Ketahui Cara Tanam Serai Yang Betul
Kredit Foto: redraspberryboutique.
Cara Tanam Serai. Tanaman serai sering digunakan dalam masakan dan dalam pembuatan minyak wangi. Namun, siapa di antara anda mengetahui serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan?
Batang dan daun serai mengandungi minyak pati yang berbau seperti lemon. Daun yang panjang seperti lembing di bahagian atas dan berpejal beberapa inci panjang pada bahagian akhir sebelum akar. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian.
Khasiat Serai
1. Kosmetik
Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Serai boleh menghilangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.
Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai dapat menurunkan tekanan hipertensi.
Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser.
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.
Amalkan minuman teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan hilang.
Cara Tanam Serai
Bahan Tanaman:
Serai dibiak dengan menggunakan anak berakar. Anak-anak serai perlu diambil daripada rumpun yang telah tua, berumur 8 – 9 bulan. Di dalam sesuatu rumpun, hanya anak-anak yang cergas iaitu sihat dan besar digunakan sebagai bahan tanaman. Daun-daun dipotong dan tinggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan akar.
Baca Juga: Cara Tanam Tomato
Penyediaan Tanah:
Tanah hendaklah disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan. Anda boleh menanam ia sama ada di tanah ataupun di dalam pasu. Jika anda ingin pokok serai anda kembang kemas dan cantik, anda disarankan menanam di tanah.
Baca Juga: Cara Tanam Orkid
Penanaman:
Gembur tanah dan korek lubang sedalam 10cm. Masukkan 2-3 batang serai pada lubang tanaman yang sudah digali. Letakkan baja untuk mendapatkan serai yang lebih besar. Jangan lupa, siram pokok serai anda pada waktu pagi dan petang. Dalam masa 5 hingga ke 6 bulan anda sudah boleh mendapatkan hasil.
Nota Kaki: Anda boleh SHARE artikel ini ya
<< Ketahui teknik menanam cili di dalam pasu di sini.
1 Comment
Terimakasih ya Bu atas infonya, dengan artikel ini sangat membantu saya dalam membuka wawasan saya kedepannya. sekali lagi terima kasih.