FesyenGaya HidupModeStail

Inginkan Kelainan? Cubalah 5 Gaya Hijab Selebriti Ini

gaya hijab selebriti - women online magazine

Kredit foto: lipstiq,melindalooi

Gaya Hijab Selebriti. Tertarik dengan koleksi hijab yang sering anda lihat di majalah atau kedai busana Muslim yang digayakan oleh para selebriti tanahair?

Ternyata kini berhijab bukan setakat sebagai penutup aurat bagi wanita Muslim, malahan telah menjadi stail fesyen yang tersendiri di tanahair.Pelbagai gaya hijab dihasilkan, daripada efek sederhana sehinggalah menampilkan kesan glamor.

Perkembangan fesyen hijab turut menular kepada golongan selebriti tanahair yang berhijab. Sebahagian besar wanita mendapat inspirasi daripada gaya hijab selebriti.

Jom semak beberapa gaya hijab selebriti yang mungkin sesuai untuk anda gayakan.

1. Hijab Hitam

Paling penting adalah warnanya. Warna hitam boleh masuk dengan semua warna busana anda sehingga bersifat neutral. Anda boleh memakainya di semua acara formal dan acara santai tanpa kehilangan gaya fashionable anda. Untuk penampilan yang lebih berbeza, anda tinggal mengaplikasikannya dengan pelbagai model ciptaan hijab.

Baca Juga: Koleksi Jubah Hitam

2. Hijab Neutral

Hijab neutral lebih ke warna-warna polos dan pastel seperti putih, coklat, biru dan kuning air. Warna-warna tersebut boleh anda padu-padankan dengan busana berwarna soft atau motif. Jika anda mempunyai busana berwarna terang atau menyala, hijab neutral ini boleh menyeimbangkan penampilan anda sehingga masih tetap terkesan bergaya namun tidak berlebihan.

3. Fancy Hijab

Anda memerlukan model hijab ini untuk menghadiri undangan acara formal. Biasanya hijab ini berbahan chiffon baik warna neutral ataupun motif, bahan sutera lembut dengan moden. Tujuannya anda, meskipun busana yang anda kenakan terkesan sederhana namun dengan memadukannya dengan hijab ini membuat penampilan anda terkesan elegan.

Baca Juga: Tudung Turki

4. Hijab Motif

Milikilah beberapa hijab bermotif agar bisa dipadukan dengan pakaian yang berwarna polos. Pakaian berwarna polos akan terkesan sederhana namun akan tidak kelihatan menarik jika anda hanya memadukannya dengan hijab berwarna polos pula. Tunjukkan jiwa mudamu dengan hijab motif ini, pilih yang berwarna dasar terang dengan motif yang berbeza-beza.

Penampilan ringkas anda akan menjadi  semakin berwarna dan bersemangat.

Baca Juga: Teknik Berhijab Untuk Buat Anda Nampak Lebih Bergaya

5. Hijab Kilat

Dengan banyaknya koleksi hijab, anda juga tidak mungkin mengaplikasikannya semua. Apalagi hampir semua ciptaan hijab memerlukan sedikit banyak masa agar kelihatan rapi. Jika anda tidak mempunyai banyak masa, atau terlalu sibuk, pemakaian tudung instant  adalah pilihan tepat!

Nota Kaki: Ayuh, SHARE artikel berguna ini dengan kawan-kawan dan saudara mara.

<< Jom dapatkan tips untuk menjaga penampilan anda di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Cara Didik Anak Supaya Jadi Lebih Berdikari

Next post

Kena Baca! 23 Kebaikan Luar Biasa Omega 3

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *