Gaya HidupMotivasi

5 Sebab Tak Boleh Skandal Dengan Rakan Sekerja!

rakan sekerja - women online magazine

Kredit Foto: yimg

Rakan Sekerja.“Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa! Aku tergoda… aku terpesona…tapi dengan rakan sekerja!”

Ungkapan ini tepat sekali untuk menggambarkan tali cinta yang terjalin antara anda dan rakan sekerja! Bercinta atau bertemu jodoh dengan rakan sekerja adalah tidak asing lagi sejak golongan wanita turut diberi peluang untuk terbabit dalam aktiviti ekonomi sama seperti kaum lelaki. Hampir 50 peratus wanita berada dalam sektor pekerjaan dan ini memberikan peluang kepada golongan lelaki supaya tidak perlu bersusah payah untuk mencari calon isteri di tempat lain.

Tak ada salahnya jika anda jatuh cinta kepada rakan sekerja. Namun, anda perlu mempertimbangkan baik dan buruknya sebelum anda memutuskan untuk bercinta dengan rakan sekerja.  Jom, semak 5 sebab kenapa anda tidak digalakkan bercinta dengan rakan sekerja.

5 Sebab Anda Tak Digalakkan Bercinta Dengan Rakan Sekerja
1. Lama-lama rasa bosan

Bercinta dengan rakan sekerja akan menimbulkan rasa bosan kerana anda akan berjumpa dengan si dia pada setiap hari. Jika anda dan pasangan berada di jabatan yang berlainan, mungkin keadaannya tidak akan sama. Tetapi anda mungkin akan berhadapan dengan masalah lain seperti cemburu dan berprasangka.

 

2. Masalah anda boleh mempengaruhi suasana kerja

Bila anda atau pasangan merajuk atau berselisih faham, ia pasti akan mempengaruhi suasana tempat kerja. Segala tugas yang dipertanggungjawabkan mungkin akan tergendala/timbul masalah disebabkan oleh masalah peribadi anda. Ada kemungkinan hal ini akan menimbulkan rasa tidak senang antara anda dan rakan sekerja yang lain.

 

Baca Juga: Peluang Bekerja Dari Rumah

 

3. Jadi bahan gosip

Walau di mana anda berada, anda tidak terlepas daripada masalah gosip ataupun ‘buah mulut'orang. Bercinta bersama dengan rakan sekerja kerja juga boleh menimbulkan gosip, samada positif ataupun negatif. Lebih-lebih, lagi jika ada pihak yang tidak senang dengan hubungan anda berdua. Bersiap sedialah untuk menjadi mangsa mulut-mulut ‘puaka' nanti ya!

 

4. Jika putus, suasana akan menjadi canggung

Ini merupakan masalah yang paling rumit jika anda dan pasangan tiba-tiba putus cinta dan tak mungkin untuk berbaik semula. Anda harus berhadapan dengan bermacam-macam perasaan yang bertandang seperti sakit hati, marah, sedih, cemburu ataupun benci. Silapharibulan mahu anda hantar surat berhenti kerja! Kan dah rugi!

 

5.Prestasi kerja mula merudum

Asyik gila bayang atau angau boleh menyebabkan prestasi kerja anda jatuh merudum. Disebabkan ini jugalah sesetengah majikan tidak menggalakkan pekerjanya bercinta di tempat kerja.

 

Baca Juga: 4 Sebab Anda Bosan Kerja

 

Take Note!

Awas! Perkara ini anda perlu ambil kira sebelum memulakan hubungan istimewa dengan rakan sekerja.

  • Fahami polisi syarikat

Sebelum anda menghebohkan status percintaan anda dengan rakan sekerja yang lain, sebaiknya anda menyemak dahulu polisi syarikat anda tentang perkara ini. Kebiasaannya polisi syarikat besar telah meletakkan garis panduan menghalang pekerjanya untuk mempunyai hubungan intim. Jika anda sanggup untuk terima kesannya kelak, anda boleh teruskan hasrat anda itu.

 

  • Profesionalisme

Sebaiknya anda pisahkan kehidupan sosial anda dan kerjaya. Usah membiarkan rasa cinta anda berbunga mekar sehingga mengganggu kualiti dan kelancaran kerja anda. Anda harus ingat bahawa anda sentiasa diperhatikan oleh majikan anda. Gunakan masa sebaik mungkin dan jadikan pasangan anda sebagai pendorong untuk anda terus berjaya di tempat kerja.

 

Baca Juga:  Kosentrasi Kerja

 

  • Hieraki

Anda dinasihatkan untuk memilih pasangan yang memegang jawatan yang sama dengan anda. Elakkan bermadu asmara dengan kakitangan atasan atau bawahan. Jika hubungan ini terjalin, ia akan menyebabkan orang lain berasa tidak senang dengan hubungan tersebut.

 

Pasangan bercinta pasti mempunyai perasaan rindu yang tak tertanggung dan kalau boleh mereka ingin berjumpa setiap hari. Usah menunjuk-nunjuk kebahagiaan antara anda berdua di tempat kerja. Kekalkan jarak selamat dan simpanlah segala rindu sehingga habis waktu bekerja. Jika ia melibatkan hal kerja, usahlah bersikap berat sebelah dan anda harus bersikap professional.

 

  • Menyalah guna

Jangan menyalah guna kemudahan pejabat atas urusan peribadi anda seperti menggunakan telefon, berbalas e-mail ataupun menggunakan masa berkerja anda untuk hal lain. Jangan mencampur adukkan urusan kerja dengan soal hati dan perasaan anda.

 

Jika anda merasakan bahawa hubungan anda akan membawa masalah kepada syarikat dan diri anda, bersedialah untuk meletakkan jawatan. Salah seorang daripada anda boleh memohon tempat kerja baru atau sebagainya. Pengorbanan sebegini bukan sahaja mampu menyelamatkan hubungan anda malah demi masa depan kerjaya anda juga.

 

Nota Kaki: Jika suka artikel ini, jangan lupa SHARE ya

<< Ketahui tips mempertahankan cinta jarak jauh di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Cara Ubah Ruang Tamu Agar Nampak Mewah!

Next post

Resepi Agar-Agar Roti Tawar Paling Enak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *