Ada Apa?Review

House of Häagen-Dazs Perkenalkan Menu Mewah Baharu Yang Cukup Menggoda Deria

Haagen Dazs Malaysia - Women Online Magazine

House of Häagen-Dazs memperkenalkan sajian hasil seni istimewa yang menggoda deria melalui menu baharunya. Memaparkan hidangan signatur yang ikonik, sajian kegemaran ramai serta minuman aiskrim yang menyegarkan.

Bahkan menu baharu ini membenarkan penggemar jenama Häagen-Dazs untuk tampil dan menikmati pengalaman menarik dalam menikmati hidangan untuk memanjakan diri atau dikongsi bersama insan tersayang.

Menurut Yin Shao Mei, Pengurus Jenama Häagen-Dazs Malaysia, menu baharu ini menggambarkan kehalusan hasil seni Häagen-Dazs yang dikenali ramai, diperbuat dengan minat mendalam yang tiada bandingan terhadap standard dan kualiti tertinggi dengan menggunakan aiskrim premium kami dalam memastikan setiap sudu karya yang terhasil adalah detik-detik indah bagi peminat jenama ini.

“Kami mengekalkan karya ikonik sedia ada dan memperbaharui penampilan serta gaya hidangan untuk memberikan pelanggan pengalaman sajian yang dipertingkatkan di House of Häagen-Dazs,” jelas beliau.

Tambah beliau lagi, ciptaan baharu Häagen-Dazs sentiasa mempertahankan standard tertinggi dan memikat mereka yang sentiasa mencari destinasi sajian pencuci mulut yang menyediakan gandingan kekayaan rasa yang baharu dan menyeronokkan.

Dengan empat bahagian ciptaan pencuci mulut dan minuman dalam menu baharu ini, peminat-peminat Häagen-Dazs boleh memilih pelbagai pilihan enak bagi memuaskan selera mereka.Signature Collection atau Koleksi Signatur memaparkan sajian signatur Häagen-Dazs Fondue yang menjadi kegemaran ramai. Pilihan sempurna untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan insan tersayang, sajian elegan ini kaya dengan tekstur dan rasa ekoran sos coklat bersama pilihan coklat gelap atau susu, urai kacang badam rangup serta beraneka pilihan aiskrim, buah-buahan bermusim dan pastri.Melengkapkan ciptaan signatur ini ialah sajian elegan dan baharu diperkenalkan, Macaroon Collection dan Eiffel Tower. Ciptaan ini, yang merupakan sajian popular yang berasal dari negara lain, dihasilkan sepenuh hati dan pasti menggembirakan penggemar aiskrim.

Classic Creations atau Ciptaan Klasik memaparkan sajian aiskrim kegemaran ramai yang telah menawan deria dengan standard tertinggi sepanjang zaman. Ciptaan-ciptaan ini melengkapkan pelbagai perisa aiskrim Häagen-Dazs yang diperbuat daripada ramuan-ramuan asli dan terbaik. Peminat-peminat Häagen-Dazs pasti rambang mata membuat pilihan menerusi sajian Banana Split, Flower Blossom, rangkaian Häagen-Dazs Crunch, Seventh Heaven dan pelbagai lain yang ditawarkan di sini.

Peminat-peminat Häagen-Dazs juga pasti tergoda dengan pelbagai rangkaian Ice-Cream Drinks atau Minuman Aiskrim, daripada float dan frappe yang kaya dengan perisa aiskrim terkenal Häagen-Dazs sehingga ke sajian kopi berasaskan aiskrim. Satu sajian utama ialah Salted Caramel Latte, ciptaan semula minuman latte klasik yang diperbuat daripada kopi espreso, susu panas dan diadun bersama aiskrim Salted Caramel Häagen-Daz untuk keenakan yang luar biasa.

Penggemar Häagen-Daz juga berpeluang menghasilkan hidangan pencuci mulut mereka sendiri kerana menu yang disediakan turut memaparkan seksyen Create Your Own atau Ciptaan Sendiri. Dengan hampir 20 perisa yang boleh dipilih, peminat-peminat Häagen-Daz boleh memaparkan daya kreatif mereka dan memilih bilangan skup aiskrim, hiasan, sos dan pastri untuk melengkapkan ciptaan masing-masing.Sesuai sebagai hidangan solo atau ketika bergembira bersama rakan-rakan dan keluarga, menu baharu ini kini ditawarkan di kafe-kafe Häagen-Daz di seluruh negara.

<< Aiskrim penuh nikmat dan khasiat.Bukan penyebab batuk dan selsema.Info selanjutnya baca di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

BOSS SS 2015 Women Sunglasses Tampak Elegan & Cukup Memikat

Next post

Senaman Untuk Penghidap Parkinson & Apakah Punca Penyakit Ini

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *