Gaya HidupKarier & Wang

Wajib Baca! Cara Betul Menyimpan Duit Gaji Anda

Cara Menyimpan Duit - woman online magazine

Kredit : savingissexy

Sepatutnya duit gaji yang anda peroleh pada setiap bulan perlu ditabung untuk keperluan masa depan. Tetapi, semua itu tidak boleh anda lakukan. Setiap bulan ke semua duit gaji anda habis begitu sahaja. Jangankan nak menabung, meneruskan hidup sementara menantikan gaji barupun tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja!

Apapun alasannya, anda tetap perlu menabung. Anda wajib menabung biarpun sedikit. Menabung dan melabur merupakan dua perkara mutlak yang anda perlu ada bagi mencapai kedudukan kewangan yang baik apabila menjelang hari tua nanti.

Berikut beberapa trik atau cara menyimpan duit gaji yang boleh anda praktik sementara masih belum terlambat.

  • Cara Menyimpan Duit Yang Pertama: Kira Jumlah Gaji Bersih

Setelah anda menerima gaji, kiralah seluruh gaji bersih yang anda peroleh. Buat kiraan keseluruhan perbelanjaan anda dan berapa lagi yang tinggal.

 

  • Cara Menyimpan Duit Yang Kedua: Rancang Perbelanjaan Bulanan

Setelah anda mengetahui jumlah gaji bersih anda pada setiap bulan, anda perlu segera menyusun anggaran keperluan perbelanjaan yang perlu anda keluarkan pada setiap bulan. Jika anda kenaikan gaji di pertengahan bulan dan sebagainya, anda perlu segera menyusun anggaran perbelanjaan agar anda menjadi lebih bijak mengatur kewangan. Jangan lupa memasukan anggaran untuk ‘tabung kecemasan’ supaya kedudukan kewangan anda menjadi lebih baik di masa depan.

 

  • Cara Menyimpan Duit Yang Ketiga: Gunakan Khidmat Pembayaran Automatik

Anda boleh memanfaatkan pembayaran automatik daripada bank yang memudahkan anda dalam memlakukan pelbagai transaksi pembayaran. Anda boleh membayar membayar hutang anda dengan membuat potongan gaji menerusi akaun bank anda.Dengan cara itu, anda tidak perlu bimbang untuk membayar segala hutang piutang anda pada setiap bulan. Malah, anda juga akan terselamat daripada dikenakan denda akibat lewat membayar hutang.

 

  • Cara Menyimpan Duit Yang Keempat: Susun Strategi Kewangan Tahunan

Untuk langkah selamat, anda sebaiknya membuat dan menyusun strategi kewangan dalam tempoh setahun akan datang. Tujuannya supaya anda boleh mendapatkan kebebasan kewangan di masa depan dan tidak perlu takut kehabisan duit pada pertengahan bulan mahupun di masa depan. Usahakan untuk menabung sedikit demi sedikit dengan cara memisahkan duit tabung jangka panjang dengan duit tabung jangka pendek. Jangan habiskan gaji dalam sebulan, cubalah asingkan sebahagiannya dan kawal kedudukan kewangan anda dengan bijak.

 

  • Cara Menyimpan Duit Yang Kelima: Simpan Bonus Tahunan

Manfaatkan bonus yang diterima dengan sebaik-baiknya. Duit bonus tersebut boleh dijadikan aset guna kepentingan masa depan anda dan keluarga. Jika tidak dikelola dengan baik, penghasilan tambahan ini akan menjadi sama sahaja dengan penghasilan duit gaji bulan anda yang digunakan untuk keperluan sehari-hari.

<< Ketahui tips perniagaan online yang sihat di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Nak Berjaya? Jangan Banyak Alasan!

Next post

5 Cara Mudah Untuk Mengatasi Stress Dan Depresi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *