Ada Apa?Review

SK-II Perkenalkan Penjagaan Mata Generasi Baru Dengan Kuasa Magnetik

Produk SK II - Women Online Magazine

Jenama penjagaan kulit berprestij, SK-II telah melancarkan produk penjagaan mata generasi baru dengan kuasa magnetik iaitu Magnetic Eye Wand untuk kulit yang lebih muda.

SK-II telah mengetahui bahawa pengguna bimbang tentang penuaan kulit di kawasan mata kerana ia adalah tempat paling awal memberi tanda. Disebabkan kebimbangan ini, mereka menggunakan krim mata namun tidak ada sebarang peningkatan terhadap kulit.Kini dengan Magnetic Eye Wand baru yang tampil dengan teknologi penjagaan mata yang pertama seumpamanya, ia akan meningkatkan penyerapan kandungan SK-II STEMPOWER Eye Cream ke dalam kulit.

Ia memberi tiga kali lebih ‘niacinamide’ (bahan penting dalam STEMPOWER Eye Cream) kepada kulit berbanding penggunaan STEMPOWER Eye Cream dengan hanya menggunakan jari dan menjadikan kulit sekitar mata kembali tegang.

  • SK-II STEMPOWER Eye Cream dan SK-II Magnetic Eye Wand berfungsi menegangkan kulit sekitar kelopak mata, hujung mata dan di bawah mata – tiga kawasan kritikal untuk mata yang kelihatan lebih besar, tajam dan muda serta wajah yang kelihatan lebih muda.
  • Apabila digunakan dengan SK-II STEMPOWER Eye Cream, SK-II Magnetic Eye Wand mampu mengurangkan garis halus yang berlaku sekitar mata akibat kekeringan dalam tempoh 10 hari.
  • Produk SK-II Magnetic Eye Wand juga telah diuji secara klinikal oleh pasukan Penyelidik & Pembangunan P&G agar ia selamat digunakan.

Dengan teknologi tri-magnetik, Magnetic Eye Wand menghasilkan medan mikro elektromagnetik pada wajah untuk meningkatkan penyerapan bahan aktif. Mendapatkan peningkatan kulit mata menerusi tiga cabang dengan SK-II STEMPOWER Eye Cream. Ia menyelesaikan masalah pada kawasan ini dengan Stem-Acanax Eye Complex yang mengandungi tiga bahan penting:

STEMPOWER TRIO Active: Satu kombinasi PiteraTM pekat, Stem Acanax dan Artichoke Extract, ia meningkatkan kualiti kulit menjadikannya lebih kelihatan berisi, meningkatkan keanjalan dan ketahanan dalaman.

PAL-VB Complex: Formulasi khas ini menggalakkan penghasilan struktur protein kulit yang penting untuk ketegangan kulit dan ketahanan terhadap kedutan.

Lupine-Alfalfa Extract: Ia membantu menghalang geleberan kulit bawah mata melandut.

– Lapisan stratum corneum

– ASEAN: 23% pengurangan kedutan matan selepas 10 hari penggunaan

Selepas menggunakannya, produk SK-II STEMPOWER Eye Cream bertindak menghaluskan kedutan dan meratakan tekstur sekitar mata. Ia membantu melawan kesan penuaan akibat faktor luaran seperti sinar UV, kekeringan dan habuk, serta menjadikan mata kelihatan lebih cerah.

<< Benarkah kulit menjadi lebih cerah dan gebu dengan produk Collagen? Baca di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kudis Buta, Penyakit Kulit Yang Berjangkit

Next post

Akim & The Magistrate “Mewangi”, Fazura Pula “Sayangi Dirimu”

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *