World Tourism Day 2015, 1Billion Tourists, 1Billion Opportunities
Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan.Menjadi salah satu United Nation World Tourism Organization(UNWTO), Malayisia tidak terkecuali untuk menyambut World Tourism Day yang dirasmikan pada 27 September setiap tahun.
Ia adalah untuk memperlihatkan bagaimana sektor pelancongan menjadi sangat penting dalam ekonomi global.Sambutan tahun ini bertemakan, ‘1 Billion Tourist, 1Billion Opportunities’, yang mana bertujuan untuk memupuk kesedaran bagaimana pelancongan itu mampu menyumbangkan nilai sosial, budaya, politik dan ekonomi negara.
Pada tahun ini, Global World Tourism Day 2015 akan disambut di Burkina Faso, Afrika Barat.Bagi menambah keserian sambutan World Tourism Day 2015, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) akan menganjurkan # Kolektif1 yang merupakan pameran fotografi. Ia terdiri daripada 78 keping foto paling menarik yang diambil oleh 28 orang jurugambar tempatan profesional bermula dari 26 September sehingga 30 Oktober 2015.
Selain itu, terdapat juga beberapa aktiviti menarik ketika sambutan berlangsung. Antaranya Fuji Global Photo Walk iaitu Photography Talk, Perlancaran bas Hop on Hop off(HOHO) World Tourism Day 2015 dan Media City Tour.
Di samping itu juga, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan juga telah bekerjasama dengan Universiti Taylor (peringkat institusi)sempena World Day Tourism pada 29 September 2015 lalu melalui National Blue Ocean (NBOS). Lebih 3,000 peserta termasuk pelajar, pensyarah, wakil-wakil daripada pelbagai agensi pelancongan termasuklah Pacific Asia Travel Association (PATA) dan Tourism Educators Association of Malaysia (TEAM) turut sama meraikan sambutan pada tahun ini.
Pelbagai aktiviti menarik sepanjang ‘1 Billion Tourist, 1Billion Opportunities’ berlangsung. Antaranya adalah Gerai Kebudayaan, Orang Asal Demonstrasi dan Persembahan Kebudayaan. Ianya diharap dapat membantu meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan peluang terutamanya di kalangan pelajar tentang kepelbagaian pelancongan kepada pembangunan negara dan juga kemajuan sosio-ekonomi.
Sempena Global World Tourism Day 2015, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato ‘Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz telah dilantik sebagai Naib Presiden ke-21 UNWTO Perhimpunan Agung di Madellin, Colombia pada 16 September 2015 lalu.
Bagi menyokong industri pelancongan tempatan serta memeriahkan sambutan, anda dan orang ramai digalakkan untuk memuat naik mana-mana gambar-gambar destinasi percutian anda di tanah air dengan hashtag, #MYWorldTourismDay.
Di peringkat globa pulal, UNWTO juga menjemput anda semua menyertai sambutan ini dengan hashtags #1billiontourists dan #WTD2015 dalam media sosial.
Jadi, jangan lupa upload gambar-gambar percutian menarik anda itu ya!
<< Ketahui maklumat lanjut tentang tempat-tempat percutian menarik di Malaysia di sini.
No Comment