X-Tra

Jom, Bela Kucing Parsi!

Kucing Parsi - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: catfactsforkids

Kucing Parsi. Ianya adalah salah satu baka kucing yang sangat popular. Dikenali dengan bulu panjang dan kembang yang boleh tumbuh sehingga 3 inci. Warna popular kucing Parsi ialah putih, hitam, kelabu, oren, atau kombinasi warna-warna ini.

Di samping itu, kucing jenis ini dianggarkan bernilai ribuan ringgit bergantung kepada kualiti dan baka yang tertentu seperti Pure Falt Face dan juga Semi Flat Face. Kucing Parsi yang mempunyai sijil kelahiran dan sijil baka yang berdaftar dari CFA adalah lebih mahal kerana ia dijamin kualiti datang dari jenis baka yang berkualiti dan baik.Ciri-ciri kucing Parsi sangat unik kerana kucing ini suka memanjakan diri dengan pemiliknya.

 

Baca Juga: Makanan Terbaik Kucing

 

Ciri-ciri Kucing Parsi

  • Kepala

Kepala kucing Parsi besar dan bulat, dengan hidung yang pesek dan lebar yang memiliki kejelasan pembatas mata. Rahang mulutnya kelihatan kuat dan lebar, manakala pipi dan tulang pipi yang agak menonjol.

  • Telinga

Bentuk hujung telinga bulat dengan bahagian dasar agak melebar. Telinganya agak pendek dan mengiring ke hadapan.

  • Mata

Kucing Parsi memiliki mata yang bulat, luas dan lebar.

  • Badan

Memiliki dada yang lebar dan membulat. Ini kerana bulunya yang tebal dan panjang. Bahagian punggungnya juga sedikit membulat.

  • Kaki

Kaki kucing Parsi biasanya pendek, tebal dengan bulu dan agak besar.

  • Kuku

Memiliki kuku yang besar dan bulat. Kucing Parsi biasanya mempunyai jumlah lima jari di kaki depan dan empat jari di kaki belakang.

  • Bulu

Memiliki bulu yang panjang dan tebal menutupi seluruh badan.

 

Baca Juga: Bahaya Bulu Kucing

 

  • Ekor

Bulu pada ekornya tebal, lurus dan panjang yang sesuai dengan keadaan badan.

 

Personaliti Kucing Parsi

  • Biarpun saiznya agak besar, tetapi ketangkasannya sukar diduga!
  • Kucing Parsi sangat gemarkan sesi menyikat bulunya.
  • Ia juga mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
  • Suara mereka sangat perlahan selain perwatakannya yang menyenangkan.
  • Secara umumnya mereka adalah kucing yang pendiam, tenang dan selamba.
  • Kucing Parsi juga gemar bermain dengan cara mereka sendiri.

<< Ketahui keistimewaan kucing bengal di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Tips Penjagaan Muka Guna Bahan-Bahan Semulajadi

Next post

Ketahui Punca, Kejap-Kejap Anda Rasa Nak Kencing!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *