Gaya HidupSantai

4 Destinasi Bulan Madu Paling Jimat Dan Best Di Malaysia

destinasi bulan madu - women online magazine

Kredit Foto: globixukm

Destinasi Bulan Madu.Kepada pasangan yang baru berkahwin WOM.my ada cadangan destinasi bulan madu yang menarik untuk anda kunjungi.

Perkahwinan adalah pengikat tali cinta  antara seseorang lelaki dan wanita. Apabila sesebuah perkahwinan dilangsungkan secara sah, segala yang haram dilakukan sebelum ini seperti berpegangan tangan, bersetubuh dan sebagainya telah dihalalkan.Malah, melalui ikatan perkahwinan kedua mempelai akan diberi ganjaran pahala yang lebih besar.

Kini, majlis perkahwinan boleh didapati dengan pelbagai konsep dan jenis. Ada yang memilih konsep dalam taman, tema Jawa, Minangkabau dan macam-macam lagi bagi memastikan ia dipenuhi dengan kemeriahan dan akan terus diingati sampai bila-bila.

Selepas majlis perkahwinan itu berlangsung, menjadi trend pada masa kini, pasangan pengantin yang sudah berkahwin pasti akan merancang percutian untuk berbulan madu.

Berbulan madu selalunya menjadi momen yang paling istimewa buat pasangan pengantin baru. Ia merupakan waktu untuk menghabiskan masa berdua-duan dan melupakan semua perkara yang tidak ada kaitan dengan bulan madu!

 

Baca Juga: Ubat Kuat Seks

 

Biasanya orang akan ke Bali, Paris, Itali, atau pun  ke kota-kota romantik lain di dunia untu melengkapi kemanisan bersama orang yang dicintai, tetapi jangan lupa di negara kita pun punya banyak tempat-tempat menarik untuk berbulan madu. Lagipun ia bakal menjimatkan perbelanjaan anda dan juga pasangan.

WOM.my  sediakan 4 destinasi terbaik serta menjimatkan untuk anda dan si dia  berbulan madu!

1. Pulau Langkawi

Pulau Langkawi adalah antara destinasi percutian yang terkenal di Malaysia. Selain daripada keindahannya, Langkawi juga dianggap sebagai ‘syurga membeli-belah’, tidak kira buat  wanita mahupun lelaki. Apatah lagi dengan statusnya sebagai pulau bebas cukai!

Keindahan alam, hutan yang menghijau, bukit, gunung serta pantai-pantai berpasir putih turut menjadi daya tarikan utama di Langkawi.

Jadi, tidak harianlah jika Langkawi disenaraikan sebagai destinasi bulan madu terbaik buat pasangan yang baru berkahwin.

Anda dan pasangan boleh menikmati panorama indah dari Jambatan Udara Langkawi (Langkawi Sky Bridge) yang terbentang kukuh di atas Gunung Mat Chincang. Selain itu, anda boleh juga menikmati keindahan Air Terjun Telaga Tujuh, Pantai Cenang,Crocodile Adventureland, Pantai Tengah atau pun membeli belah di Pekan Kuah.

 

2. Pulau Perhentian

Pulau Perhentian juga adalah antara destinasi pulau yang cantik dan menarik terdapat di Malaysia dan sesuai dijadikan destinasi bulan madu.

Pulaunya yang cantik, air laut jernih kebiru-biruan amat sesuai untuk anda dan pasangan menghabiskan masa di tepi pantai.

Di sana juga terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Antaranya ialah snorkeling di Turtle Point. Di sana anda boleh berenang bersama-sama dengan penyu. Selain itu, anda berpeluang melihat matahari terbenam di sepanjang pesisiran pantai atau dengan menaiki ‘water taxi’. Situasi ini pasti akan membuatkan mood romantik anda dan pasangan berganda!

 

3. Cameron Highlands

Cameron Highlands adalah destinasi peranginan di atas bukit yang terletak di barat daya negeri Pahang. Suasananya yang sejuk, nyaman dan cukup mendamaikan memang sesuai untuk dijadikan destinasi pilihan berbulan madu. Pasti ia akan menjadi momen yang indah antara anda dan pasangan anda sesudah berbulan madu.

Nikmatilah keindahan pemandangan flora bersama dengan pasangan apabila berada di Tanah Tinggi Cameron Highlands.

Banyak aktiviti menarik yang boleh anda dan si dia lakukan ketika berkunjung ke Cameron Highlands. Jika suka trekking di hutan, jangan lepaskan peluang untuk merentasi desa di Ringlet, Tanah Rata,Brinchang, Tringkap serta Kampung Raja.

Sekiranya anda dan pasangan, menyukai perjalanan bulan madu yang lebih cool, boleh singgah ke Rose Centre, Taman Rama-Rama, ladang lebah di Honey Bee Farm dan kunjungi juga ladang strawberi. Di sini and bukan sekadar membeli buah strawberi, malah anda boleh memetik buah strawberi di ladang yang terpilih.

Cameron Highlands turut terkenal dengan ladang teh yang luas dan antara paling besar di Asia Tenggara. Antara ladang teh yang boleh anda dan si dia kunjungi ialah Ladang Teh Boh di Habu, Ringlet, Ladang Teh Boh Di Sungei Palas, Brinchang dan Ladang Teh Cameron Valley di Tanah Rata.

 

Baca Lebih Lanjut: Bercuti Di Cameron Hinglands

 

4. Bukit Fraser

Bukit Fraser turut dikenali sebagai ‘Little England’ kerana bangunan seni berkonsepkan Inggeris masih tersergam indah.  Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser yang terletak di Pahang ini mengambil masa kira-kira dua jam.

Bukit Fraser terkenal kerana suasananya yang nyaman dan dingin. Pada waktu malam, cuacanya amat sejuk dan apabila siang hari, kawasan sekitar akan dipenuhi dengan kabus yang tebal. Seolah-olah anda sedang berbulan madu di Eropah!

Bagi pencinta alam, Bukit Fraser merupakan kawasan tanah tinggi yang mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna yang masih lagi terjaga. Seni bina bangunan yang berlatarbelakangkan bangunan kolonial Inggeris, pasti akan memberi pemandangan yang cantik kepada anda dan si dia sewaktu merakamkan momen-momen indah bersama.

Selain itu, selepas singgah di Taman Flora,  jangan lupa untuk ke  Allan’s Water dan dataran bulatan Menara Jam.

Banyak aktiviti yang boleh anda dan si dia lakukan, penat jungle trekking, boleh memanah, menunggang kuda, bersampan di Allan’s Water ataupun mandi-manda di Air Terjun Jeriau.

Ternyata Malaysia juga kaya dengan destinasi bulan madu romantik yang boleh diabadikan tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar.

Tahniah pada yang sudah berkahwin, moga ceria dan bahagia menikmati bulan madu bersama dengan pasangan yang dicintai.

 

Baca Juga: Bukit Tinggi Pahang

 

<< Nak tahu tempat menarik yang terdapat di Port Dickson, sila klik sini ..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kesal Ditangkap Khalwat Dengan Suami Orang

Next post

Cara Paling Mudah & Pantas Bayar Zakat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. May 7, 2014 at 4:25 pm — Reply

    Berbulan madu tempat sejuk lebih menarik, C Highland atau Bukit Frazer mungkin pilihan yang sesuai.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *