akan menampakkan anda sedikit pendek.

 

  • Untuk Wanita Berpayudara Besar

Bagi wanita yang mempunyai payudara yang besar, anda disarankan untuk memilih kebaya moden dengan potongan dada yang tertutup. Hindari kebaya moden dengan detail penuh di bahagian dada.

 

Baca Juga: Masalah Payudara Besar

 

  • Untuk Wanita Bertubuh Lurus

Tidak semua wanita mempunyai potonga badan yang sempurna. Bagi anda yang mempunyai bentuk tubuh yang lurus, cubalah memilih kebaya moden dengan hiasan di bahagaian pinngang atau pinggul. Ini akan memberi sedikit ilusi menarik dan lekuk tubuh. Hindari kebaya moden dengan banyak detail di bahagian leher dan potongan dada yang rendah.

 

  • Untuk Wanita Berbahu Lebar

Jenis kebaya moden yang sesuai bagi wanita yang berbahu lebar ialah jenis berleher V atau kebaya yang hanya tertutup di bahagian bahu dan terbuka di bahagian dada. Anda cuma perlu tambahkan dengan corak di bahagian pinggul supaya kelihatan seimbang dengan bahu anda yang lebar.

 

  • Untuk Wanita Berperut Besar Atau Buncit

Memiliki perut yang besar atau buncit tidak menghalang kaum wanita untuk tetap tampil trendi dan anggun dengan kebaya moden. Apa yang penting ialah anda memilih kebaya moden polos, berpinggul panjang atau potongan kebaya baby doll. Hiasan yang padat di bahagian perut dan dada akan menonjolkan lagi bahagian yang ingin disembunyikan.

 

Baca Juga: Kenapa Perut Buncit

 

Kesimpulan

Selain memilih kebaya moden mengikut bentuk tubuh adalah penting juga dalam menentukan warna kebaya moden.Warna kebaya juga dapat disesuaikan mengikut bentuk tubuh.Bagi anda yang bertubuh kurus sebaiknya menggunakan warna cerah. Namun,bagi yang memiliki tubuh yang berisi,pilih warna gelap atau warna-warna lembut untuk kebaya moden anda.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya!

<< Ketahui 10 Jenis Jubah Hitam terkini di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

10 Rahsia Kulit Wajah Menawan Ala Artis

Next post

Jus Tomato Hapuskan Kolesterol Jahat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. June 30, 2016 at 5:13 am — Reply

    Tips yang menarikkk

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *