Wajib Cuba! 7 Cara Elak Kerja Lebih Masa
Kerja Lebih Masa. Berminat untuk mengetahui cara elak kerja lebih masa? Baca artikel ini sampai habis.
Bekerja lebih masa bukanlah sesuatu etika yang asing di dalam alam pekerjaan. Ada yang kerja lebih masa kerana perlu atau diminta untuk menyiapkan tugasan yang diberi dalam masa yang ditetapkan.
Ada juga yang bekerja lebih masa untuk mendapat elaun yang disediakan oleh majikan mereka. Malahan di Jepun, budaya bekerja lebih masa adalah amalan ‘mulia’ dan wajib dilakukan oleh mereka.
Namun, pada tahun lepas, di Indonesia, dikejutkan dengan kematian wartawan iklan muda mereka, Mita Diran, akibat bekerja sehingga 30 jam.
Kajian di Eropah menunjukkan jika seseorang itu bekerja melebihi 3 jam daripada waktu biasa mereka bekerja, ia akan mengundang risiko masalah penyakit jantung.
Bekerja lebih masa juga akan mengakibatkan anda dalam tekanan yang tinggi yang boleh menjejaskan kesihatan anda.Lagipun menghabiskan lebih masa di tempat kerja juga tidak bermakna anda produktif dalam kerja anda. Sebaik-baiknya uruskan masa di tempat kerja anda dengan sebaik-baiknya.
Berikut adalah antara langkah untuk cuba mengelakkan bekerja terlebih masa.
Antara tips elak kerja lebih masa adalah :
1. Buat Jadual
Sebelum anda tidur atau pergi ke pejabat, anda disarankan untuk membuat perancangan dan jadual tugasan kerja yang anda perlu lakukan. Anda perlulah semak tarikh-tarikh akhir tugasan yang ditetapkan oleh majikan atau pelanggan anda.
Utamakan kerja yang memerlukan tarikh tugasan yang awal supaya anda tidak perlu panik dan tertekan. Anda juga perlu menetapkan “target” tugasan anda untuk menyiapkan kerja sebelum waktu yang ditetapkan agar kerja-kerja anda akan lebih teratur.
2. Datang Awal ke Pejabat
Orang yang lewat datang ke pejabat mempunyai ‘peluang’ lebih besar untuk balik lewat daripada waktu yang ditetapkan. Secara tidak langsung, anda mempunyai waktu kerja yang terhad.
Jadi adalah lebih baik anda datang awal ke tempat kerja kerana adalah tidak mustahil anda mampu menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut waktu pejabat yang ditetapkan oleh syrarikat anda.
Baca Juga: 7 Ciri Orang Malas Bekerja
3. Elakkan Gangguan Persekitaran
Tidak dinafikan, di tempat kerja terdapat gangguan secara langsung atau tidak langsung. Mungkin ia bukan datang dari rakan sepejabat anda yang selalu mengganggu anda.
Mungkin juga disebabkan gangguan menerusi teknologi seperti bunyi telefon, sistem pesanan ringkas, laman sosial dan sebagainya boleh mengganggu anda untuk fokus dalam menyiapkan tugasan.
Ia akan membuat anda lalai untuk menyiapkan kerja.Langkah terbaik yang anda perlu lakukan adalah tutup dan letak ke tepi segala punca gangguan persekitaran yang boleh menjejaskan kerja anda.Teruskan fokus untuk menyiapkan kerja anda sehingga selesai sebelum habis waktu kerja.
4. Say No!
Sebagai pekerja dan manusia biasa, anda pasti tahu kebolehan dan kapasiti anda. Sebagai seorang pekerja, anda tahu keupayaan dan had anda.
Jika anda berfikir bahawa tugas-tugas yang diberikan kepada anda sudah cukup banyak untuk hari tersebut, maka anda boleh mengatakan tidak kepada tugas-tugas seterusnya atau boleh dibawa berbincang.Tetapi cara ini disyorkan hanya terpakai untuk tugas-tugas yang tidak begitu penting atau tugas-tugas yang tidak begitu mendesak dan boleh dilakukan pada hari berikutnya.
5. Elak dari Mengambil Kerja Orang Lain
Anda disarankan untuk mengambil dan membantu membuat kerja orang lain yang pemalas dan tidak bertanggungjawab. Sebaik-baiknya dalam situasi ini, adalah lebih baik anda mementingkan diri anda sendiri untuk fokus menyiapkan tugasan anda berbanding membantu menyiapkan tugasan orang lain.
Baca Juga: Cara Buat Duit Online
6. Gunakan Masa Rehat Sebaik-Baiknya
Kadangkala pekerja banyak meluangkan masa rehat yang diberikan tanpa membuat sebarang aktiviti yang berkualiti. Ada juga yang terlebih menggunakan masa rehat yang diberikan untuk menyiapkan kerja-kerja yang perlu di siapkan.
Anda disyorkan menggunakan waktu rehat yang dengan sebaik-baiknya supaya kerja kita tidak menjadi lebih berkualiti dan anda segar untuk melakukan tugasan yang seterusnaya.
Baca Juga: Tanda-tanda Anda Kurang Rehat
7. Tidur yang Cukup
Jika anda terpaksa bekerja lebih masa pastikan anda mempunyai tidur yang mencukupi selepas pulang lewat kerana tubuh badan dan otak juga perlu untuk berehat dan mendapat oksigen yang mencukupi. Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan produktiviti kita apabila bekerja pada keesokan harinya.
Tidak semestinya anda tidak dibenarkan dan digalakkan bekerja lebih masa itu memberi impak yang terlampau buruk, namun tidak digalakkan untuk terlalu kerap bekerja terlebih masa kerana khuatir akan membuatkan kita mudah tertekan dengan suasana kerja.
Baca Juga: Bahaya Jika Anda Kurang Tidur
Nota Kaki: Jom kita sama-sama SHARE artikel ini dengan kawan-kawan.
<< Anda pasti berminat untuk membaca petua elak mengantuk
No Comment