Gaya HidupSantai

10 Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan Yang Wajib Anda Kunjungi

Tempat Menarik Di Perlis - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Selamat datang ke Perlis Indera Kayangan! Jom dapatkan tempat menarik di Perlis

WOM.my kali ini akan membawa anda menjelajah sekitar Negeri Perlis. Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa Perlis mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi.

Negeri Perlis Indera Kayangan atau Perlis Darul Sunnah merupakan negeri yang terkecil di Malaysia.

Ia terletak di Utara Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan Provinsi Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah Utara, dan Kedah di sebelah Selatan.

Mari kita lihat  tempat-tempat percutian dan pelancongan menarik di Perlis :

1.Padang Besar

Tempat Menarik Di Perlis - women online magazine (2)

Padang Besar adalah antara tempat yang wajib untuk anda kunjungi di Perlis kerana di sini ia digelar sebagai “syurga membeli-belah”. Ia merupakan destinasi popular bagi rakyat Malaysia kerana kompleks membeli-belah bebas cukai di antara pusat pemeriksaan sempadan kedua-dua  buah negara.

2.Gua Kelam

Tempat Menarik Di Perlis - women online magazine (4)

Tempat ini amat sesuai untuk perkelahan bersama keluarga. Gua Kelam rupanya salah satu gua yang paling unik di Malaysia kerana ia merupakan gua batu kapur sepanjang 370 meter. Untuk memasuki gua tersebut, anda akan melalui sebuah jambatan kayu yang kukuh.

Di bawah jambatan ini terdapat aliran anak yang sungai yang mengalir. Sudah pasti anda akan berasa tenang dan nyaman apabila melalui jambatan kayu di dalam Gua Kelam ini. Anda juga tidak perlu takut pada kegelapan sebab sepanjang laluan ini diterangi cahaya lampu.

3.Mempelam Harum Manis

Tempat Menarik Di Perlis - women online magazine (5) (1)

Satu lagi tempat menarik di Perlis ini tidak lain tidak bukan adalah Ladang Mempelam Harumanis yang merupakan salah satu produk pelancongan utama di Perlis.

Ladang ini terletak di kawasan Bukit Bintang,Sungai Batu Pahat,Perlis. Uniknya, Ladang Mempelam Harumanis ini hanya terdapat di Negeri Perlis dan boleh dinikmati pada bulan Mac hingga Jun sahaja. Kalau nak tahu macam mana rasanya Mempelam Harumanis, silalah berkunjung ke Perlis ya!

4.Tasik Timah Tasoh

Selain itu, tempat menarik di Perlis adalah Tasik Timah Tasoh yang merupakan tasik buatan yang sangat cantik dan merupakan salah satu tempat untuk peminat pemancing menangkap ikan.

Tasik ini juga merupakan salah satu tempat popular bagi pengantin baru mengabadikan kenangan mereka. Di sini juga terdapat resort untuk anda bermalam dan bercuti. Sekiranya anda ingin melepaskan tekanan dari kerja, atau bulan madu,memang sesuailah anda kunjungi Resort Timah Tasoh ini.

5.Wang Kelian

Wang Kelian ini adalah salah satu pintu sempadan antara Malaysia dengan Thailand. Yang menariknya, setiap Sabtu dan Ahad, rakyat kedua-dua negara bebas keluar masuk sempadan tanpa sebarang dokumen perjalanan (border pass atau passport, tetapi IC diperlukan).

Terdapat pelbagai barangan yang djual di sini seperti seperti pakaian, beg, peralatan dapur, dan kraftangan sebagai cenderahati.

6.Bukit Ayer

Bukit Ayer yang terletak di Sungai Batu Pahat ini lengkap untuk menjadi magnet bagi mereka yang benar-benar mencintai alam semula jadi.

Ia adalah tempat yang terbaik untuk aktiviti perkhemahan dan berkelah bersama keluarga di sini. Antara kemudahan yang disediakan adalah chalet, tapak perkhemahan, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan tempat letak kereta.

Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati air terjun dan sungai jernih yang mengalir secara semula jadi.

7.Muzium Kota Kayang

Seterusnya anda bolehlah singgah di Muzium Kota Kayang yang terletak kira-kira 5km dari Kuala Perlis. Muzium selalunya menjadi tempat tarikan pelancong kerana tiada bayaran dikenakan.

Sekiranya anda melancong ke Negeri Perlis ini bersama keluarga, muzium ini merupakan pilihan yang tepat untuk dedahkan kepada anak-anak agar lebih mengenali khazanah warisan sejarah dan budaya negara mereka.

8.Kuala Perlis

Tidak sah ke Perlis, sekiranya anda tidak menikmati makanan laut yang segar, sedap dan menyelerakan di Kuala Perlis yang sememangnya terkenal dengan makanan seperti laksa, ikan bakar, sotong goreng tepung dan lain-lain.

9.Masjid Terapung Al-Hussain

Anda juga boleh singgah di dataran Masjid Al-Hussain, atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung Kuala Perlis. Masjid ini mempunyai puncak menara berkembar atau heksagon pertama di dunia.

Pembinaannya adalah simbolik bahawa semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa. Ia unik kerana, pada setiap masa dalam waktu solat, pancaran cahaya dengan warna tertentu seperti merah, biru, putih dan hijau dinyalakan, sekaligus memberi petunjuk kepada nelayan di laut mengenai waktu solat.

10.Taman Ular dan Reptilia

Tempat Menarik Di Perlis - women online magazine (3)

Akhir sekali, tempat menarik di Perlis adalah Taman Ular dan Reptilia. Taman ini adalah tarikan utama pelancong bukan sahaja di Perlis, tetapi seluruh negara, Malaysia.

Bagi mereka yang berani hati, anda boleh mengambil gambar dengan satu atau dua ular yang jinak di bawah bantuan daripada pengendali dan profesional di Taman Ular ini. Bayaran masuk untuk dewasa adalah RM4, manakala untuk kanak-kanak hanya RM1.

<< Jom tengok pula tempat menarik di Terengganu . 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Bulu Mata Palsu Berikan Impak Mata Lebih Memukau

Next post

Segera, Turunkan Berat Badan Anda Dengan 6 Pilihan Makanan Ini!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

3 Comments

  1. May 11, 2015 at 4:42 pm — Reply

    Wah, banyak rupanya tempat menarik yang boleh dikunjungi di perlis…In Shaa Allah, one day akan singgah…

  2. March 14, 2018 at 2:21 pm — Reply

    Pernah sampai ke Kangar Perlis waktu musim cuti, susah nak dapat hotel…

    • May 4, 2019 at 12:17 pm — Reply

      Kalau musim cuti memang agak susah sikit puan,semua orang keluar dan keluar melancong.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *