Ada Apa?X-Tra

Nak Buat Apa Dengan Sampah Sarap Yang Kotor Dan Menimbun?

1 copy

Sisa Pepejal. Apa yang anda faham tentang ‘sisa pepejal’? Kurang jelas? Ok, tak mengapa. Biar WOM.my perjelaskan.

Mengikut Akta 672, maksud ‘sisa pepejal’ adalah apa sahaja sisa-sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesebuah isi rumah, dan daripada jenis yang biasanya dihasilkan oleh atau dikeluarkan oleh mana-mana premis apapila dihuni sebagai rumah kediaman, dan termasuklah sisa taman.

Contoh sisa pepejal, tentulah tak lain tak bukan adalah sampah! Bercakap tentang sampah, sudah terbayang di fikiran, rasa geli, kotor dan menjijikan.Jadi, sebab itulah sampah sarap ini perlu diuruskan dengan baik demi kesejahteraan kita semua.

Ternyata hari ini, pengurusan sisa pepejal di Malaysia telah semakin baik.Teknologi yang digunakan dalam pengurusan ini dilihat semakin canggih bagi mencapai kualiti alam sekitar yang lebih baik untuk semua penghuni alam di Malaysia.

 

wom1 wom2 wom3 wom4 wom5 wom6

 

Waste To Energy

Sampah yang dibuang jika dikumpulkan boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik bagi kegunaan domestik.

Kerajaan bercadang untuk membina loji Waste To Energy(WtE) yang menggunakan teknologi terkini dan terbukti sebagai salah satu jalan penyelesaian untuk merawat sisa di Malaysia.Loji WtE merujuk kepada pengurusan sisa pepejal yang merawat sisa bagi menghasilkan tenaga seperti elektrik, haba dan bahan api bagi kenderaan (contohnya diesel)

Waste To Energy merujuk kepada pelbagai jenis teknologi yang merawat sisa dan dapat menjaga tenaga dari sisa. Antara jenis-jenis loji yang merujuk kepada Wte seperti Insinerator,Anaerobic Digester,Gassification,Plasma dan lain-lain.

Teknologi memproses sampah seperti ini telah lama digunakan di negara-negara maju seperti Korea Selatan dan Jepun.Selain mewujudkan suasana yang lebih bersih dan kondusif, sampah sarap juga mampu berfungsi sebagai penjanaan ekonomi kerana ia dapat menghasilkan tenaga elektrik selepas diproses.

Sebagai pengguna dan juga pengiat industri, marilah kita bersama-sama kerajaan berganding bahu mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar demi kesejahteraan seisi alam.

 

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kena Tiru! 5 Cara Solekan Asas Buat Anda Tampil Lebih Cun

Next post

6 Jenis Makanan Sihat Untuk Kulit

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *