Ada Apa?X-Tra

6 Tanda Kucing Anda Memang Sakit Mata

kucing sakit mata - women online magazine

Kredit Foto: rmf7

Kucing Sakit Mata. Adakalanya kucing tidak terlepas dari dijangkiti penyakit mata. Mata kucing juga mengalami masalah yang sama seperti manusia.

Berbeza dengan anjing, kucing bergantung sepenuhnya pada pandangan mata yang jelas untuk menjalani kehidupan harian mereka seperti biasa. Oleh itu,jika terjadi sebarang masalah pada matanya,ia akan menjejaskan kehidupan kucing-kucing ini.

Sebagai penjaganya, pasti anda terseksa apabila melihat kucing kesayangan anda sakit mata. Kadang kala bengkak di dalam kelopak mata kucing terjuih. Tahi mata akan mengaburi pandangannya dan mata kucing berair kerana tidak selesa.

Bahayanya kucing sakit mata ini jika tidak dirawat dengan secepat mungkin adalah ia mampu mampu mengakibatkan kucing-kucing lain berjangkit.

Tanda Kucing Sakit Mata

  • Putih mata boleh menjadi merah.
  • Pelepasan okular boleh terjadi dan menyebabkan urat mata nampak dengan jelas
  • Mata berkelip-kelip dengan kerap
  • Selalu menggosok mata
  • Taik mata boleh menyebabkan kelopak mata menonjol kerana boleh menyebabkan mata membengkak
  • Kucing anda mungkin mempunyai tanda-tanda klinikal lain seperti jangkitan pernafasan atas, seperti bersin atau selsema.

 

Baca Juga: Bahaya Bulu Kucing

 

Jenis Sakit Mata

  1. Lelehan Dari Mata

Jenis-jenis lelehan dari mata kucing akan menunjukkan tentang masalah yang dihadapi oleh kucing sakit mata. Lelehan yang jernih tanpa kemerahan pada mata atau sakit menunjukkan masalah pada saluran air mata. Manakala lelehan dengan mata yang merah menunjukkan kucing anda dijangkiti konjunktivitis kategori viral.

Selain itu,lelehan yang melekit, pekat atau kekuningan serta mata yang merah menunjukkan conjunctivitis tetapi kategori chlamydophila.

 

Baca Juga: Tips Penjagaan Kucing Siam

 

  1. ‘Painful Eye’

‘Painful eye ini akan menyebabkan kucing sakit mata mengalami mata yang berair teruk (excessive tearing), ‘squinting'(menutup mata), sakit apabila disentuh dan juga mengelak cahaya. Adakalanya kucing akan mencakar mata atau cuba menggosok mata dengan kerap. Kelopak tambahan akan terbentuk pada bahagian dalam sudut mata kucing yang dipanggil ‘nictating membrane’ akibat sakit. Penyebab utama ‘painful eye’ ini ialah kecederaan pada kornea atau bahagian dalaman mata, termasuk glaucoma dan uveitis.

 

  1. ‘Cloudy Eye’

Jenis sakit mata ini akan menyebabkan mata kucing menjadi kelabu atau pudar dan tidak jernih, seolah-olah mata kucing itu buta. ‘Cloudy eye’ ini boleh bersaiz kecil atau boleh besar hingga meliputi seluruh kornea mata kucing.

 

Baca Juga: Panduan Membela Haiwan Peliharaan

 

Jenis Dan Cara Sapu Ubat Kucing Sakit Mata

Ubat mata jenis titis air tidak disarankan kerana kelopak mata kucing akan kembang dan pucat. Malah elakkan juga menggunakan eye-mo kerana ia tidak sesuai untuk kucing kesayangan anda,malah memudaratkan kucing. Antara krim yang efektif ialah ‘terramycin' yang boleh didapati di farmasi.

Sebelum disapukan ubat pada matanya, pastikan mata kucing dibersihkan dari sebarang kotoran, tahi mata atau nanah dengan menggunakan tisu lembab. Lapkan mata kucing anda perlahan-lahan

 

Rawatan Untuk Kucing Sakit Mata

Jika kucing anda menunjukkan tanda-tanda ketidakselesaan, selepas diberikan antibiotik,segeralah bawa si comel anda untuk berjumpa dengan doktor haiwan untuk rawatan lanjut. Sekiranya kucing sakit mata dalam tahap kritikal,doktor haiwan akan mengesyorkan ubat anti-virus.

Walaupun jangkitan mata adalah perkara biasa bagi kucing namun penyakit-penyakit lain seperti glaukoma, badan-badan lemah atau kecacatan anatomi mungkin kelihatan sama dengan jangkitan mata.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang gemar memelihara kucing.

<<Ketahui kehebatan anjing polis yang dilatih untuk membantu menyelesaikan jenayah di sini

Previous post

Miliki Perut Rata Dengan 6 Makanan Berkhasiat

Next post

10 Tip Berkesan Atasi Kulit Kepala Gatal

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. […] foto: kucing sakit mata via http://www.wom.my […]

Leave a Reply to Kucing atau Barang Kamu Hilang? Coba Lakuin ini Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *