Gaya HidupMotivasi

5 Cara Terbaik Mengatasi Tekanan Perasaan Yang Dialami

Tekanan Perasaan - Women Online Magazine

Kredit Foto: abkruns

Berita kematian Robin Williams  kerana membunuh diri akibat tekanan perasaan yang dialaminya pernah mengejutkan ramai pihak, terutama peminat-peminat setianya.

Pelawak dan pelakon terkenal Hollywood itu khabarnya memang sedang berjuang melawan tekanan perasaan yang dialaminya sejak tahun 1997.

Di sebalik gelak ketawa Robin dalam setiap filem yang dibintangi, ternyata dia telah menjalani beberapa kali terapi. Bahkan, pada Julai 2014, Robin dikatakan masih menjalani rawatan bagi menghilangkan tekanan perasaan dan ketagihannya terhadap alkohol.

Biarpun dia mungkin mempunyai harta yang melimpah ruah, jelas terbukti harta dan kekayaan tidak menjamin ketenangan hidup yang dicarinya selama ini.

Tekanan perasaan atau depresi adalah gangguan mental yang ditandai dengan rasa kesedihan, dihantui perasaan bersalah, hilang fokus ataupun minat serta kehilangan semangat.

Baca Juga: Kata-Kata Semangat Tahun Baru

Tekanan perasaan boleh menjadi kronik sehingga menyebabkan kebanyakan mereka yang berhadapan dengan gangguan mental ini lebih kerap memutuskan untuk  mengakhiri kehidupannya.

Bukan setakat mempengaruhi kesihatan jiwa, mereka yang mengalami tekanan perasaan juga turut berdepan dengan keluhan fizikal seperti sakit otot, kebas sendiri dan sakit dada. Bhakan mereka yang mengalami masalah tekanan perasaan ini juga akan kehilangan nafsu makan. Keadaan ini akan membuatkan tekanan perasaan yang dialami menjadi lebih teruk.

Baca Juga: Cara Mengatasi Kesedihan

Selain itu, tekanan perasaan atau depresi adalah gangguan mental yang menyebabkan kepanikan, fikiran komplusif, fobia sosial dan masalah kejiwaan.

Mereka yang berhadapan dengan masalah ini sering beranggapan bahawa tiada yang peduli dengannya dan masalah yang dihadapi sudah tiada jalan penyelesaianya. Padahal semua itu tidak benar, anda sebenarnya masih boleh berkongsi masalah atau kesedihan dengan orang lain untuk meringankan beban.

Cara terbaik untuk mengatasi tekanan perasaan:

1.Cuba Alihkan Perhatian

Cuba alihkan perasaan yang tidak baik anda itu dengan melakukan aktiviti-aktiviti sederhana yang menyenangkan. Sesuatu yang sederhana seperti membuat semangkuk bijirin kegemaran anda mempunyai efek yang besar untuk mengurangi rasa kecewa anda.

2. Cari Penyelesaian Untuk Masalah Anda
Cubalah berdamai dengan diri sendiri dengan berfikiran sihat serta rasional untuk mengatasi rasa tertekan adalah cara terbaik. Anda tidak perlu menghakmi diri sendiri disebabkan masalah yang sedang anda hadapi.

Baca Juga: Cara Mudah Mengatasi Depresi

3. Belajar Mencintai Dan Mengagumi Diri Sendiri

Ada masanya orang-orang di sekeliling anda tidak memahami apa yang telah terjadi pada diri anda. Penilaian sendiri yang mereka lakukan itu membuatkan anda berasa seperti dihakimi. Jangan biarkan diri anda dihantui perasaan begitu, berusahalah mencari banyak kelebihan yang anda miliki serta terima kekurangan diri dengan baik.

Baca Juga: Ciri-Ciri Lelaki Setia

4. Dapatkan Nasihat Pakar Jiwa Atau Pakar Terapi

Tekanan perasaan yang melampau boleh mengakibatkan anda mati rasa secara emosional atau kepenatan mental yang amat sangat. Anda tidak boleh biarkan diri anda terus menerus dengan fikiran yang kosong, anda perlu segera meminta bantuan pakar terapi atau doktor. Pakar jiwa dapat dapat membantu anda mengenalpasti fikiran dan emosi depresif (perasaan bersalah) yang dapat mengawal perasaan anda menjadi lebih baik.

5. Teruslah Berfikiran Positif

Ketika anda sedang mengalami tekanan perasaan, memang sukar untuk anda menerima pandangan atau kata-kata positif daripada orang lain. Anda sentiasa merasakan diri anda buruk di mata orang lain. Cubalah bangkit secara perlahan-lahan untuk menghilangkan perasaan tertekan dan kembali berbaur pada kehidupan sosial yang baik. Cuba dampingi mereka yang boleh memberikan anda semangat atau sokongan agar dapat meringan  segala beban yang sedang anda pikul.

Nota Kaki: SHARE artikel ini jika anda menyukainya.

<< Anda suka ‘selfie’? Tak ada hal, asalkan ia tidak berlebihan! Sama ada anda gemuk, kurus, ataupun ada masalah perut buncit. Klik untuk baca..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Punca, Kejap-Kejap Anda Rasa Nak Kencing!

Next post

Muka Lebih Licin Dengan 10 Bahan Pemutih Muka Semulajadi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *