Gaya HidupSantai

Taman Minimalis, Cukup Untuk Kediaman Yang Tak Luas

Taman Mini Di Rumah - women online magazine

(Gambar ini hanya sebagai hiasan sahaja)

Ada teringin untuk memiliki kebun atau taman mini di rumah? Ketahui tips dan trik untuk menjaga taman minimalis anda di sini.

Tetapi dihalang oleh keadaan keluasan kediaman yang terhad atau sempit.  Taman merupakan salah satu pelengkap kediaman anda. Punya taman yang cantik akan membuatkan anda dan keluarga lebih selesa berada di rumah.

Tak semestinya mempunyai taman yang luas, taman mini juga cantik jika betul cara menghias atau menjaganya. Ia bukan sekadar meletakkan sahaja tanaman tersebut, bahkan turut memerlukan seni dan kreativiti anda.

Ada di antara tanaman yang boleh hidup dengan sinaran lampu sahaja.  Biarpun rumah atau kediaman anda kecil sahaja, tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh mempunyai taman mini di rumah. Anda boleh meletakkan tanaman tersebut di tingkap, balkoni, ruang dapur, koridor ataupun sudut rumah.

Bagi anda yang juga tidak mempunyai bajet untuk menghasilkan taman mini di rumah, tak perlulah anda stress. Anda tetap boleh ‘berkarya’ sendiri untuk mencipta taman mini impian anda sendiri.

Memandangkan keluasan kediaman anda terhad, anda kena pastikan kehadiran taman mini di rumah anda itu tidak menggangu pergerakan penghuni rumah.

Gunakan rekaan pot-pot bunga yang unik dan cantik untuk mencipta miniature taman mini yang cantik untuk dipandang.

Taman Mini Di Rumah - women online magazine (2)

Taman Mini Di Rumah - women online magazine (3)

Taman Mini Di Rumah - women online magazine (5)

Manakala bagi anda yang punya halaman depan dengan ukuran halaman rumah yang sempit, ada beberapa trik untuk menjaga taman mini di rumah yang boleh anda praktik.

1.Rajin Pangkas Rumput

Rumput boleh menampilkan efek unik dan hijau bagi anda yang mempunyai halaman rumah. Tetapi, rumput tersebut perlu dijaga agar keindahannya tetap kemas dan berkekalan. Cara yang boleh anda lakukan ialah memangkas rumput secara berkala, minimum sebulan sekali.

2. Kena Rajin Siram

Jika tanaman tersebut merupakan tanaman yang memerlukan banyak air, anda harus menyiramnya sekerap yang mungkin.

3. Jangan Lupa Kepentingan Baja

Meletakkan baja pada tamanan berguna untuk mencegahnya agar tidak layu dan kusam. Baja juga membantu menghasilkan tanaman yang lebih cantik dan subur.

4. Hapuskan Hama Tanaman

Tanaman yang subur dan cantik dipandang mata, belum tentu bebas daripada serangan hama dan penyakit. Ada baiknya jika ada mengusir hama dan penyakit tanaman tersebut dengan racun pembasmi hama.

<< Jika buntu mahu ke mana untuk percutian kali ini, jom melawat tempat menarik di Pulau Pinang.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Calon PLKN, Jom Buat Semakan PLKN 2015

Next post

Hantaran Pertunangan Perlu Ada Sentuhan Kreatif. Barulah ‘Cun’!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *