Ada Apa?X-Tra

Cara Paling Mudah & Pantas Bayar Zakat

ZAKAT

Cara Bayar Zakat. Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang merupakan kewajipan agama yang dikhususkan ke atas harta kekayaan seseorang mengikut jumlah dan syarat tertentu.

Ketua Pegawai Eksekutif Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP), Hj Mohd Rais Hj Alias, memberitahu bahawa Pusat Pungutan Zakat-MAIWP(PPZ-MAIWP) telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) bagi mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Screen Shot 2015-12-07 at 11.15.47 AM

Manakala Baitulmal-MAIWP telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi mengagihkan zakat di Wilayah Persekutuan.

 

Jenis-Jenis Zakat

Terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1.Zakat Fitrah/Badan/Diri – dikeluarkan pada bulan Ramadan yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan berdasarkan syarat tertentu.

 

2.Harta/Mal – terdiri daripada zakat pendapatan, wang simpanan,emas dan perak, saham, KWSP, perniagaan, ternakan, pertanian dan qadha zakat.

 

Seiring dengan moto ‘Memudahkan Anda Berzakat', PPZ-MAIWP, Hj Mohd Rais Hj Alias turut menyatakan pihaknya telah menyediakan pelbagai saluran bayaran zakat.

Antaranya:

Kaunter

  • Taman Shamelin Perkasa Cheras
  • Masjid Negara
  • Wangsa Maju Seksyen 5
  • Purtajaya Presint 9
  • Putrajaya Presint 15 Diplomatik
  • Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr.Ismail
  • Daruzzakah Lorong Haji Hussein 2 (Kg.Baru)
  • Masjid Al-Imam Al-Ghazali Kepong
  • Masjid Abd Rahman Bin Auf Jalan Puchong
  • UTCKL Pudu Sentral
  • Labuan Times Square

Portal www.zakat.com.my

  • Jimat masa
  • Boleh taksir, bayar dan semak 24 jam 7 hari seminggu

 

Aplikasi izakat

  • Boleh buat bayaran, taksiran zakat
  • Muat turun secara percuma di peranti android dan iphone/apple

 

Skim thohir

  • Potongan zakat menerusi gaji
  • Rebat cukai

 

Untuk makluman, kaunter PPZ-MAIWP dibuka sepanjang Disember

Isnin-Ahad : 8.15 pagi – 4.45 petang

Kaunter UTC : 8.15 pagi – 10.00 malam

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757.

Manakala untuk bahagian berkaitan agihan pula, sila hubungi Baitulmal Wilayah Persekutuan di talian 1-800-88-5222 (Skuad Jejak Asnaf).

 

<< Ketahui berapa zakat yang perlu anda bayar di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Destinasi Bulan Madu Paling Jimat Dan Best Di Malaysia

Next post

Ketahui 5 Bahaya Akibat Pemakaian Korset Wanita

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *