Gaya HidupOh! LelakiRomantika

Jangan Sampai Jadi Lelaki Dayus!

LELAKI DAYUS - women online magazine-2

“Dayus” atau “bacul” adalah satu perkataan yang boleh mendatangkan kemarahan jika dilontarkan pada kaum lelaki.

Namun, begitulah hakikatnya. Perkataan “dayus” atau “bacul” ini ditujukan pada lelaki yang tidak mempedulikan urusan keluarganya, samada ahli keluarganya mengikut ataupun mengingkari perintah Allah. Maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil kisah  dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu. Malahan,  sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk secara sebarangan oleh lelaki lain.

Lelaki adalah pemimpin keluarga. Besar tanggungjawab yang perlu mereka pikul agar memastikan anak dan isterinya sentiasa mengikut titah perintah Allah. Seringkali juga kita mendengar dayus dikaitkan dengan kekasaran kepada wanita sepert memukul mereka. Namun, sebenarnya dayus mempunyai pelbagai lagi perspektif luas yang merujuk kepada lelaki dayus.

Ciri-Ciri Lelaki Dayus Menurut Islam

1. Membiarkan kecantikan, aurat atau bentuk badan isteri dinikmati oleh lelaki lain sewaktu berada di luar rumah.

2. Membiarkan isteri balik lewat dari tempat kerja. Sebagai suami anda tidak ambil peduli isteri anda bersama  lelaki mana, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yg menghantarnya pulang ke rumah.

3. Membiarkan aurat isteri atau anak perempuan yang telah dewasa terdedah semasa menaiki motor atau kenderaan lain ketika berada di luar rumah.

4. Membiarkan anak perempuan keluar ‘dating’ dengan teman lelaki ataupun tuning (bukan mahram).

5. Membiarkan anak perempuan berdua-duan dengan pasangannya di rumah. Kononnya ibu bapa memahami  dan berfikiran terbuka.

6. Menyuruh dan berbangga dengan isteri atau anak perempuannya memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7. Membiarkan isteri atau anak perempuannya menjadi pelakon dan membiarkan mereka berpelukan dengan lelaki lain. Alasannya atas tuntutan kerja atau lakonan semata-mata.

8. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

9. Membiarkan isteri disentuh tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang dibenarkan oleh Islam.

10. Membiarkan isteri bersalin dengan disambut oleh doktor lelaki. Jika dalam darurat dibenarkan.

11. Membawa isteri atau anak perempuan untuk dirawat oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik atau hospital yang mempunyai doktor wanita.

12. Membiarkan isteri pergi kerja dengan menumpang teman lelaki sepejabatnya dan membiarkan isteri kerap berdua-duaan dengan pemandu lelaki lain tanpa sebarang cemburu.

Kaitan Antara Nusyuz Dan Dayus

Nusyuz boleh menyebabkan timbulnya pergaduhan besar sehingga sesetengah kes berakhir dengan perceraian. Nusyuz juga boleh dikategorikan sebagai derhaka. Apabila ia berlaku, gugurlah hak isteri untuk mendapatkan nafkah sehinggalah si isteri bertaubat. Sebenarnya, nusyuz dibahagikan kepada dua iaitu nusyuz isteri dan nusyuz suami bukannya hanya semata-mata ada pada wanita sahaja.

Antara sebab berlakunya nusyuz pada pihak isteri ialah:

  • Apabila suami menyuruh menutup aurat si isteri enggan berbuat demikian.
  • Enggan tinggal serumah dengan suami.
  • Tidak menjaga amanah suami.
  • Enggan memenuhi kemahuan suami (kecuali waktu uzur).
  • Enggan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam, seperti mendirikan solat dan sebagainya.
  • Keluar rumah tanpa meminta keizinan suami.
  • Tidak memelihara kehormatan.

Antara sebab berlakunya nusyuz di pihak suami pula ialah:

Punca nusyuz membawa kepada timbulnya lelaki dayus.Bagaimanapun, hukuman nusyuz tidaklah sewenang-wenangnya terletak pada suami tetapi ia hendaklah dirujuk ke mahkamah supaya pihak wanita mendapat pembelaan yang sewajarnya dan tidak teraniaya.

Kesimpulannya, para suami dan juga bapa diingatkan supaya mendidik isteri dan anak-anak dengan baik berlandaskan agama. Sebagai isteri dan anak perempuan juga,anda haruslah menjaga batas anda dengan bukan mahram. Janganlah memasukkan suami atau bapa anda dalam kategori dayus kerana lelaki dayus diharamkan masuk syurga. Sayangilah diri dan keluarga anda demi kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.

Kredit foto: marriagehelper

<< Baca juga ciri-ciri suami takut bini di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Pastikan Botol Susu Bayi Anda Bebas Racun Kimia. Semak Di Sini…

Next post

Antara Punca Santau Angin Dihantar...

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *