Gaya HidupMotivasi

Kena Tahu! 6 Motivasi Penting Untuk Kuruskan Badan

Tip Motivasi Kuruskan Badan-Women Online Magazine

Foto: Sekadar Gambar Hiasan

Motivasi Kuruskan Badan.Motivasi kuruskan badan ada bermacam-macam jenis. Motivasi diet adalah perkara pertama yang perlu anda cari sebelum memulakan program diet.

Tidak dinafikan menjalani satu-satu program diet (tidak kiralah untuk menaikkan berat badan atau menurunkan berat badan) pastinya akan mendatangkan tekanan kepada mental untuk jangka masa panjang.

Tekanan ini pula, jika tidak dibendung akan menganggu fokus anda sekaligus akan merosakkan mood diet itu sendiri. Pada ketika ini, apa yang anda perlukan adalah motivasi supaya terus berusaha sehingga matlamat program tercapai.

 

Antara Tips Motivasi Kuruskan Badan Adalah :

1. Pelaburan Untuk Kesihatan (Gym)

Adakalanya wang itu amat berharga. Memandangkan minda anda sudah berfikir demikian, maka apa kata jika anda laburkan sahaja beberapa ratus ringgit (atau ribuan ringgit) untuk membayar yuran gym sepanjang 12 bulan ke hadapan.

Tidak rugi pun, melainkan jika anda malas dari tidak pergi ke gym langsung sepanjang minggu itu, maka itu baru boleh dikatakan rugi. Bagi mereka yang tidak mahir dalam tips menguruskan berat badan, gunakan pelatih sebagai tunjuk ajar kepada anda.

 

Baca Juga: Kebaikan Senaman Memanaskan Badan

 

2. Keinginan Untuk Memakai Baju Idaman

Pasti anda ingin memakai baju idaman anda dengan saiz yang anda inginkan. Inilah masanya untuk anda menghidupkan kembali era kegemilangan anda dengan mengenakan pakaian-pakaian tersebut. Selain itu, jika anda berhajat untuk membeli baju baru, belilah baju yang ‘menggambarkan’ diri anda selepas tercapainya matlamat.

Sebagai contoh, jika anda sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, belilah baju yang bersaiz M, meskipun anda tahu saiz semasa anda adalah XXL, cara ini akan memberi anda semangat dan inspirasi untuk mencapai keinginan memakai pakaian bersaiz M.

 

3. Sentiasa Menambah Ilmu Pengetahuan Tentang Tips Diet Dan Nutrisi

Untuk menurunkan berat badan ia bukan satu proses yang mudah dan ringkas, ia perlukan pengetahuan yang luas supaya kita sentiasa sihat dan tidak memudaratkan kesihatan diri. Kepantasan teknologi memudahkan manusia untuk mengakses segala ilmu ini, pelbagai tips yang boleh didapati melalui laman web ataupun blog persendirian.

Juga tidak ketinggalan majalah-majalah kesihatan yang sangat menarik untuk dibaca yang pasti setiap bulan akan ada tips baru yang dikongsi penulis dan pakar-pakar kesihatan tentang cara mengurangkan berat badan. Jangan lupa, pastikan maklumat yang anda terima adalah maklumat yang betul dan tepat dari pakar kesihatan.

 

Baca Juga: Tips Diet Seimbang

 

4. Membaca Kisah Individu Yang Telah Berjaya Menurunkan Berat Badan

Saya percaya, bagi mereka yang membaca penulisan ini pernah membaca kisah kejayaan individu yang berjaya menurunkan berat badan samada dalam blog ataupun mana mana sumber sahih yang lain seperti surat khabar, majalah kesihatan dan sebagainya.

Kisah kejayaan individu menurunkan berat badan merupakan satu kisah yang sangat memberi motivasi dalam diri, kita akan berasa semangat dan mahu menjadi seperti mereka. Selain itu ianya menjadikan sumber inspirasi dalam hidup anda dan yakin bahawa anda mampu jadi seperti mereka yang sudah kurus.

 

5. Menonton Rancangan “Biggest Loser”

Siapa yang tidak tahu rancangan realiti menurunkan berat badan yang terkenal diseluruh dunia “Biggest loser”, bahkan ia menjadi konsep aktiviti yang di tiru oleh banyak syarikat dan badan korporat untuk pekerjanya untuk menurunkan berat badan.

Rancangan yang menawarkan wang sebagai ganjaran kepada peserta yang berjaya menurunkan peratusan berat badan paling tinggi ini menjadi ikutan seluruh dunia dan menjadi antara rancangan yang digemari ramai.

 

Baca Juga: Cara Diet Mudah

 

6. Tukar “MindSet” Anda

Anda perlu tukar “mindset” anda dan tentukan sasaran serta menetapkan tujuan anda untuk kuruskan berat badan. Selepas itu, baru anda boleh ikut apa yang anda telah tetapkan. Hanya anda sahaja yang boleh membantu diri anda untuk berjaya kuruskan badan. Faktor yang lain hanya membantu anda sahaja.

Anda boleh merancang membuat jadual pemakanan anda dan juga aktiviti anda seharian untuk mengekalkan kecergasan dan kuruskan badan.

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

Setiap apa yang dikecapi mesti bermula dengan kesusahan, tiada manusia boleh menjadi kurus secara tiba tiba dari bersaiz badan gemuk. Ikuti tips motivasi di atas dengan baik, Insya-Allah anda akan dapt hasil yang memuaskan hati anda.

 

Nota Kaki: Sila SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang mahu menurunkan berat badan.

<< Anda boleh dapatkan maklumat mengenai diet seimbang di sini

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Panduan Membeli Alatan Memasak Yang Akan Buat Anda 'Laju' Memasak!

Next post

4 Tips Percuma Merangsang Minda Anak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *