Ada Apa?X-Tra

4 Kelebihan Sekolah Agama Swasta

sekolah agama swasta -  women online magazine

Kredit Foto: wikimedia

Sekolah Agama Swasta.Kebanyakan ibu bapa pada zaman sekarang lebih memilih untuk menghantar anak mereka di sekolah biasa ataupun sekolah berasrama penuh dan juga MRSM.

Namun, tahukah anda sekolah agama swasta yang terdapat di negara kita ini setanding dengan pendidikan di sekolah kebangsaan yang lain? Tambahan pula, cabaran membesarkan anak-anak pada zaman moden ini sememangnya tugas yang mencabar.

Gejala keruntuhan akhlak yang berleluasa berlaku di kalangan remaja menyebabkan hanya ajaran agama yang kukuh dan secukupnya sahaja yang dapat menyelamatkan anak-anak daripada cabaran kehidupan yang semakin membimbangkan ini.

Jadi, pilihan memasukkan anak-anak anda ke sekolah agama swasta pastinya menjadi pilihan terbaik untuk memastikan anak anda terus mendapat asuhan agama yang sewajarnya.

Baca Juga: Cara Membersihkan Hati

Kelebihan Sekolah Agama Swasta

1. Hala Tuju Sekolah Agama Swasta

Menariknya, sekolah agama swasta ini lebih menfokuskan kepada pelajar untuk mendalami ilmu Al-Quran supaya dapat melahirkan modal insan yang berkualiti yang dapat memahami Islam secara syumul. Di samping itu, para pelajar juga dapat mengimbangi kecemerlangan di dunia dan di akhirat supaya mampu menangani tiap cabaran dengan minda yang positif.

Selain itu,sekolah agama swasta juga mempunyai hala tuju untuk mengangkat martabat generasi yang memahami serta menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai panduan untuk duniawi dan ukhrawi,sekaligus mengelakkan berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan anak-anak anda.

2. Silibus Setaraf

Kebanyakan ibu bapa berfikir silibus yang dipelajari oleh anak-anak mereka di sekolah agama swasta adalah berbeza. Sebenarnya fakta ini salah kerana silibus mata pelajaran akademik di sekolah agama swasta ini menggunakan silibus Kementerian Pelajaran Malaysia. Bezanya cuma anak anda akan mempelajari ilmu agama yang tidak terdapat di sekolah kebangsaan.

3. Kemudahan Sekolah Agama Swasta

Kemudahan yang disediakan di sekolah agama swasta ini juga setaraf dengan sekolah kerajaan yang lain. Di sini terdapat kelas yang berhawa dingin,malah asrama anak juga berhawa dingin! Selain itu,kemudahan seperti kawasan untuk melakukan kokurikulum,bilik komputer,makmal sains dan sebagainya turut disediakan di sekolah agama swasta.

Baca Juga: Penyebab Hasad Dengki

4. Kukurikulum Dan Kokurikulum Yang Seimbang

Kurikulum yang tidak terdapat di sekolah kebangsaan yang lain adalah kukurikulum Arab dan agama dan juga kurikulum tahfiz yang menjadi titik tolak pembentukan akhlak anak anda. Antara senarai mata pelajaran di sekolah agama swasta adalah seperti berikut:

Al Quran – Kaedah Talaqqi,Tasmi,Murajaah dan Tajwid.

Agama – Tafsir,Hadith,Fiqh,Tauhid Akhlak,Al-Quran,Sunnah dan Syariah.

Arab – Bahasa Arab,Taabir/Insya,Nahu/Sorof,Mutalaah,Imia&Khat Balaghah,Tarikh,Adab dan Nusus.

Kesimpulan

Anda juga tidak perlu risau dengan kokurikulum di sekolah agama swasta ini kerana semua pelajar diwajibkan untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti kokurikulum dan juga kesenian Islam. Maka tidak timbul isu anak anda akan tidak aktif dan tidak mempunyai markah merit sebagai syarat kelayakan kemasukan ke universiti.

Mulai sekarang, jangan takut atau bimbang untuk menghantar anak-anak anda belajar di sekolah agama swasta. Walaupun yuran sekolah agama swasta ini adalah mahal berbanding sekolah lain,namun pelaburan anda untuk masa depan anak-anak tersayang adalah berbaloi. Bukan saja ilmu di dunia yang anak anda akan dapat,bahkan ilmu akhirat juga.

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda supaya mereka pun boleh tahu manfaat memilih menghantar anak-anak bersekolah agama swasta ini.

<< Semak cara mandi wajib yang betul di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketagih Minum Kopi? Semak 18 Produk Kopi Berbahaya Untuk Lelaki

Next post

5 Khasiat Betik Muda Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *