FesyenGaya HidupModeStail

Tampil Manis Walaupun Dalam Balutan Pakaian Yang Tertutup Dan Sopan

tips jaga penampilan - women online magazine

kredit foto: wonderfulmalaysia

Jaga Penampilan.Di mana sahaja anda berada, anda akan tetap selalu dinilaikan melalui penampilan diri anda!

Sebenarnya tak kira samada Hari Raya ataupun tidak, menjaga penampilan tetap perlu anda berikan perhatian.Malah, anda juga boleh berpenampilan stylish biarpun dengan pakaian yang tertutup Tak kira sama ada anda berhijab ataupun tidak. Anda memang perlu menjaga penampilan anda dengan sebaik-baiknya.

Bukan bermakna menyuruh anda mengubah diri anda untuk menjadi orang lain, tetapi saranan ini agar penampilan diri anda menjadi lebih baik. Secara tidak langsung, keperibadian diri anda juga akan turut berkembang menjadi lebih baik.

 

Baca Juga: Tips Pilih Kebaya Moden Sesuai Dengan Bentuk Tubuh

 

Jika anda tidak kurang gemar berbaju kurung ataupun berjubah, anda masih boleh bergaya dengan koleksi pakaian kegemaran anda, tetapi anda harus jaga penampilan tersebut dengan:

 

Baca Juga: Jubah Cantik 

 

1. Kenakan T-shirt atau kemeja lengan panjang atau lengan separuh. Untuk kelihatan lebih catchy , pilih yang ada hiasan girlie , seperti manik-manik, renda atau riben.

 

2. Elakkan memakai tank top atau baju tanpa lengan. Jika ingin memakai tank top atau baju lengan pendek kegemaran anda, padukan dengan jaket, kardigan atau bolero lengan panjang.

 

3. Hindari memakai seluar pendek atau mini skirt. Jika nak pakai sangat, gayakan ia bersama legging ataupun stoking tebal.

 

Baca Juga: Padanan Ringkas Seluar Lengging

 

4. Jika T-shirt anda berleher luas, kenakan shawl untuk menutup bahagian sekitar dada dan leher.Shawl yang lebar juga boleh anda gunakan untuk menutupi bahagian bahu dan lengan anda ketika anda memakai pakaian tanpa lengan atau lengan yang terlalu singkat.

 

5. Jangan ragu untuk memakai seluar panjang beraneka potongan seperti seluar panjang berpotongan boot cut atau cutbray, wide leg pants atau palazzo, harem dan sebagainya dengan baju ada yang sedikit tertutup supaya dapat melindungi bahagian punggung anda.

 

6.  Jika ingin memakai skrit panjang, pakailah bahagian atas yang sesuai agar tidak nampak seperti orang yang terlalu tua ataupun terlalu berlebihan. Anda boleh menambahkan beberapa aksesori ataupun tali pinggang untuk mempermaniskan penampilan.

 

Baca Juga: Skirt Kembang

 

Info Ektstra!

Lebih Manis Jika Anda Berhijab!

 

Jika anda berhijab, tidak ada salahnya anda berusaha untuk menghindari kesalahan-kesalahan seperti berikut:

 

1. Rambut Yang Keluar Daripada Hijab

Seringkali rambut muncul daribahagian kening mahupun berhampiran telinga. Malahan kadang-kadang ada yang terkeluar daripada  dalam hijab bahagian belakang. Ia boleh terjadi kerana anda tidak menggunakan inner hijab, menggunakan inner hijab yang salah atau mengikat rambut dengan cara yang salah.Sebaiknya ikatan rambut, janganlah terlalu kuat kerana ia boleh menyebabkan rambut menjadi rosak. Jika diikat terlalu tinggi pula, ia akan membentuk seperti ekor unta!

 

Baca Juga: Tips Pilih Inner Sesuai Bentuk Wajah

 

2. Hijab Sekadar Penutup Kepala & Transparan

Masih ramai wanita yang menggunakan hijab dengan kedua belah telinga dan leher masih nampak dengan jelas ataupun hanya menjadikan hijab sebagai penutup kepala. Ini jelas menunjukkan hijab tidak menepati syariat yang sebenar-benarnya. Hijab yang baik dan disarankan oleh agama adalah yang menutupi bahagia kepala, dan yang kelihatan hanya bahagian wajah sahaja. Gunakan hijab yang selesa agar anda tidak berasa panas ataupun gatal-gatal apabila berpeluh.

 

Baca Juga: Keistimewaan Tudung Bidang 60

 

3. Hijab Terlalu Pendek Tidak Menutupi Bahagian Dada

Ketika menggunakan hijab, kebanyakan wanita suka melilitkan hijabnya di leher atau membiarkan bahagian dada hingga perut tidak tertutup. Secara automatik, bentuk dada dan pinggang anda akan nampak dengan jelas.Sebaiknya pilih gaya hijab yang boleh melindungi atau menutupi bahagian dada dan perut. Tidak perlu terlalu banyak gaya atau langkah, yang penting pengayaan tersebut tidak akan membuat anda nampak kelam-kabut dan kerap membetulkan hijab anda.

 

Baca Juga: Tudung Instant

 

4. Jangan Lupa Pakai Baju Luaran (Jika Perlu)

Jika baju atasan yang anda mahu gayakan itu masih kelihatan terlalu terdedah ataupun jarang, tidak ada salahnya memakai baju luaran seperti blazer atau cardigan untuk menutupinya. Jangan sesekali selitkan unsur-unsur seksi dalam pengayaan hijab anda. Jaga penampilan anda sebaik mungkin dan percayalah anda tetap boleh tampil manis walaupun dalam balutan pakaian yang tertutup dan sopan.

<< Jom dapatkan fesyen tampil bergaya di hari raya 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Salam Aidiladha.Jangan Lupa Hayati Erti Sebenar Korban Dalam Islam

Next post

Wajib Baca! Tips Elak Rasa Mengantuk Ketika Memandu

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *