5 Tips Yang Boleh Anda Praktik Untuk Atasi Masalah Kewangan Peribadi
Kredit Foto : malaysiasaya
Masalah Kewangan. Ramai yang mengambil mudah soal mengurus kewangan. Anda bagaimana pula?Adakah anda berhadapan dengan masalah kewangan?
Dalam keadaan sekarang yang mana kos sara hidup tinggi, semakin ramai orang merasakan semakin sukar untuk mengatur kewangan peribadi dan keluarga. Akhirnya ramai yang terbelit dengan hutang piutang.Tambahan pula dengan gaya hidup moden masa kini menjadikan masalah kewangan yang dihadapi menjadi semakin parah.
Berikut beberapa tips yang boleh anda praktik bagi anda yang berhadapan dengan masalah kewangan peribadi dan keluarga anda:
Anda perlu catat hasil pendapatan tetap anda. Biasanya yang akan masuk ke dalam hasil pendapatan tetap ini adalah gaji,faedah daripada simpan dan sebagainya. Anda yang perlu catat pendapatan rutin yang pasti anda dapatkan setiap bulannya.Hindari memasukkan pendapatan yang tidak pasti atau tidak rutin dalam anggaran anda. Membuat perancangan berdasarkan sumber pendapatan yang tidak pasti boleh membuatkan anda terjerat dengan hutang piutang.
Baca Juga: Amalan Menabung
2. Susun Anggaran Perbelanjaan
Membuat anggaran perbelanjaan sebenarnya tidaklah sesusah mana.Salah satunya adalah dengan membuat jadual pendapatan tetap yang diterima dan jumlah pengeluaran.Anda perlu menjaga jadual pengeluaran dan pastikan ia tidak melebihi jumlah pendapatan anda. Dengan membuat angggaran perbelanjaan sudah pasti hidaup anda jadi lebih tenang dan bahagia.
Menyusun jadual pengeluaran tidak semudah membuat jadual hasil pendapatan tetap. Anda boleh melihat sama ada anda boros berbelanja ataupun tidak dengan adanya jadual perbelanjaan tersebut. Untuk setiap pengeluaran atau pembelian, pastikan anda membuat perhitungan antara nafsu berbelanja dan skala pioriti. Jika anda mendapati jumlah pengeluaran anda lebih besar atau sama banyak dengan pendapatan, bermakna anda boleh menunda atau menyingkir apa yang tidak sepatutnya anda beli.
4. Menabung
Salah satu yang paling penting dalam jadual pengeluaran anda adalah menabung. Meskipun ada yang mungkin tidak menganggap menabung sebagai pengeluaran, ia sebenarnya satu langkah bijak kerana anda boleh menganggarkan sebahagian hasil pendapatan tetap anda pada setiap bulan itu untuk keadaan darurat atau tujuan khusus. Sekurang-kurangnya 5 peratus hasil pendapatan anda telah dipotong untuk menabung. Jika tidak, anda perlu membuat langkah-langkah yang keras. Singkirkan kegunaan kad kredit dan cuba atur kembali gaya hidup anda dan pertimbangkan keperluan hidup anda yang sebenarnya
5. Berhutang
Ramai orang berfikir bahawa berhutang mampu menyelesaikan masalah kewangan.Hutang yang tidak terkawal boleh menggagalkan anda untuk hidup sesuai dengan pendapatan Anda.Jenis hutang tertentu memang boleh menjadi aset. Misalnya hutang jangka panjang untuk pembelian aset seperti rumah yang nilainya terus meningkat dapat bermanfaat.
Sebaliknya, hutang kad kredit yang digunakan untuk membiayai kehidupan sehari-hari boleh menjadi malapetaka dalam kehidupan. Memanglah penggunaan kad kredit boleh dapat memudahkan hidup anda, namun jika tidak berhati-hati ia boleh menjerat diri dengan beban tagihan bunganya!
Baca Juga: Tips Macam Mana Nak Jadi Kaya
Kesimpulan
Selain itu, anda perlu merancang kewangan anda dengan baik.Menyusun anggaran dan melaksanakannya merupakan salah satu saranan yang dapat membantu anda untuk mengatasi masalah kewangan. Hindari hutang, dan jika anda sudah memiliki hutang kad kredit, segera langsaikanya. Selalu menyisihkan hasil pendapatan anda untuk menabung atau menyimpannya di dalam bank. Insya-Allah, anda boleh mengatasi masalah kewangan anda itu.
Nota Kaki: Boleh SHARE artikel ini.
<< Ketahui cara mudah simpan duit untuk pergi bercuti di sini.
No Comment