Ada Apa?X-Tra

4 Cara Mudah Mendapatkan Gigi Cantik

gigi cantik - woman online magazine

Kredit Foto : glamoursmiles

Gigi Cantik. Semua orang mahu memiliki gigi yang cantik. Apatah lagi salah satu perkara yang menarik pada raut wajah seseorang itu adalah senyuman menawan bersama giginya yang cantik!

Senyuman menawan mampu memikat hati orang yang melihatnya. Namun, senyuman menawan ini tidak hanya dengan memiliki senyuman manis, malahan ia turut disertai dengan penampilan gigi yang cantik dan putih bersih.Macam mana nak dapatkan gigi cantik, putih dan bersih?

 

Baca tips gigi cantik ini sampai habis!

1. Kurangkan Pengambilan Makanan Bergula

Makanan dan minuman bergula boleh mengakibatkan risiko gigi menjadi reput. Tetapi, yang manis itulah selalu diambil. Kan, bagus jika anda dapat hadkan pengambilannya. Adalah lebih baik jika anda mengambil jus buah-buahan tanpa gula daripada mengambil minuman yang ditambah dengan gula.

Bagi pencinta kopi atau teh pula, anda boleh menikmati minuman kegemaran anda itu, tetapi haruslah digantikan dengan pemanis tiruan sebagai perasa. Untuk mendapatkan gigi cantik, anda juga perlu elakkan makanan yang bersifat melekit atau terlalu lembut. Ini adalah kerana makanan sebegini mudah melekat celah gigi dan meningkatkan proses pembiakan bakteria.

 

Baca Juga: Bahaya Kopi Jantan

 

2. Nikamti Pelbagai Jenis Buah & Sayuran

Bahan semula jadi yang terkandung di dalam buah-buahan dan sayuran terbukti dapat memberikan pengaruh yang efektif untuk membersihkan gigi. Sebagai contoh, mengunyah epal adalah cara terbaik untuk mendapatkan gigi cantik yang sihat. Sungguhpun epal mengandungi gula buah semulajadi. Namun, pengeluaran air liur yang banyak dapat membantu mengelakkan kerosakan gigi. Antara buah-buahan dan sayuran yang boleh dijadikan pilihan ialah oren, tomato, nanas, tembikai, timun, lobak merah, saderi dan brokoli.

 

3. Produk Tenusu

Makanan yang berasaskan tenusu seperti susu rendah lemak, yogurt rendah lemak, dan keju rendah lemak antara makanan yang baik untuk kesihatan gigi. Ini adalah kerana produk-produk ini kaya dengan kalsium dan fosforus yang sangat baik untuk memelihara kesihatan gigi. Kandungan vitamin D yang terdapat dalam susu membantu penyerapan kalsium untuk gigi dan juga tulang.

 

Baca Juga: Ikan Sardin Perkuatkan Tulang

 

4. Pastikan Anda Berus Gigi Dengan Betul Untuk Miliki Gigi Cantik

Jika pemilihan makanan sudah tepat, tetapi cara memberus gigi pula tidak betul, pastilah menjejaskan kesihatan gigi cantik anda. Terdapat beberapa cara memberus gigi yang sering dipraktikkan.

Pertama, gerakan vertikal di mana gigi diberus dari atas ke bawah. Kedua, gerakan horizontal iaitu gigi diberus dari depan ke belakang. Satu lagi cara yang digunakan adalah gerakan berputar.

Daripada ketiga-tiga cara berikut, gerakan berputar merupakan cara memberus gigi yang paling disarankan. Gerakan tersebut boleh menjangkau semua bahagian mulut serta boleh menghasilkan urutan lembut pada gusi. Lakukan proses ini secara perlahan-lahan agar gusi tidak tercedera.

 

Nota Kaki: Jika suka artikel ini, anda boleh SHARE ya!

<< Ketahui punca gusi berdarah di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Menu Sarapan Terbaik Untuk Anda Yang Nak Jaga Badan

Next post

6 Tips Dekorasi Dapur Sempit Yang Perlu Anda Cuba

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *