4 Tips Mudah Simpan Duit Untuk ‘Holiday’
Foto: i.huffpost
Cara Simpan Duit.Semua orang mempunyai percutian idaman. Tetapi masalah yang sering wujud pastinya kerana kekurangan sumber wang.
Sebenarnya, mudah sahaja untuk menyimpan duit jika anda tahu caranya.Lagipun nak melancong ini bukanlah perlu sehingga anda kaya.Cukuplah anda bijak dalam perancangan dan mempunyai kewangan.Jadi bagaimana cara untuk menyimpan duit? Disini WOM.my ingin kongsikan.
Cara Simpan Duit
1. Perancangan
Untuk mencapai destinasi tempat percutian, anda perlukan perancangan. Jika anda tidak tahu dimana destinasi anda, bagaimana pula anda mahu menentukan bajetnya bukan? Untuk mencapai destinasi yang anda ingin tujui, anda perlu mempunyai perancangan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh.
Baca Juga: Bekerja Dari Rumah
Destinasi yang ingin ditujui mempunyai kos tersendiri yang perlu kita laburkan. Jadi untuk mengelakan kita menggunakan duit dari sumber yang tidak sepatutnya maka kita perlu asing atau tabungkan wang pelaburan tersebut ke satu tabung khas.
Pastikan diri anda berdisiplin dalam penyimpan wang. Apalah makna sebuah tabung sekiranya kita tidak mampu konsisten dalam menabung jadi komitmen dalam menabung teramatlah penting bagi mencapai objektif percutian kita tadi. Lebih tinggi kos tempat yang ingin kita tujui maka lebih tinggi wang yang patut kita tabungkan.
Baca Juga: Tips Motivasi Untuk Mendapat Ketenangan Diri
Cara lain untuk menabung adalah anda boleh cuba melakukan aktiviti tambahan secara part time. Apa yang penting, anda perlu bijak memilih aktiviti tambahan duit supaya ia tidak menjadi beban. Bukan semua perkara kita suka lakukan dan sudah pasti kita melakukan ini hanya sementara saja.
Nota Kaki: Jangan lupa, SHARE artikel ini ya!
<< Ketahui cara menjana pendapatan melalui blog di sini.
No Comment