Gaya HidupKarier & Wang

Siti Zubaidah, Presiden PKNSFC Dedah Rahsia Kejayaan

Rahsia Kejayaan - Women Online Magazine

Puan Hajah Siti Zubaidah Abd Jabar, merupakan Kontroler Pembangunan Wilayah Utara(KPWU) di PKNS, di mana beliau juga adalah Presiden PKNSFC. Bersama WOM.my beliau berkongsi rahsia kejayaannya.

Bagi Siti Zubaidah, kemampuan seseorang itu bukan diukur kepada kekuatan fizikal. Sebaliknya pada iltizam yang tinggi, berpengetahuan, komitmen,komunikasi berkesan dan mendapat keredhaan Allah merupakan antara faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan seseorang itu. Tak kira lelaki mahupun wanita.

 

Segalanya Bermula

Sejak zaman persekolahan lagi Siti Zubaidah sudah aktif dalam bidang sukan. Bahkan beliau juga pernah mewakili sekolah dalam sukan bola jaring, bola tampar, bola keranjang dan semua acara padang.

“Kesemua adik beradik saya juga ahli sukan ketika di sekolah. Jadi sebab itulah bidang sukan tidak lagi asing dalam jiwa saya. Ingat lagi, waktu itu pada bulan Januari 2014, pihak pengurusan PKNS telah melantik saya sebagai Presiden PKNSFC dan KPI telah diberikan untuk menguruskan kelab ini ke arah penswastaan.Dari situlah saya cuba mendalami hal ehwal pengurusan pasukan bolasepak dan kini saya adalah penyokong nombor satu PKNSFC,” jelas beliau panjang lebar.

Rahsia Kejayaan | Women Online Magazine

Pencapaian Paling Membanggakan

Siti Zubaidah memberitahu, sepanjang kariernya di PKNS segala pencapaian yang telah digenggamnya telah memberikan satu kepuasan dalam hati dan jiwanya.

“10 tahun lamanya saya menjadi Pengurus Pembangunan Usahawan, di mana saya menjadi perintis kepada Program Pembangunan PKNS seperti Program PERMATA (Program Usahawan Muda), Akademi PKNS, Klinik Usahawan, Program Vendor dan Program Inkubator. Walaupun pada masa kini, ada di antara nama-nama program tersebut telah diubah untuk disesuaikan dengan keadaan semasa, program-program berkenaan masih tetap dijalankan. Lebih daripada 30,000 orang usahawan Bumiputera telah menyertai dan mendapat manfaat daripadanya.”

“Sebagai Presiden PKNSFC pula kejayaan pasukan Liga Perdana PKNSFC ke final Piala FA 2016, merupakan satu kejayaan yang manis untuk saya kerana ini merupakan pencapaian terbaik pasukan sepanjang kelab ini ditubuhkan lebih 15 tahun lalu. Saya akui, kebenaran kata orang-orang tua dahulu “tangan seorang wanita boleh menggoncang dunia” dan ini yang saya katakan, bahawa saya suka kepada cabaran walaupun bidang bolasepak ini adalah dunia lelaki. Walaupun kami kalah dengan pasukan hebat dan mempunyai bajet yang tinggi, namun pemain-pemain PKNSFC telah memberikan tentangan yang sengit hingga ke wisel penamat. Mereka adalah  “Bintang-Bintang Juara Di Dalam Hati Ini”,” beritahu Siti Zubaidah tanpa berselindung.

“Di samping itu, sebuah lagi pasukan Liga Super Selangor PKNSFC telah mencatatkan kejayaan melayakkan diri ke final Liga Super Selangor selama 2 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2015 dan 2016. Melalui PKNSFC kami telah berjaya menaikkan nama PKNS untuk lebih dikenali di kalangan peminat sukan bolasepak dan rakyat di Malaysia. Saya rebut kesempatan tersebut untuk menaikkan taraf media kedudukan PKNS melalui sukan dan juga aktiviti CSR yang dilakukan oleh pemain-pemain,” tambah beliau lagi.

 

Pikul Dua Tanggungjawab

Apabila ditanya tentang apakah impak ke atas diri beliau setelah diamanahkan untuk memikul dua tanggungjawab tersebut, Siti Zubaidah memberitahu, “Secara peribadinya, saya dapat buktikan keupayaan seorang wanita adalah di luar jangkaan jika diberi peluang melaksanakannya. Manakala impak ke atas organisasi ialah menjadi platform untuk melahirkan pemimpin dengan keupayaan ‘multi tasking’, meningkatkan kualiti kepimpinan dalam kelasnya tersendiri.”

 

5 Kriteria Bagi Wanita Yang Ingin Meminati Kerjaya Ini

  1. Berjiwa kental dengan semangat “Jangan Putus Asa Dan Jangan Mudah Menyerah Kalah!”
  2. Perlu sentiasa  melengkapkan diri dengan pengetahuan baru dan terkini.
  3. Perlu lakukan banyak pengorbanan kerana kerjaya ini mengambil banyak masa dan tenaga.
  4. Menghayati tugas dan amanah yang diberi.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Bergaya Anggun Dengan Jubah Hitam

Next post

6 Manfaat Bangun Pagi-Pagi!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *