Gaya HidupMotivasi

Realiti Hidup: Kata-Kata Janji Manusia Selalu Tidak Jujur!

kata-kata janji - woman online magazine

Kredit : huffpost

Kata-Kata Janji. Kata-kata janji itulah yang selalu membuatkan diri kita berharap.

Janji yang betul membuatkan kita sentiasa berasa bahagia. Tetapi, janji palsu yang tersingkap membuatkan kita selalu berasa was-was.Sebagai insan yang berjanji…. janganlah memperbanyakkan janji (namun tidak ditepati) kerana Allah Swt. sangat membenci orang-orang yang selalu mengingkari janji.

Kita seharusnya membataskan setiap kata-kata janji yang kita ucapkan, baik kepada Allah mahupun kepada manusia kerana setiap janji yang kita ucapkan akan dipertanggungjawabkan di sisi Allah Swt.

A promise is a promise. Never promise something that you can’t keep. Itu kata-kata penuh inspirasi cukup bagus untuk direnungkan dan diresap ke dalam jiwa. Kita harus belajar untuk menepati dan menganggap serius sebuah janji.

Orang yang selalu menepati janji dengan sendirinya menjadi saksi kekuatan dirinya sendiri dalam kebenaran, sehingga mereka tidak perlu bermain dengan ayat-ayat power atau ayat manis untuk menyakinkan orang lain.

Jujur ketika berkata adalah harga yang begitu mahal untuk mencapai kepercayaan orang lain. Orang yang dalam hidupnya selalu berkata jujur, membuatkan dirinya akan dipercayai seumur hidup. Tetapi jika sebaliknya, sekali dusta, maka tak akan ada orang yang percaya padanya kecuali yang telah ‘diperkenakan’. Orang yang selalu berkata jujur, bukan hanya akan dihormati oleh manusia, tetapi juga akan dihormati oleh Allah Swt.

Jadi,sebaiknya cubalah kita menjalani kehidupan yang boleh mendatangkan kepercayaan orang pada diri kita melalui kesetiaan kita akan sebuah janji, dan ianya akan jauh lebih berharga jika dibanding kepercayaan diperoleh daripada kata-kata janji yang cukup indah dan manis!

Ingatlah bahawa kata-kata janji yang dibuat-buat dan tidak ditepati akan mengakibatkan ketidakpercayaan orang pada kita, dan juga sebuah dosa yang cukup menjijikkan di sisi Allah!

<< Ketahui lima cara mengatasi kesedihan hidup di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Jom Berehat Sebentar Bersama Kit Kat Green Tea!

Next post

5 Rahsia Cantik Dengan Buah Betik

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *