Gaya HidupSantai

Kena Pergi! 6 Tempat Menarik Di Langkawi

tempat menarik di langkawi - women online magazine

Kredit Foto: Sekadar Hiasan

Tempat Menarik Di Langkawi. Antara destinasi percutian pilihan rakyat Malaysia disebabkan terlalu banyak tempat menarik di Langkawi.

Langkawi merupakan salah sebuah pulau yang paling terkenal dan paling popular di Pantai Barat Malaysia. Sebut sahaja namanya, sudah terbayang akan lagenda tersendirinya.

Pulau Langkawi menggabungkan tarikan sejarah yang tak pernah luput ditelan zaman, kehidupan malam yang menarik, keindahan pantai, aktiviti-aktiviti menarik serta ‘syurga’ membeli-belah, pulau bebas cukai ini adalah tempat paling sesuai untuk bercuti.

Sebagai anak Malaysia, alangkah ruginya jika kita tidak menikmati percutian indah di sini, sedangkan pelancong-pelancong luar ‘berduyun-duyun’ datang ke Pulau Langkawi. Pulau ini juga menjadi salah satu destinasi pilihan untuk mereka yang baru sahaja berkahwin untuk berbulan madu.

Jika anda bercadang mahu ke sini, eloklah anda mengetahui serba sedikit tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati sepanjang berada di pulau ini nanti.

ANTARA TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI ADALAH:

1.Menaiki Cable Car yang tertinggi di Malaysia

Cable Car di Langkawi merupakan cable car yang tertinggi di Malaysia dan mengambil masa selama 20 minit untuk sampai ke puncak Gunung Mat Chinchang.

Anda akan disajikan pemandangan indah dan sekiranya anda menaiki cable car pada waktu petang, anda juga akan dapat melihat pemandangan matahari terbenam.

Di atas puncak gunung ,angin bertiup sangat kuat dan keadaan di atas sana sedikit sejuk. Bagi mereka yang suka bergambar jangan lepaskan peluang untuk merakamkan kenangan.Dari puncak gunung juga anda dapat lihat gunung-gunung lain yang tinggi.

 

 

Baca Juga: Makan Angin Ke 10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

 

 

2. Aquarium Underwater World Langkawi

Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan di dalam tangki kaca. Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi.

Banyak hotel di kawasan ini jika anda mencari tempat untuk bermalam. Di kawasan Pantai Cenang juga terdapat banyak cenderamata yang boleh anda beli buat kenangan.

Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan di dalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis . Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti :

  • jerung,
  • ikan kerapu
  • penyu
  • anjing laut
  • penguin
  • naga laut

 

3. Pelayaran ke Pulau-pulau

Langkawi kaya dengan khazanah pulau yang cantik dan indah. Antara aktiviti yang menyeronokkan ialah pelayaran (Langkawi Island Hopping ) ke pulau-pulau di sekitar Langkawi. Anda berpeluang menikmati keindahan semulajadi pulau pulau berkenaan. Pelayaran tersebut akan melalui Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa.

Aktiviti yang menarik semasa Island Hopping ialah melihat burung -burung helang terbang berdekatan dengan kita untuk makan makanan yang diberikan oleh pemandu-pemandu bot pelancong tersebut. Makanan yang diberi untuk helang seperti daging ayam dipotong kecil dan dicampakkan berdekatan bot.

 

 

Baca Juga: Tempat Menarik Di Port Dickson

 

 

4. Pemandangan di Tasik Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi , ia di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau dan merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi. Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah seperti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring.

Sungguh cantik pemandangan dari jauh pulau ini, bot akan berhenti di depan pemandangan Tasik Dayang Bunting.Amat sesuai untuk bergambar di pulau ini dengan  pemandangan air laut yang hijau jernih. Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu.

Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera bumi. Anak sulung puteri tersebut mati sewaktu lahir. Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut.

 

5. Dataran Lang

Ia terletak berhampiran dengan jeti Kuah. Tarikan utama ialah arca seekor burung helang.
Menurut Lagenda, Langkawi mendapat nama dari perkataan ‘Lang' yang merupakan nama pendek bagi ‘helang' .

Manakala ‘kawi' mengikut istilah Melayu kuno bermaksud “coklat.” Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat. Seni ukiran dari batu yang terdapat pada badan arca burung helang sangat menakjubkan. Amat menenangkan jiwa bila berada di bawah arca Helang yang besar ini.

Anda dapat merasakan seolah-olah seekor burung helang yang besar hidup berada di atas anda. Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama pada waktu malam. Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan ‘Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi.

 

 

Baca Juga: Tempat Pelancongan Di Perak

 

 

6. Melawat keindahan air terjun Telaga Tujuh

Telaga Tujuh terletak disebelah barat laut Pulau Langkawi, Telaga Tujuh merupakan telaga yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan. Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk daripada pecahan tujuh buah telaga semulajadi.

Jika anda menaiki cable car, daripada jauh anda boleh lihat daripada jauh keindahan air terjun Telaga Tujuh ini. Kehijauan pepohon di sekitar Telaga Tujuh menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya. Mengikut lagenda, puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini.

 

Nota Kaki: Jom, SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang gemar cuti-cuti Malaysia.

<< Jom baca tempat menarik di Melaka pula, klik sini untuk ke halaman berikutnya.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Rahsia Tapak Tangan Lelaki

Next post

Pilih Berus Gigi Yang Tepat, Sekalipun Anda Beli Murah!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *