Gaya HidupSantai

Wajib Baca! 19 Tips Perjalanan Jauh

tips perjalanan jauh - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Tips Perjalanan Jauh. Bila tiba musim cuti, ramai yang menghabiskan masa untuk bercuti bersama kawan-kawan dan keluarga ataupun pulang ke kampung halaman masing-masing.

Perjalan pulang ke kampung biasanya akan ditempuhi dengan satu perjalanan yang panjang dan juga diwarnai dengan kesesakan lalu lintas yang sukar untuk digambarkan. Namun, situasi ini tidak pernah dijadikan sebagai halangan untuk menghabiskan cuti ke destinasi yang disukai.

Ada yang memilih menggunakan kenderaan peribadi, sama ada motorsikal mahupun kereta. Ada juga yang  menggunakan perkhidmatan awam, seperti bas, keretapi, kapal terbang dan sebagainya. Apabila anda memilih untuk menggunakan fasiliti kenderaan awam, bukan bermakna anda hanya perlu menjaga stamina sepanjang perjalanan tersebut.

Bahkan anda juga perlu menitikberatkan soal keselamatan di sepanjang perjalanan tersebut.Namun, jika anda pulang ke kampung atau bercuti menggunakan kenderaan peribadi, berikut beberapa tips perjalanan jauh yang boleh anda ikuti agar perjalanan tersebut menjadi lebih lancar dan selamat.

Tambahan pula pada setiap tahun, angka kemalangan dari perjalanan balik beraya kerap berlaku.  Sebaiknya sebelum meneruskan perjalanan tersebut, anda sudah mempersiapkan diri daripada situasi yang tidak diingini.

1. Sepanjang perjalanan anda harus tetap relaks, santai dan gembira. Ini akan membuatkan perjalanan anda menjadi lebih ‘fun' walaupun dalam kesesakan lalu lintas. Anggap sahaja anda dan keluarga sedang jalan-jalan cari makan!

 

Baca Juga: 10 Lokasi Percutian Menarik Di Malaysia

 

2. Sebelum pulang ke kampung atau bercuti, pastikan keadaan rumah anda sudah dalam keadaan terkunci.  Hindari perkara-perkara yang boleh menunjukkan bahawa rumah anda sedang kosong agar tidak menarik perhatian pelaku jahat.

 

3. Usahakan agar lampu rumah tidak dalam keadaan menyala sepanjang anda tiada di rumah. Jika perlu, pasang ‘timer' atau lampu automatik yang dapat padam dan menyala dengan sendirinya mengikut waktu yang telah anda tetapkan. Selain itu, anda boleh juga meletakkan kasut atau sandal di depan pintu rumah.

 

4. Matikan semua peralatan elektrik yang tidak digunakan untuk menghindari arus pendek yang boleh menyebabkan kebakaran.

 

5. Anda boleh juga tinggalkan pesanan pada orang yang anda percayai atau jiran tetangga. Minta mereka melihat keadaan rumah anda sesekali.

 

6. Sepanjang anda tiada di rumah, pastikan anda tidak meninggalkan sebarang barangan berharga seperti wang, barang kemas dan sebagainya. Untuk lebih selamat, elok jika anda simpan barang-barang perhiasan dan lebihan wang tersebut di bank.

 

Baca Juga:  Cara Mudah Simpan Duit Untuk Pergi Bercuti

 

7. Pastikan juga semua pintu dan tingkap rumah terkunci rapat sebelum meninggalkan rumah. Jangan meninggalkan kunci rumah di bawah tempat kasut, dalam pasu buga dan sebagainya.

 

8. Jika perlu, pasang alarm sekuriti di rumah atau memasang kamera CCTV di berapa kawasan rumah seperti di halaman rumah, ruang tamu ataupun bilik tidur.

 

9. Sebelum memulakan perjalanan, jangan lupa berdoa bersama-sama. Ini penting untuk meminta keselamatan dan kesihatan sepanjang perjalanan tersebut dilindungi Tuhan.

 

Baca Juga: 5 Cara Mendapatkan Ketenangan Diri

 

10. Periksa keadaan kenderaan dan pastikan keadaannya baik.

 

11. Tahan emosi. Sepanjang perjalanan, menahan emosi sangat penting. Ketidakmampuan menahan emosi, selain membuat puasa anda menjadi sia-sia, ia boeh menyebabkan semakin lambatnya perjalanan anda itu. Emosi di jalan raya, membuatkan anda melupakan peraturan lalu lintas yang boleh membuatkan akan anda menjadi salah seorang penyumbang kesesakan lalu lintas.Sikap saling tidak mahu mengalah atau mahu menang sendiri harus anda ketepikan

 

13. Jangan lupa juga untuk menyediakan wang kecil untuk membayar tol dan sebagainya. Ini akan membuatkan anda menjadi pemandu yang akan membuatkan arus di pintu tol menjadi lebih lancar. Anda tidak perlu sibuk atau kelam kabut mencari wang kecil dan sebagainya.

 

14. Siap makan makanan dan minuman terutama untuk anak-anak di bawah usia lima tahun.

 

15. Sebaiknya anda tidak membeli sebarang makanan dan minuman di tepi-tepi jalan.

 

16. Siapakan peta pulang bercuti. Gunakan alamat bantu petunjuk arah, GPS dan sebagainya jika diperlukan.

 

17. Pastikan anda tidak lupa untuk membawa atau mengecas alat komunikasi seperti telefon bimbit untuk memudahkan anda melakukan panggilan jika diperlukan. Jangan lupa juga membawa pengecas kereta.

 

18. Elakkan memandu kenderaan dalam keadaan penat atau mengantuk. Dapatkan istirahat yang secukupnya sebelum memandu dan ingat keluarga menunggu anda di rumah.

 

19. Jika stamina tubuh terasa kurang, jangan paksa diri dengan minum ubat atau minuman yang dapat menambah tenaga tubuh dalam sesaat.  Jika anda mahu berhenti seketika, pastikan tempat yang dipilih tidak menganggu lalu lintas lain. Beristirahatlah sejenak sebelum anda kembali meneruskan perjalanan tersebut.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya.

<< Jom pergi melawat panda pula sambil cuti-cuti ini di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Cara Mengatasi Anak Nakal

Next post

6 Menu Sarapan Terbaik Untuk Anda Yang Nak Jaga Badan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *