Gaya HidupOh! LelakiRomantika

10 Cara Menjadi Lelaki Macho

formulakecantikan-lelaki kacak

Kredit Foto: javi_indy

Lelaki Macho. Tips menjadi lelaki macho ini hanyalah sekadar perkongsian umum.Terpulanglah kepada anda untuk mengambil langkah yang seterusnya.

Untuk lelaki yang pentingkan penampilan perkara ini mungkin sudah menjadi rutin harian mereka untuk diikuti. Jika anda baru tahu, cara ini mungkin agak sukar sedikit untuk dipraktik, tetapi apabila sudah biasa mungkin tiada masalah lagi selepas itu.

 

Antara tips lelaki macho yang perlu diketahui:

1. Terlepas membasuh wajah punca bintik hitam

Benar! Jika anda tidak membasuh wajah, minyak akan terkumpul pada liang pori sekaligus mengumpul kekotoran sehingga membentuk bintik hitam. Hakikatnya, jika anda terlampau kerap membasuh wajah terutamanya pencuci yang mengandungi bahan penyental, ia akan membuatkan wajah anda menjadi lebih teruk.

Kulit akan kurang kelembapan semulajadi dan akan menjadikan kulit mengalami iritasi.

 

Baca Juga: Bintik Hitam Di Wajah

 

2. Syampu anti-kelemumur boleh menghapuskan kepingan kelemumur

Ada sesetengah syampu memang berkesan menghapuskan kepingan kelemumur pada kulit kepala. Tetapi, menggunakan syampu yang sama setiap hari tidak memberi kesan yang ketara untuk masalah ini. Malah, syampu khusus kelemumur lebih banyak kandungan bahan kimia. Rawatan anti-kelemumur setiap hari akan mengeringkan kulit kepala.

Lebih baik mengantikan syampu anda kepada syampu biasa untuk kegunaan rutin tanpa masalah. Tambahan pula, masalah kulit kepala menandakan anda kurang pengambilan vitamin B.

 

3. Tekanan merupakan punca rambut beruban

Terdapat bukti bahawa tekanan yang mencetuskan radikal bebas yang boleh mempengaruhi pengeluaran atau menggalakkan pelunturan melanin iaitu pigmen yang bertanggungjawab untuk warna rambut. Oleh itu, ianya akan menggalakkan rambut cepat beruban.

 

Baca Juga: Mencegah Rambut Beruban

 

4. Berus gigi setelah makan boleh menguatkan gigi

Bunyi seakan idea yang sangat baik untuk mengelakkan nafas berbau dan mengelak sisa makanan di celah gigi. Secara realiti, memberus sebaik saja makan akan meningkatkan hakisan enamel kerana makanan berasid dan minuman yang kita ambil. Disebabkan itu, doktor mengesyorkan anda menunggu 30 minit atau sejam sebelum boleh memberus gigi.

Kalau malas sangat anda boleh kumur cecair anti-bakteria sebelum tidur bagi mengelakkan “plax”.

 

Baca Juga: Tips Putihkan Gigi

 

5. Lebih banyak krim pencukur lebih baik

Sebenarnya, sedikit lebih baik. Yang penting, cari produk yang mempunyai buih yang berkesan dan ‘mesra' kulit untuk melindungi lapisan kulit dari tercedera terkena bilah pencukur.

 

6. Kulit berminyak perlu menggunakan pelembab

Pelembap membantu mengekalkan kelembapan semulajadi kulit. Jika disapu pada kulit yang berminyak, ia akan kelihatan lebih kotor dan lebih berkilau! Sebelum mahu menggunakan pelembap yang berasaskan air ini, adalah penting anda membersihkan wajah terlebih dahulu.

 

Baca Juga: Kebaikan Memakai Pelembab Wajah

 

7. Topi punca kepala botak

Ianya benar jika anda menggunakan topi 24 jam yang boleh memberi rasa kurang selesa dan menyekat perjalanan darah pada kulit kepala! Hakikatnya, botak adalah disebabkan oleh faktor genetik yang mungkin datangnya dari ayah, ibu atau datuk anda.

Genetik tetap genetik, melainkan anda seorang saja yang botak di dalam ahli keluarga, ia mungkin punca kegagalan anda menjaga rambut.

 

Baca Juga: Mencegah Kebotakan

 

8. Mencukur dari bawah ke atas boleh elak kecederaan

Ramai menyangka mencukur dari atas turun ke bawah akan menyebabkan kecederaan. Walhal, perkara sebetulnya adalah mencukur mengikut arah pertumbuhan rambut halus ini.

 

Baca Juga: Tips Lelaki Kacak

 

9. Makan coklat punca kulit berjerawat

Punca pertumbuhan jerawat tidak ada kena mengena dengan makanan ringan seperti coklat. Semuanya adalah disebabkan oleh faktor perubahan hormon tumbesaran. Maka, jangan takut untuk mengambil coklat yang dikatakan dapat membantu memberi emosi yang baik buat anda.

 

Baca Juga: Kebaikan Coklat

 

10. Mencukur akan menyebabkan bulu tumbuh lebih tebal dan cepat

Bulu dikawal oleh genetik bukan pencukuran. Bayangkan jika anda takut untuk mencukur kerana takut menjadi seperti ‘orang gua', hakikatnya anda tetap menjadi ‘orang gua' kerana tidak mencukur!

Kerap mencukur tidak ada kena-mengena dengan  pertumbuhan yang semakin banyak. Sebaliknya bulu mungkin semakin hitam dan tebal kerana faktor usia dan genetik anda.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini kepada orang yang sesuai untuk anda. Semoga mereka pun boleh mendapat manfaat daripadanya.

 

<< Nak tahu tips elak perut buncit, klik sini

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Biskut Marie Bebola Coklat

Next post

Penyebab Dan Bahaya Hasad Dengki

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *