Gaya HidupMotivasi

5 Jenis Kawan Yang Tak Rugi DiMiliki

ciri kawan yang anda perlu miliki - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Jenis Kawan. Setiap kawan yang kita kenal sedikit sebanyak boleh mempengaruhi kehidupan kita. Jom kenali ciri-ciri jenis kawan yang perlu dimiliki.

Setiap individu di dunia ini pastinya memiliki sahabat ataupun kawan dalam kehidupan mereka. Kehadiran meraka amat diperlukan, apatah lagi di saat kesusahan.

Namun ada, beberapa perkara perlu dipertimbangkan dalam memilih kawan. Hal ini demikian kerana jika tersalah pilih kawan akan rosaklah masa hadapan kita. Jadi, sebelum tersilap percaturan, ada beberapa ciri dalam memilih sahabat yang perlu kita ketahui.

Antara ciri ciri jenis kawan yang baik adalah :

1. Kawan yang sentiasa ajak kita ke arah kebaikan

Contohnya, pilihlah kawan yang tidak meninggalkan solat dan tahu menghormati orang yang lebih tua. Perkara ini penting kerana ciri-ciri kawan yang baik itu akan menjadi ikutan kita sepanjang masa. Secara tidak langsung, masyarakat akan memandang tinggi individu-individu yang memiliki ciri-ciri yang baik dalam diri mereka.

 

2. Pendengar setia ketika anda ada masalah

Kawan yang baik juga pastinya bersedia untuk berkongsi ataupun sekurang-kurangnya mendengar masalah kita pada bila-bila masa yang diperlukan. Dia mampu berfungsi sebagai pembimbing di saat kita menghadapi masalah.

Sungguhpun begitu, nasihat dan bimbingan yang diberikan mestilah mampu membawa kita ke arah kebaikan. Tidak dapat dinafikan lagi, kita perlu bersedia mendengar masalahnya jika ingin menjadi kawan yang baik.

 

Baca Juga: Rahsia Lelaki

 

3. Kawan yang sentiasa membimbing anda

Kita akan merasa lebih bahagia ketika memiliki kawan jenis ini. Berada di sekitarnya akan membuat anda merasa tenang dan damai. Kawan jenis ini sentiasa memberi input dan nasihat yang berguna semasa anda memerlukannya. Hidup anda menjadi lebih terarah kerana ada kawan yang memberi input penting untuk hidup anda.

 

4. Kawan yang mengambil berat tentang keadaan anda

Mereka yang tergolong dalam kategori ini bersikap seperti ibu yang sangat mengambil berat. Kawan jenis inilah yang akan memasak bubur dan sup ayam sekiranya anda demam, yang tahu setiap jenis bunga dan menyayangi kanak-kanak dan binatang. Mereka sangat penyayang, ringan tulang malah anda boleh berkongsi masalah seperti yang anda lakukan bersama ibu anda.

 

Baca Juga: Ringan Tulang

 

5. Kawan yang jujur dalam perhubungan

Kawan jenis ini akan bercakap perkara yang jujur sahaja. Tidak kira anda menyukai atau tidak perkara yang diperkatakan. Mereka sangat jujur sehingga ditafsirkan sebagai biadap.

Kawan jenis ini yang akan memberitahu anda sekiranya teman lelaki anda curang atau sekiranya kasut yang anda pakai tidak sesuai dengan baju anda. Namun, selepas dia mengkritik dengan jujur, dia pantas memujuk anda kembali atau meminjamkan kasut yang sesuai untuk anda.

 

Baca Juga: Wanita Adalah Sahabat Sejati

 

Ada berbagai-bagai ciri yang perlu diperhalusi dalam menilai erti persahabatan. Oleh sebab itu, kita wajar dan harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun jua sahabat kita.

Seorang kawan yang baik haruslah memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk diikuti atau pun dicontohi. Kawan boleh membahagiakan kita dalam menempuh kehidupan di dunia dan kita di akhirat kelak.

Selain itu, kita juga perlu mempunyai ciri-ciri yang positif iaitu seperti boleh kawal marah, tidak mempunyai masalah kemurungan dan juga mempunyai perhubungan percintaan yang baik supaya rakan kita senang untuk berkawan dengan kita.

 

Nota Kaki: Boleh SHARE artikel ini ya.

<< Jom ketahui teknik bagaimana nak dapatkan ketenangan diri di sini…

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Petua Hilangkan Jeragat Dengan Mudah

Next post

8 Punca Sakit Tengkuk

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *