Ada Apa?Review

Rahsia Rambut Kerinting Dengan Mudah & Kelihatan Semulajadi Dalam Satu Langkah…

Alat Keriting Rambut - Women Online Magazine

Bukanlah satu rahsia bahawa rambut adalah mahkota seorang wanita. Perubahan mudah dalam penggayaan rambut, seperti menjadikannya kerinting, boleh memberikan perubahan yang besar terhadap tahap keyakinan dan penampilan wanita.

Sungguhpun demikian, menggayakan rambut anda menjadi kerinting adakalanya menjadi satu cabaran tersendiri, khususnya apabila ia melibatkan rambut di bahagian belakang kepala. Memahami kesukaran yang dialami oleh kebanyakan wanita, Philips telah menghasilkan alat keriting rambut atau penggulung rambut Easy Natural Curler.

“Dengan pengalaman dan kepakaran meluas dalam penjagaan rambut wanita selama 60 tahun, Philips memahami wanita mahu memulakan hari mereka dengan perasaan yang positif tentang diri mereka – dan menghadapi dunia dengan penampilan terbaik boleh menjadi pemacu keyakinan diri yang berkesan. Selain mengambil masa untuk memilih pakaian dengan teliti dan bersolek agar nampak menarik, dandanan rambut juga menyumbang kepada keseluruhan keyakinan diri seorang wanita. Gaya rambut berbeza juga boleh menyerlahkan ciri-ciri personaliti berbeza setiap individu untuk disesuaikan dengan mood dan keadaan. Walaupun demikian, wanita moden yang sibuk sentiasa berhadapan dengan kesukaran mencari masa dan kesabaran bagi menggayakan rambut mereka dengan sempurna tanpa perlu ke salon setiap masa,” kata Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara Kumpulan Syarikat Philips di Malaysia dan Pengurus Besar, Gaya Hidup Pengguna Philips Malaysia.

“Memahami kepentingan mahkota wanita, pakar-pakar teknikal Philips telah bekerjasama dengan para saintis serta pakar-pakar rekaan dan trend untuk menawarkan alat kecantikan yang inovatif, berkualiti tinggi dan memenangi anugerah yang memenuhi keperluan wanita moden.

Produk penggayaan rambut inovatif terkini kami membenarkan wanita menikmati teknologi yang biasanya hanya terdapat di sebuah salon dalam keselesaan kediaman mereka ataupun ketika berada di luar rumah. Philips Easy Natural Curler amat mudah digunakan, dapat mengelakkan rambut terbakar secara tidak sengaja dan menawarkan rambut kerinting menawan yang kelihatan semulajadi kepada para wanita,” kongsi beliau.

Alat Keriting Rambut - Women Online Magazine 2

Miliki Rambut Kerinting Mirip Semulajadi Dengan Mudah & Selamat

Berlandaskan warisan kecantikan selama 60 tahun, Philips Easy Natural Curler merupakan penyelesaian inovatif terbaharu Philips untuk membantu wanita mendapatkan rambut kerinting bergaya yang kelihatan semulajadi dengan mudah. Mempunyai bentuk unik seakan-akan bunga tulip, Easy Natural Curler membolehkan wanita menghasilkan rambut kerinting dengan mudah dan kelihatan semulajadi dalam hanya satu langkah. Penggulung rambut tersebut menggunakan plat sepit dan gulung inovatif yang menyepit dan memegang rambut secara automatik ketika dandanan, membolehkan wanita mengerintingkan rambut mereka dengan hanya menggunakan sebelah tangan, walaupun mendandan di bahagian belakang kepala.

Plat penggayaan penggulung rambut ini direka untuk mengelakkan menyentuh dan membakar rambut secara tidak sengaja. Bagi mengurangkan kerosakan rambut, plat-plat berkenaan disaluti seramik pelindung untuk memastikan agihan haba yang serata bagi menghasilkan rambut yang lembut dan bersinar. Plat-plat tersebut hanya boleh dipanaskan sehingga suhu yang digunakan golongan profesional iaitu 200°C, sekaligus mengurangkan lagi kerosakan rambut.

Philips Easy Natural Curler hanya mengambil masa 30 saat untuk sedia digunakan dan sesuai bagi rambut pendek, sederhana dan panjang. Rekaan yang ringan, bersaiz kompak dan mudah digunakan memudahkan wanita membawanya dalam beg tangan mereka untuk digunakan ketika berada di luar rumah.

<< Ketahui cara merawat rambut keriting supaya tidak ‘mengembang' di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Serlahkan Kecantikan Semulajadi Anda Dengan Lipstik Nude

Next post

Simptom-Simptom Bayi Anda Sembelit & Ketahui Cara Mengatasinya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *