Gaya HidupOh! LelakiPerihal LelakiRomantika

10 Lelaki ‘Hot’ Pujaan Ramai Wanita

Lelaki Hot - women online magazine

Kredit Foto: standard

Lelaki Hot.Jika wanita sinonim dengan kecantikan, lelaki pula pada ketampanan mereka. Jadi,tidak hairanlah  ada yang sanggup berhabis duit demi menjaga penampilan.

Begitu juga dengan selebriti lelaki, baik di luar negara mahupun aktor tempatan. Mereka ini dilihat sentiasa mahu tampil kacak dan bergaya. Bahkan ada di antaranya menjadi kegilaan ramai terutama kaum wanita selepas drama  atau filem yang dibintangi mereka meletop.

Ikuti 10 selebriti lelaki pilihan WOM.my  yang paling ‘hot’!

1. David Beckham, Pemain bolasepak/Model

Kacak dan tangkas di padang bola ternyata membuat nilai diri David Beckham melambung tinggi. Selain menerima bayaran yang cukup lumayan menerusi pekerjaan sebenarnya sebagai pemain bola sepak, Beckham memperoleh pendapatan luar biasa sebagai duta beberapa produk. Beliau menjadi kegilaan wanita di seluruh dunia kerana merupakan pemain bola sepak yang paling seksi. Beliau juga merupakan seorang bapa kepada empat orang cahaya mata dan suami kepada bekas penyanyi kumpulan Spice Girls,Victoria Beckham.

 

2. Zul Ariffin, Pelakon/Model

Nama Zul Ariffin terus menjadi bualan ramai terutama selepas membintangi drama ‘Rindu Awak 200%' tidak lama dahulu. Berbadan sasa,senyuman manis dan yang pasti, lakonannya dalam drama tersebut mencairkan hati ramai gadis di luar sana.

 

Baca Juga: Pikat Lelaki Pemalu

 

3. Aaron Aziz, Pelakon/Pengacara/Usahawan

Sudah berkeluarga dan memiliki tiga cahaya mata, penangan Aaron Aziz masih lagi berbisa dan diminati ramai apatah lagi ketika melakonkan watak lelaki romantik.

Ternyata wajah kacak dimiliki Aaron dengan bahasa tubuh serta bakat besarnya dalam lakonan membuatkan dia masih mampu ‘mencairkan hati’ jutaan wanita dan sememangnya layak dikategorikan sebagai lelaki ‘hot’.

 

4. Awal Ashaari, Pengacara/ Pelakon

Sebut saja nama Awal Ashaari, beliau bukan sekadar pengacara kacak berbakat, tetapi suami pelakon Scha Alyahya dan bapa kepada Lara Alana ini juga cukup dikenali dengan gayanya yang bijak berfesyen.Memiliki wajah tampan dengan gaya tersendiri apabila menghadiri majlis hiburan berprestij, tidak hairanlah Awal boleh dikategori dalam barisan selebriti yang ‘hot’.

Awal Ashaari boleh dikatakan sebagai salah satu contoh artis yang banyak mempamerkan gaya seorang lelaki metroseksual,penataan gaya banyak dipengaruhi unsur dari K-Pop. Beliau dilihat amat menjaga penampilan dirinya dan tetap nampak hebat walaupun hanya memakai T-shirt

 

5Remy Ishak, Pelakon /Pengacara

Pelakon popular Remy Ishak juga dilihat mempunyai daya tarikan yang tinggi. Walaupun berkulit sawo matang, Remy tetap tampak kacak dan menawan dalam kelas tersendiri. Bahkan, bintang filem dan drama ‘Nur Kasih The Movie’ yang cukup popular suatu ketika dahulu juga makin bijak bergaya. Beliau sangat terkenal dengan penampilan yang kelihatan cukup ‘macho’ apabila tampil bergaya formal dengan pemakaian sut lengkap dan berkot.

 

6. Aeril Zafrel, Pelakon

Pelakon Aeril Zafrel yang juga suami kepada aktres Wawa Zainal juga tidak kurang kacaknya kerana berwajah jambu. Berstatus suami orang dan ayah kepada seorang anak, pembabitan Aeril dalam lakonan yang bermula menerusi filem ‘Aku Tak Bodoh’ pada 2010 itu, kini sudah melangkah jauh hingga ke Barat apabila berlakon di samping pelakon handalan, Christina Ricci dan Sharon Stone dalam sebuah filem Hollywood.

 

Baca Juga: Tips Lelaki Kacak

 

7. Izzue Islam,Penyanyi/ Pelakon/Usahawan

Pernah menganggotai kumpulan Fourtee. Walaupun sudah berkahwin, namun beliau popular  kerana kekacakan wajahnya yang comel persis keanak-anakan. Izzue Islam merupakan selebriti yang paling banyak dicari menerusi Google sepanjang tahun 2013. Nampak gayanya kekacakan penyanyi dan pelakon ini menjadi kegilaan peminat industri hiburan tanah air Malaysia. Beliau juga mempunyai pakej yang lengkap disamping lakonan yang romantik di dalam drama “Sebenarnya Aku Isteri Dia” bersama Tiz Zakiyah.

 

8.Keith Foo,31,Pelakon/Model

Adakah anda pernah meminati drama ‘Ariana Rose’? Pasti anda kenal dengan pelakon kacak yang memegang watak Adam iaitu Keith Foo. Percayalah, siapa yang tak jatuh hati dengan beliau. Watak yang dilakonkan sememangnya menggambarkan lelaki idaman setiap gadis, seorang lelaki nakal yang akhirnya berubah menjadi baik kerana cinta. Menariknya tentang Keith, beliau merupakan anak kelahiran Gemas, Negeri Sembilan tapi telah mencipta nama di Indonesia selama lebih 8 tahun sebagai pelakon dan model.

 

Baca Juga: Lelaki Gatal

 

9. Lee Min Ho,Pelakon/Penyanyi 

Jejaka kacak berusia ini berjaya mencipta nama di persada hiburan sekelip mata. Beliau mula menjadi kegilaan para gadis disebabkan lakonannya dalam drama hit Boys Over Flower. Selepas membintangi drama tersebut, popularitinya dilihat semakin meningkat. Beliau memiliki pakej lengkap dan tidak hairanlah peminat sanggup berasak-asak untuk bertemunya setiap kali dia berkunjung ke mana-mana negara.

 

10. Nazim Othman,Pelakon/Model

Nazim merupakan antara lelaki ‘hot’ yang jadi pujaan ramai. Kacak sungguh orangnya, maka tidak hairanlah kalau Nazim selalu jadi buruan wanita. Sekali pandang beliau macam pelakon Korea kerana cara berpakaian beliau mengambil inspirasi daripada unsur K-Pop.

 

Baca Juga: Perangai Sebenar Lelaki 

 

Kesimpulan

Walaupun seseorang lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata,namun mereka masih mampu menjadi dambaan wanita berdasarkan aura dan personaliti yang ditonjolkan.

 

<<  Lelaki berjambang dikatakan paling seksi? Ketahui rahsia tersebut di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Cara Anda Cepat Mengandung

Next post

Koleksi Kasut Boot Terkini

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *