Ada Apa?Buletin

The Coffee Bean & Tea Leaf Derma RM40,000 Kepada Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia

Dari kiri Mr Mohammad Amar Shah, Pengarah Operasi, CB&TL

The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia.The Coffee Bean & Tea Leaf (CB&TL) terus memberikan sokongan padu kepada Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia.

The Coffee Bean & Tea Leaf telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM40,000 bersempena dengan Majlis Makan Malam Amal Ulangtahun ke-20 persatuan tersebut baru-baru ini.Kutipan amal ini yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Caring Cup CB&TL, diperoleh daripada hasil jualan campuran teh eksklusif lemon myrtle, bunga malva dan tea blossoms dengan perisa raspberry.

Diberi nama Blue Tiger Tea, campuran edisi terhad ini direka khas oleh pakar teh CB&TL, David de Candia.Diinspirasikan daripada pengalaman anak beliau yang menghidapi lupus dan cabaran yang dihadapi oleh keluarganya serta pihak lain, de Candia juga menghasilkan buku cerita kanak-kanak bertajuk ‘Master Davey and the Magic Tea House’ yang dijual di cawangan-cawangan CB&TL bersama dengan penanda buku Blue Tiger Tea dan penanda hadiah Krismas pada penghujung tahun.

Mohammad Amar Shah, Pengarah Operasi, CB&TL; YBhg Datuk Dr Noor Hisham Bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia; dan Dr Benjamin Cheah, Presiden Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia, menyerahkan cek contoh bernilai RM40,000 sumbangan daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® kepada Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia.

“Kami berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan kepada PSLEM bagi membantu penyelidikan dan kesedaran tentang penyakit ini. Melalui pengalaman Pakar Teh David de Candia dengan penyakit lupus, CB&TL telah menjadikan kerja amal ini sebagai sebahagian daripada usaha CSR kami, namun pujian harus diberikan kepada pelanggan-pelanggan tetap kami yang menyokong usaha ini sepenuh hati,” kata Cik Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran dan Pembangunan di Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia.

“Impak yang diperoleh melalui usaha bersama ini telah mencetuskan inspirasi dan kami berharap dapat meneruskan kerjasama seumpama ini bagi menyumbang semula kepada masyarakat.”

Ditubuhkan pada tahun 1994, Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia diterajui oleh para pesakit dan doktor untuk menggalakkan penyelidikan, kesedaran dan pendidikan di samping menyalurkan bantuan kepada penghidap penyakit lupus dan ahli keluarga mereka.

“Kami sangat berterima kasih dengan sumbangan daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® – dengan sumbangan ini kami boleh terus meningkatkan kesedaran di samping dapat membantu ahli-ahli kami.

Kami berterima kasih khususnya kepada Pakar Teh David de Candia yang memberikan sentuhan peribadinya, dan kami berharap dapat bekerjasama lagi di masa hadapan,” kata Dr Benjamin Cheah, Presiden Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia.

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) merupakan penyakit auto imun kronik yang tidak boleh diubati, di mana badan menghasilkan jumlah antibodi yang banyak sehingga memberi tindak balas kepada tisu seseorang, dan ia selalunya dihidapi oleh kaum wanita.

Di Malaysia, dianggarkan 10,000 individu telah didiagnosis dengan SLE sejak 30 tahun lalu namun Persatuan ini percaya jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi, dengan banyak individu yang masih tidak didiagnosis.Persatuan ini bergantung kepada sumbangan orang ramai dan sokongan korporat, seperti inisiatif Blue Tiger Tea CB&TL, untuk menjayakan aktiviti-aktiviti mereka.

 

<< Kenali 6 jenis penyakit lelaki yang bakal menghantui anda di hari tua di sini

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Chef Wan Mahu Rakyat Malaysia Amalkan Pemakanan Sihat

Next post

8 Cara Urus Kewangan & Kehidupan Anda Selepas Kahwin

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *