Ada Apa?X-Tra

4 Cara Mudah Tanam Orkid & Penjagaannya

Cara Tanam Orkid - Women Online Magazine

Kredit Foto: thewildpapaya

Cara Tanam Orkid. Orkid atau nama asalnya bunga Anggerik adalah salah satu daripada dua keluarga terbesar tumbuhan berbunga.

Orkid merupakan salah satu tanaman hiasan yang amat popular di Malaysia. Dengan iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun, Malaysia merupakan tempat taburan hidup orkid liar yang mencapai ribuan jenis.

 

Baca Juga: Bunga Lily

 

Orkid amat popular di tanam di kalangan penggemar flora di Malaysia kerana saiz, struktur dan warna bunga yang pelbagai.Antara yang paling digemari oleh peminat orkid ialah Oncidium, Phalaenopsis, Dendrobium, Cattleya, Arachnis, Vanda, Rananthera, Aeridovanda, Aeridanchis, Aranda, Arachnopsis, Burkillara, Christieara dan Doritaenopsis.

Cara Tanam Orkid

  • Sediakan arang atau sabut kelapa. Jika tiada, anda juga boleh menggunakan pecahan batu bata. Pastikan saiznya kecil dan muat untuk diletakkan di dalam pasu.
  • Sebelum memasukkan batang pokok orkid, pastikan akarnya yang kering dipotong terlebih dahulu agar akar baru dapat tumbuh dengan baik dan sihat.
  • Masukkan arang tadi sebanyak ¾ ke dalam pasu anda. Kemudian ambil orkid dan letakkan ke dalam pasu. Letakkan baki arang sehingga batang pokok orkid menjadi tegak dan seimbang.
  • Kemudian, siramkan air 2 kali sehari. Sekali sekala anda mestilah berikan baja yang secukupnya.

 

Baca Juga: Cara Tanam Cili Dalam Pasu Dan Cara Tanam Tomato

 

Tips Penjagaan Bunga Orkid

  • Gunakan serbuk kayu sebagai campuran bersama arang dan batu bata kerana serbuk kayu boleh meresap kadar air siraman dan bertahan lebih lama. Kebanyakan orkid yang ditanam mengunakan  arang, pecahan batu bata serta serbuk kayu adalah jenis orkid dendrobium, vanda, cattleya dan phalaenopsis.
  • Siram bunga orkid anda secara teratur. Ia dapat menyuburkan lagi bunga orkid anda.
  • Gunakan kulit pisang sebagai baja tambahan. Letakkan kulit pisang di dalam pasu bunga orkid anda dan hasilnya orkid anda berbunga cantik.
  • Pecahkan batu bata, arang mengikut yang sesuai dan masukkan ke dalam pasu. Susun atur dibahagian bawah dengan pecahan batu bata yang besar serta selang selikan bersama arang yang kecil.

 

Nota Kaki: Jom, SHARE artikel ini.

<< Ketahui cara mudah dan jimat tanam rumput karpet di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Punca Vagina Gatal

Next post

Jom Cuba Resepi Pizza Simple

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *