FesyenGaya HidupMode

Bergaya Anggun Dengan Jubah Hitam

jubah hitam - women online magazine

Kredit foto: stylesgap

Tidak dinafikan, ramai wanita gemar memilih warna hitam dan menolak untuk memakai warna yang lain!

Pakaian berwarna hitam dikatakan paling tepat untuk menyamarkan kekurangan tubuh. Bahkan, pemakaian jubah hitam atau dikenali sebagai abaya hitam menjadi trend hangat di Malaysia. Banyak pereka fesyen gemar mengolah semula jubah hitam dengan potongan atau perincian yang lebih menarik agar nampak mewah dan boleh dipakai kemana sahaja. Inspirasi jubah hitam diambil dari negara Timur Tengah dan disesuaikan dengan gaya pemakaian rakyat Malaysia.

Jom lihat inspirasi fesyen jubah hitam atau abaya hitam yang boleh anda dapatkan di butik dan juga di dalam talian.

10 Jenis Jubah Hitam Pilihan Terkini

1. Jubah hitam mengikut potongan badan

Jubah hitam jenis ini direka khas bagi sesiapa yang memiliki bentuk tubuh yang menarik. Potongan yang mengikut badan ini tidak sesuai dipakai oleh wanita yang berbadan gempal.

2. Jubah hitam lurus

Jubah hitam jenis potongan lurus ini mudah untuk didapati kerana ianya mengikut potongan jubah hitam dari Timur Tengah. Jubah hitam jenis ini bersaiz agak besar dan longgar.

3. Jubah hitam berbutang di hadapan

Jubah hitam yang berbutang di hadapan selalunya mempunyai perincian yang menarik di bahagian depan. Namun, si pemakai perlulah memakai seluar atau kain dibahagian dalam kerana belahan butang tadi boleh menampakkan kaki anda.

4. Jubah hitam berlabuci

Labuci yang dijahit pada jubah hitam bukanlah sembarangan labuci. Labuci yang digunakan selalunya yang berkualiti tinggi dan nampak ekslusif. Labuci ini dihias dibahagian pergelangan tangan dan bahagian dada.

5. Jubah hitam jarang

Jubah hitam yang telah mendapat sentuhan pereka fesyen ternama seringkali menggunakan fabrik lain yang agak jarang untuk busana mereka. Tidak ketinggalan juga jubah hitam yang menggunaan fabrik  yang agak jarang ini memberikan jatuhan yang cantik apabila dipakai. Pada bahagian dalamnya pula, akan dipadankan dengan inner labuh bercorak ataupun kosong. Tampak lebih moden dan eksklusif.

6. Jubah hitam hoodie

Jubah hitam hoodie ini merupakan gabungan jubah hitam dan hood yang dipakai sebagai penutup kepala. Hood ini direka khas sesuai dengan jubah hitam dan dijadikan pengganti kepada hijab. Ianya tampak ranggi dan trendy.

7. Jubah hitam potongan kebaya

Tidak semestinya potongan kebaya ini harus ketat dan mengikut badan, tetapi fesyen terbaru jubah hitam potongan kebaya ini agak longgar dan besar. Potongan kebaya hanya dilakukan dibahagian butang depan yang mempunyai lipatan. Pada bahagian dalam pula, si pemakai haruslah menyarung inner labuh yang berlainan warna supaya perinciannya lebih menonjol.

8. Jubah hitam berpotongan dress

Jubah hitam potongan dress ini sangat mendapat tempat dikalangan wanita sekarang. Potongan dress labuh ini cukup kontemporari jika dipadankan dengan aksesori yang menarik.

9. Jubah hitam berpotongan kaftan

Setiap pakaian yang berpotongan kaftan pasti menjadi pilihan wanita yang lebih berusia kerana saiznya yang agak besar dan longgar memudahkan pemakainya untuk bergerak. Namun, pada ketika ini jubah hitam berpotongan kaftan juga dipakai oleh golongan muda. Ini adalah kerana jubah hitam ini mempunyai potongan leher yang luas dan bermanik padat. Ia sangat cantik dipakai dan selesa.

10. Jubah hitam berlapis-lapis atau berlayer

Lapisan atau layer ini dijahit dibahagian bawah seperti skirt kembang berlapis. Jubah hitam berlapis ini juga sesuai untuk dipakai kemana sahaja dan tidak terhad kepada sambutan hari perayaan sahaja. Pemilihan jubah hitam bukan tertumpu kepada potongan dan perincian sahaja, tetapi anda perlu menitik beratkan jenis kain atau fabrik yang digunakan.

 

Jenis-Jenis Material Yang Digunakan

1. Wollpeach

Ia juga sering disebut sebagai kain Arab, kain ini paling digemari karena sifatnya yang sejuk, lembut, ringan dan mudah diseterika, tapi hati-hati jangan terlalu panas kerana kain ini tidak tahan panas.Terdapat pelbagai pilihan warna seperti Coklat Mocca, Ungu Terang, Mustard, Biru Navvy, Merah Marron, Hijau Army, Hitam Paling Pekat atau Hijau Toska.

2. Madona

Kain ini lebih tebal dari Wollpeach dan serat kainnya lebih tebal dan lembut. Pilihan warnanya lebih beraneka iaitu lebih daripada 80 warna bermula daripada warna-warna cerah,natural sehingga warna yang lebih gelap.

3. Dobby

Sifat kain ini sama sahaja dengan wollpeach, hanya permukaanya yang lebih berkilat bermotif garis timbul, seperti kain sutera. Biasanya ia digunakan untuk busana-busana muslim dewasa seperti Ghomis Pakistan dan juga jubah. Pilihan warna adalah seperti warna natural dan gelap dan bercorak kotak-kotak kecil warna kelabu, coklat muda dan biru toska muda.

4. Cotton

Kain ini sejuk, permukaannya seperti berbulu, tidak jatuh, tidak mudah digosok, namun kain ini amat digemari karena ia diperbuat dari 100% cotton dan sangat selesa digunakan untuk kemeja jenis semi Ghomis Pakistan dan juga pelbagai variasi jubah Muslimah bagi dewasa dan kanak-kanak.

5. BSW atau Polino

Kain ini ringan, jatuhan yang cantik, selesa dan mudah digosok. Biasa digunakan untuk jubah Saudi Ikhwan, Mukena Dewasa dan Ghomis Pakistan.

6. Kain PE

Kain ini tidak terlalu tebal, tidak elastik atau anti luntur, sejuk, mudah digosok dan tidak licin permukaannya.

 

<<  Ketahui 8 jenis blouse yang boleh buat anda tampil lebih menawan di sini.

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Donat Coklat

Next post

Siti Zubaidah, Presiden PKNSFC Dedah Rahsia Kejayaan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

9 Comments

  1. July 4, 2017 at 5:20 pm — Reply

    what a great information i like it.
    i was finding difficulty last 1 week to search that kind of information. i bookmarked your blog for daily updates. really nice information thanks for share it.

    • February 11, 2018 at 2:46 pm — Reply

      thanks for the compliments…

    • May 4, 2019 at 12:52 pm — Reply

      Thank you and please keep supporting us!

  2. July 4, 2017 at 5:22 pm — Reply

    great article hope you will be provide us that kind of information which are unique from others.
    keep it up

    • February 11, 2018 at 2:46 pm — Reply

      thanks for the compliments.

    • May 4, 2019 at 12:52 pm — Reply

      Thank you and don’t forget to keep supporting us!

  3. July 8, 2017 at 12:37 pm — Reply

    what a quality content. i will tell my brother to visit your blog. Because he search the website for quality content here he can find quality content.
    Thanks for share it.

    • February 11, 2018 at 2:44 pm — Reply

      thanks for the compliment. lets see if any area to collaborate.

    • May 4, 2019 at 12:51 pm — Reply

      Most welcome,thank you and please keep supporting us!

Leave a Reply to Team WOM.my Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *