Gaya HidupSantai

Santai-Santai Hujung Minggu Di Sungai Congkak Recreational Forest

sungai congkak recreational forest - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Sungai Congkak Recreational Forest.Ada banyak tempat menarik dan aktiviti yang boleh di lakukan bersama keluarga di Sungai Congkak Recreational Forest ini.

Destinasi percutian Santai WOM.my kali ini adalah di Sungai Congkak Recreational Forest. Tempat ini sering menjadi tumpuan apabila di hujung minggu dan juga sesuai bersantai bersama keluarga kerana terdapat air terjun yang menyamankan di sana.

Sungai Congkak merupakan sebuah hutan rekreasi yang popular di daerah Hulu Langat dan Negeri Selangor. Ia juga dikenali sebagai Taman Chongkak dan Resort dan diuruskan oleh Tourism Selangor.

Sungai Congkak terkenal dengan air sungai yang bersih dan sejuk. Tempat ini juga menjadi tempat percutian, perkelahan dan mandi manda yang popular di kalangan masyarakat yang tinggal berhampiran di dearah dan negeri berkenaan.

Selain kaya dengan kedinginan sungainya, Sungai Congkak turut menjadi pilihan orang ramai ke sana kerana tarikan kepelbagaian alam semula jadinya. Bukan sahaja kolamnya yang dingin, ia juga terdapat jeram di tengah-tengah hutan hujan tropika yang terdapat di situ, antara tarikan unik di Sungai Congkak.

Di Sungai Congkak juga terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di sana. Antaranya tapak perkemahan, tandas yang sesuai disesuaikan untuk membersihkan badan, dan pelbagai lagi.

Jarak antara Sungai Congkak dengan ibu negara, Kuala Lumpur adalah kira-kira 36.3 kilometer, iaitu hanya mengambil masa 45 minit sahaja untuk ke sana.

Baca juga: Hutan Lipur Kaching

AKTIVITI MENARIK DI SUNGAI CONGKAK ADALAH: 

1. BERKHEMAH DI TAPAK SUNGAI CONGKAK

Jika anda hendak mengguna tapak khemah di sana, anda akan dikenakan sedikit bayaran. Ia amat berbaloi untuk satu percutian keluarga yang murah dan lasak. Sebelum tidur dalam khemah, pastikan anda menabur garam kasar di sekeliling perimeter khemah.

Ia untuk mengelakkan binatang berbisa masuk menyeberangi kawasan khemah dan juga dapat mengelakkan benda-benda ghaib dan halus mengacau tidur anda. Sebelum tidur, pastikan senjata tajam seperti parang atau pisau serta barang berharga dibawa bersama.

Jika anda ingin menggunakan ubat nyamuk, sebaiknya jangan letakkan ubat nyamuk yang dibakar itu di dalam khemah, sebaiknya letak di depan pintu khemah supaya dapat mengelakkan kebakaran pada khemah anda. Cukup sekadar membakar bekas telur untuk dijadikan sebagai ubat nyamuk anda.

Baca Juga: Petua Halau Nyamuk

2. MANDI MANDA DI SUNGAI CONGKAK

Untuk maklumat anda, anda akan dikenakan bayaran jika hendak menggunakan tandas yang disediakan di sana. Di samping itu juga, anda perlu memakai pakaian yang sopan.

Pastikan  barang-barang berharga disimpan di tempat yang selamat untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kecurian dan kehilangan harta benda. Keadaan air Sungai Congkak tidak terlalu dalam dan tidak deras juga amat sesuai untuk kanak-kanak bermandi manda di sana.

ANTARA SYARAT YANG DI TETAPKAN UNTUK MANDI DI SUNGAI CONGKAK ADALAH SEPERTI BERIKUT:

– Pastikan keselamatan diri anda dan kawan-kawan.

– Pastikan bilangan ahli kumpulan cukup.

– Mandi di tempat yang selamat.

– Dilarang buang najis di dalam sungai.

Baca Juga: Tengok Gajah Di Kuala Gandah

3. AKTIVITI JUNGLE TRACKING DI HUTAN SUNGAI CONGKAK

Sebelum hendak memulakan aktiviti jungle tracking anda hendaklah membuat persiapan yang cukup rapi. Contohnya memakai seluar track dan kasut yang boleh menutup bahagian kaki anda.

 Ini kerana di dalam hutan banyak pacat yang berkeliaran. Selain itu, sediakan plastik beg untuk menyimpan barangan gajet dan kamera anda ini kerana anda perlu melalui banyak batu bata sungai di penhujung jungle tracking.

 Anda digalakkan melakukan aktiviti ‘warm up’ atau memanaskan badan seperti bersenam ringan sebelum aktiviti jungle tracking dijalankan supaya tidak berlaku kekejang otot semasa jungle tracking.

PERATURAN YANG MUDAH SEMASA JUNGLE TRACKING:

a) Bergerak ikut kumpulan dan jangan putus.

b) Bantu yang cedera dan lemah.

c) Beritahu segera jika anda ada masalah kesihatan

d) Anda hendaklah sentiasa mengikut nasihat dan panduan yang telah ditetapkan oleh ranjer yang mengawasi perjalanan anda. Ia supaya dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, seperti sesat di dalam hutan atau ditimpa kecederaan.

Baca Juga: Tips Bercuti Agar Lebih Seronok

4. AKTIVITI BBQ DI SUNGAI CONGKAK

Pasti seronok jika anda dapat mandi bersama rakan-rakan atau keluarga sambil menikmati hidangan BBQ. Aktiviti bbq boleh dibuat bersebelahan dengan khemah kita. Kebersihan amatlah penting semasa melakukan aktiviti BBQ ini seperti bahan-bahan untuk membuat BBQ haruslah dibuang ke dalam tong sampah selepas habis.

Jika anda hendak merasa resipi BBQ yang istimewa dan mudah adalah seperti di bawah:

Bahan-bahan untuk BBQ adalah seperti di bawah: 

– 3 ketul bahagian paha (termasuk bhg atas paha) dan 6 ketul sayap ayam / kalau nak guna seekor ayam pun boleh – potong kecil atau ikut suka rasa.

– 3 ulas bawang putih – tumbuk

 – Seinci halia – tumbuk

 – 2 sudu makan cili kering kisar – tumis sampai masak

 – 2 sudu makan serbuk kari daging

 – 5 sudu makan madu / guna madu tualang,- sebenarnya guna apa saja jenis madu boleh.

–  Garam secukup rasa

 – 3 sudu makan sos tiram

 – 1 sudu makan lada hitam – tumbuk

(kalau yang nak letak kiub ayam boleh)

 – Gaulkan kesemua bahan tersebut bersama ayam

– Selepas itu, perap ayam tadi semalaman untuk rasa yang lebih baik.

Nota Kaki: Sempena musim cuti sekolah hujung tahun ini, apa kata anda bawa keluarga anda untuk bermandi manda di sini. Anda juga boleh berkelah dan melakukan aktiviti jungle tracking untuk melupakan seketika segala tekanan yang anda hadapi dan SHARE lah artikel ini ya!

<<Jom tengok tempat-tempat menarik di Selangor di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Mahu Menjadi 'Anak Emas' Bos? Fahami 5 Teknik Budaya Kerja Kelas Pertama

Next post

Mesti Baca! Projek Memikat Suami Dengan Baju Tidur Paling Seksi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *