Ada Apa?X-Tra

Tunaikan Zakat Pendapatan Untuk Hidup Lebih Berkat

Zakat Pendapatan - woman online magazine

Kredit : manlukeman

Zakat Pendapatan. Apa yang anda faham tentang zakat pendapatan?

Zakat pendapatan ialah zakat yang dikenakan ke atas semua jenis sumber pendapatan,hasil upah yang diperolehi daripada perkhidmatan, pekerjaan, aktiviti yang menghasilkan pendapatan bagi seseorang muslim dan juga hadiah, harta yang diwarisi.

Setiap hasil atau ganjaran daripada pekerjaan atau perkhidmatan secara usaha sendiri atau daripada pihak lain. Contoh item-item yang tergolong daripada pendapatan ialah gaji, elaun, bonus, emolumen, upah, bayaran profesional, dan semua jenis penerimaan yang tidak berasaskan modal, tetapi berasaskan kerja ataupun khidmat yang diberikan.

 

Takrifan ZakatPendapatan

Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat al-Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional.

 

Takrif Zakat Gaji dan Pendapatan

Zakat Gaji dan Pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional.

 

Baca Juga: Cara Menyimpan Duit

 

Syarat Wajib Zakat Pendapatan

  • Gaji dan pendapatan bebas wajib dikeluarkan zakat berdasarkan syarat-syarat berikut:
  • Islam
  • Merdeka
  • Pemilikan sempurna
  • Cukup nisab
  • Haul
  • Pendapatan halal

 

Baca Juga: Pengurusan Kewangan Peribadi

 

Kadar Zakat Pendapatan

Terdapat tiga garis panduan mengira zakat pendapatan:-

 

1. 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab).

Contoh: Jika jumlah pendapatan kasar dari sumber setahun ialah sebanyak RM33,800.00, maka setahun zakat sebanyak RM33,800.00 x 2.5% = RM845.00

 

2. Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan (berdasarkan kaedah penolakan yang dibenarkan).

 

3. Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar

Contoh pengiraan zakat mengikut garis panduan kedua dan ketiga.

 

A. PENDAPATAN DARI SUMBER (SETAHUN) RM

Gaji 24,000.00

Elaun 5,800.00

Bonus 4,000.00

Lain-lain 5,000.00

JUMLAH PENDAPATAN 38,800.00

 

B. TOLAKAN YANG DIBENARKAN (SETAHUN) RM

Diri 8,000.00

Isteri 5,000.00

Anak-anak(800X4) 3,200.00

Pemberian ibu bapa (contoh) 2,400.00

Caruman KWSP 2,400.00

Caruman Tabung Haji 600.00

Caruman Kepada institusi/koperasi yang telah membayar zakat bagi pihak ahli 1,200.00

JUMLAH TOLAKAN 22,800.00

 

C. PENDAPATAN BERSIH YANG LAYAK DIZAKAT(A-B) RM

RM38,800.00-RM22,800.00 16,000.00

Nilai melebihi paras nisab

(Contoh nisab semasa=RM4,226.00 5,800.00

 

D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR (CX2.5%) RM

RM16,000.00 x2.5% 400.00

Anda Harus Tahu!

  • Perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak dalam jadual di atas berdasarkan kaedah penolakan yang dibenarkan (berdasarkan kaedah kedua)
  • Bagaimana pun perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak boleh diambil kira tanggungan sebenar (berdasarkan kaedah ketiga) iaitu mengambil kira perbelanjaan asasi bagi makanan, pakaian, perubatan, pengangkutan, pendidikan dan tempat tinggal.
  • Pemberian kepada ibu bapa, caruman KWSP, caruman Tabung Haji,caruman kepada institusi/koperasi yang telah membayar zakat bagi pihak ahli berdasarkan kepada jumlah sebenar.

Baca Juga: Cara Mengenang Jasa Ibu Bapa

Rujukan Sumber Maklumat: Pusat Pungutan Zakat (PPZ)/Pusat Zakat Selangor.

Nota Kaki: Bagi pembayar-pembayar zakat yang tinggal di negeri-negeri lain bolehlah berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam atau Pusat Zakat di negeri masing-masing.

<< Ketahui syarat wajib zakat di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Tips Mudah Untuk Kurus Selepas Bersalin

Next post

Jangan-Jangan Anda Gemuk Sebab "Gemuk Air"!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *