Ada Apa?X-Tra

Wajah 10 Wanita Tercantik Di Dunia

wanita paling cantik di dunia - women online magazine

Kredit Foto: thenypostpopsugar-assetslonginescelebspicsstatic.comicvinehdwallpaperscoolmedia.melty.frcelebmafia 

Wanita Paling Cantik Di Dunia. Betapa beruntungnya jika dikurniakan wajah cantik apatah lagi jika menjadi wanita yang tercantik di dunia.

Kebanyakan wanita paling cantik di dunia ini merupakan seorang artis dan juga model. Maka tidak hairanlah kecantikan mereka itu diagung-agungkan. Menariknya,ada di antara wanita paling cantik di dunia ini bukannya berumur 20an,malah ada juga yang telah memiliki anak.

Namun semua hal tersebut tidak menggugat kecantik yang dimiliki oleh mereka.Kecantikan yang dimiliki oleh mereka ini selalunya dijadikan sumber inspirasi kepada wanita lain di luar sana.

 

Jom lihat wajah wanita paling cantik di dunia di bawah.

1. Angelina Jolie

Tidak ada yang mampu menyangkal jika Angelina Jolie dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia.Walaupun sudah berusia 39 tahun,namun kecantikan yang dimiliki masih terpelihara dan seringkali namanya disenaraikan sebagai calon wanita cantik.

Aset bibir yang dimiliki wanita ini sangat indah dan membuat para lelaki menjadi tergoda apabila melihatnya. Angelina Jolie merupakan pelakon yang berbakat,maka tidak hairanlah beliau pernah memenangi anugerah Oscar dan Filmfare. Rupa paras yang menawan menyebabkan beliau mendominasi Hollywood dengan tempoh yang lama.

 

Baca Juga: Cara Semulajadi Memerahkan Bibir

 

Filem yang paling sinonim dengan beliau adalah Lara Croft. Beliau juga turut dikenali sebagai selebriti yang banyak terlibat dalam projek-projek amal antarabangsa,khususnya melibatkan pelarian. Maka tidak hairanlah beliau telah dilantik sebagai duta kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB).

 

wanita paling cantik di dunia - women online magazine 1

 

2. Megan Fox

Megan Denise Fox atau lebih kita kenali dengan nama Megan Fox adalah artis dan model Amerika yang mulai dikenali sejak membintangi filem Transformers. Wajah dan bentuk tubuhnya yang seksi seringkali disebut sebagai simbol seks wanita moden dan telah muncul dalam majalah-majalah ternama seperti Maxim, Rolling Stone dan juga FHM. Pada tahun 2013, beliau berada di kedudukan no.7 wanita tercantik di Hollywood.

 

3. Miranda Kerr

Wanita paling cantik di dunia yang seterusnya adalah model Australia iaitu Miranda Kerr.  Beliau telah muncul di industri fashion sejak berumur 13 tahun. Kehadiran dua lesung pipit yang terdapat di kedua-dua belah pipinya menjadikan wajahnya begitu menawan dan menggugat hati para lelaki.

Nama Miranda Kerr sendiri sering terlihat dalam berbagai deretan teratas model wanita tercantik dan terseksi di dunia seperti di Maxim, FHM, Men's Health, dan juga Askmen.

Beliau juga terkenal sebagai salah seorang daripada Victoria's Secret Angels, iaitu  supermodel pakaian dalam  yang terkenal iaitu Victoria's Secret. Miranda Kerr bukan sahaja seorang model,bahkan beliau merupakan usahawan yang mempunyai jenama kosmetiknya sendiri. Mempunyai seorang anak lelaki bernama Flynn Bloom hasil dari perkahwinan dengan aktor terkenal Orlando Bloom.

 

4. Aishwarya Rai

Merupakan bekas Miss World dan Artis Bollywood yang terkenal di dunia,nama  Aishwarya Rai tidak asing di kalangan kita. Beliau merupakan selebriti yang paling berpengaruh dan paling cantik di India.

Walaupun pada tahun ini beliau sudah berusia, namun wajahnya sama sekali tidak terlihat seperti sudah berumur. Mungkin itulah menjadi alah satu alasan satu survey yang dijalan oleh BuzzHollywood menempatkan beliau di kedudukan no.4 wanita paling cantik di dunia.

Beliau telah berkahwin dengan aktor Bollywood Abhishek Bachchan dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaradhya Bachchan.

 

5. Natalie Portman

Natalie Portman merupakan seorang lagi wanita paling cantik di dunia yang juga merupakan pelakon Hollywood yang terkenal. Lakonannya dalam filem Black Swan telah mendapat pujjan ramai. Malah filem tersebut juga mendapat sambutan hangat sehingga mencecah box-offices.

Beliau juga merupakan salah seorang dari selebriti Hollywood yang tidak pernah jemu utuk melakukan eksperimen dengan potongan rambut dan gaya yang berlainan. Berikan potongan rambut pendek mahupun panjang,semuanya kelihatan sangat sesuai dan sempurna pada wajahnya.

 

Baca Juga: Rambut Sanggul

 

6. Scarlett Johansson

Lahir pada tahun 1984,Scarlett Johansson merupakan artis, model dan penyanyi Amerika Syarikat. Beliau yang sering kali muncul dalam senarai wanita terseksi dan tercantik di dunia menyebabkan beberapa majalah terkenal seperti Maxim, Playboy, Esquire dan Men's Health, dunia menobatkan beliau sebagai  simbol seks yang “tiada bandingannya”.

Selain itu juga,kekerapan namanya disenaraikan dalam wanita paling cantik di dunia menjadikan beliau dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia pada tahun 2013.

 

7. Charlize Theron

Charlize Theron merupakan seorang model,pelakon dan juga produser yang berasal daripada Afrika Selatan.Lakonannya dalam filem  Snow White and The Hutsman di samping pelakon wanita yang popular dengan filem Twillight iaitu Kristen Steward menjadikan beliau sangat diminati dan disanjung dengan bakat lakonannya. Beliau pernah memenangi beberapa anugerah seperti Academy Award for Best Actress dan Golden Globe Award for Best Actress. Kecantikan yang dimiliki menjadikan beliau sebagai duta produk kecantikan yang terkenal seperti Dior.

 

wanita paling cantik di dunia - women online magazine 2

 

8. Irina Shayk

Wanita paling cantik di dunia yang berasal daripada Rusia ini merupakan model yang kerap muncul dalam majalah yang terkenal iaitu  Sports Illustrated Swimsuit Issue sejak 2007 hingga 2013. Nama beliau semakin popular dek kerana bercinta dengan pemain bola sepak terkaya di dunia iaitu Cristiano Ronaldo.

Wanita bertubuh seksi ini juga dimasukkan diantara lima wanita paling cantik di dunia. Beliau juga turut dinobatkan sebagai wanita terseksi dunia tahun 2013 versi majalah Maxim.

 

9. Andriana Lima

Lahir pada tahun 1981, artis dan model Brazil ini disebut-sebut sebagai Victoria's Secret Angel sejak tahun 2000. Malah,Ford menggelar beliau menyebut dirinya sebagai “Supermodel Dunia” disebabkan kecantikan yang dimiliki serta bentuk tubuh badan yang mengagumkan.

Andriana Lima menduduki tempat ke 3 dalam senarai 10 pemilik bibir terseksi. maka tidak menghairankan jika dia tersenarai sebagai salah seorang wanita paling cantik di dunia.

 

10. Jennifer Lopez

Majalah terkenal yang berasal daripada Amerika iaitu majalah People telah menobatkan penyanyi berdarah Latin-Amerika Jennifer Lopez atau lebih dikenali sebagai J.LO sebagai wanita paling cantik di dunia dalam edisi khususnya pada tahun 2011. Hal ini sekaligus membuktikan kecantikan beliau masih belum pudar walaupun dinobatkan pada usia 41 tahun.

Penyanyi dan pelakon kelahiran New York City merupakan bekas penari malah masih aktif dalam kariernya sebagai penyanyi dan pelakon. Beliau juga turut terkenal kerana menjadi salah seorang dari barisan juri program realiti televisyen American Idol.

 

Nota Kaki: Boleh SHARE artikel ini ya.

<<Anda pernah menerima pemberian bunga ros? Jom ketahui rahsia di sebalik warna bunga ros di sini

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Atasi Kepanasan Badan Dengan Khasiat Air Kelapa Muda

Next post

8 Perkara Yang Tak Boleh Anda Buat Bila Main Bola Baling

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *