Gaya HidupSantai

Jom Kita Ke 11 Tempat Menarik di Melaka

TEMPAT MENARIK DI MELAKA - WOMEN ONLINE MAGAZINE

Tempat Menarik Di Melaka.Cuti sekolah masih ada, apa kata anda rancang percutian bersama keluarga untuk melawat tempat-tempat menarik di Melaka pula.

Melaka merupakan Bandaraya Bersejarah dan banyak tempat menarik boleh dilawati di sini. Tetapi, sebelum anda memulakan percutian tersebut, ada baiknya anda mengenali terlebih dahulu serba sedikt tentang sejarah kota Melaka ini.

Melaka terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan Negeri Johor dan Negeri Sembilan. Negeri ini pernah dijajah oleh tiga buah negara iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris.

Ciri-ciri budaya dan seni binaan yang terdapat di Melaka adalah hasil daripada sejarahnya yang gemilang. Melaka cukup terkenal sebagai pusat perdagangan dan kebudayaan sejak 500 tahun yang lampau dan menjadi penghubung kepada kuasa Timur dan Barat. Amat bertepatan sekali dengan statusnya, Bandaraya Melaka, Tapak Warisan Dunia!

Antara tempat menarik di Melaka adalah:

1. Melaka River Cruise

Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan sebagainya.

Ia dibuka daripada jam 9.00 pagi sehingga 11.00 malam. Jika inginkan pemandangan yang tenang dan cantik anda boleh datang pada waktu malam kerana terdapat banyak lampu menerangi di sepanjang persekitaran sungai tersebut.

 

2. Zoo Melaka

Zoo Melaka yang terletak di Ayer Keroh adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung ke Melaka berikutan kedudukannya yang strategik. Sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim cuti sekolah dann turut menarik minat pelancong asing.

Zoo Melaka adalah zoo yang kedua terbesar di Malaysia dan ia menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang diancam kepupusan. Selain anda berpeluang menyaksikan pelbagai  jenis hidupan liar, anda boleh menikmati keseronokan berinteraksi bersama gajah dan menunggang kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung ke sini.

Zoo Melaka turut menawarkan kunjungan pada waktu malam yang dikenali sebagai “Night Safari”. Jika anda berminat untuk merasai pengalaman serta melihat kehidupan haiwan pada waktu malam, anda bolehlah merasainya.

Zoo Melaka dibuka dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Biasanya tiket terakhir dijual sehingga jam 5.30 petang.Manakala “ Night Safari” dari jam 8 malam sehingga 11 malam.

 

3. Taman Buaya Melaka

Taman Buaya Melaka juga terletak di Air Keroh. Mempunyai kira-kira lebih 100 spesies buaya daripada serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka. Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu.

Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk dan salah satu lagi daya tarikan utama kepada pengunjung ialah Taman Permainan Air. Terbuka kepada semua pengunjung serta mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman di antara 1.5′  dan 2.5′. Tarikan lain di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.

 

4. Mini Malaysia & “Asean Culture Park”

Jika anda berminat untuk mengenali rumah budaya orang Malaysia, anda boleh mengunjungi Mini Malaysia. Terdapat 14 rumah daripada pelbagai negeri yang dipamerkan di sini.

Di samping itu, turut diadakan beberapa persembahan kebudayaan bagi menarik lebih ramai pengunjung.Dibuka daripada jam 9 pagi sehingga 5 petang.

 

5. Melaka Wonderland

Merupakan tarikan terbaru Negeri Melaka iaitu “Melaka Wonderland”. Ia adalah Taman Tema Air yang terbaru diwujudkan  dan bertempat sekitar Air Keroh Melaka. Pasti menyeronokkan! Selain Taman Tema Air,berhampiran “Melaka Wonderland” juga ada terdapat  “Dinosaur Park”.

 

6. Menara Taming Sari

Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir Melaka (bersebelahan Datara Pahlawan).

Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Ia adalah Menara Berputar jenis Gyro, yang pertama di Malaysia.

Kos pembinaannya menelan belanja sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari. Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa.

Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.

 

7. Kota A Famosa Melaka

Peninggalan penaklukan Portugis Kota A Famosa ialah landmark Negeri Melaka. Kubu yang dibina oleh kerajaan Portugis pada 1511 ini kononnya kebal menahan serangan pihak lawan yang datang daripada arah laut.

Namun, kubu ini musnah akibat serangan bertalu-talu daripada pihak Belanda tetapi bahagian depan Kubu ini masih kukuh dan tersergam sehingga ke hari ini. Kubu A’Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak seragam bentuknya dan di hadapan kubu ini terdapat sebilah meriam besi yang sering diabadikan pengunjung untuk merakamkan kenangan.

 

8. Jonker Street

Jika anda ke Melaka, harus singgah ke Jonker Street atau Jonker Walk yang terletak di Melaka Chinatown. Jalan yang kecil ini terkenal sebagai tempat penjualan pelbagai jenis barangan termasuk barang-barang peninggalan sejarah.  Bagi penggemar barangan antik, anda wajib datang ke tempat ini.

 

9. Galeri Rumah Terbalik Melaka

Wajib pergi ok, dan rasai keseronokan untuk bergambar sakan di UPSIDE DOWN HOUSE.Tapi sebelum pergi tu pastikan bateri kamera atau telefon bimbit anda full ya. Untuk menghasilkan gambar yang terbaik, anda tak perlu pening kepala.

Kalau tak pandai, staff yang bertugas di situ akan ajar cara untuk mengambil gambar tersebut dan siap dengan menunjukkan aksi untuk berposing lagi.Memang puashati jika anda berkunjung di sini.

 

10. Freeport A'Famosa

Whoa! Ini sudah bagus. Kemunculan Freeport A'Famosa pastinya membuatkan ramai yang teruja. Jika sebelum ini, rata-rata sibuk berkunjung ke JPO Johor dan Mitsui Outlet Park di KLIA, kini dah pun boleh berkunjung ke A Famosa Resort yang terletak Alor Gajah untuk bershopping.Bukan itu sahaja, persekitarannya yang cantik juga pasti membuatkan anda tidak lepaskan peluang untuk bergambar di sini. Shopping jangan tak shopping ok!

 

11. Coconut Shake Klebang

Jika berkunjung ke Melaka, rugi rasanya jika tidak singgah ke gerai Coconut Shake Kelebang. Ianya dibuka pada setiap hari dari 11.00 pagi hingga ke 6.30 petang. Di situ, bukan setakat kita boleh minum Coconut Shake sahaja, ada macam-macam makanan yang dijual di situ. Ada kuih muih, nasi lemak, mee goreng dan lain-lain lagi. Selamat menikmati Coconut Shake Klebang.

 

Nota Kaki: Jom, SHARE artikel ini dengan kawan-kawan. Mereka mungkin masih mencari-cari tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga.

Jom kita cuba pula menjelajah tempat-tempat menarik seperti di bawah:

<< Nak tahu di mana destinasi paling best bulan madu dalam Malaysia, klik sini untuk maklumat lanjut.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Perlu Tahu! 7 Khasiat Bunga Rose

Next post

Punca-Punca Janin Meninggal Dalam Kandungan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. May 18, 2014 at 7:15 pm — Reply

    Di Melaka memang ada banyak tempat-tempat yang menarik dan bersejarah. Ia bukan sahaja dapat menenangkan fikiran tetapi dapat juga menyampaikan ilmu kepada kanak-kanak seperti lawatan ke muzium-muzium dan tempat-tempat bersejarah di Melaka.

  2. Louis
    March 29, 2015 at 11:13 pm — Reply

    tempat yg best dan baru kat Melaka ni….galeri rumah terbalik Melaka…

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *