Ada Apa?Buletin

Tuala Scott® Ekstrak Teh Hijau Mampu Serap Minyak

 

Tuala Scott® Ekstrak Teh Hijau Mampu Serap Minyak - women online magazine

Tuala dapur Scott® Calorie Light premium baru dengan ekstrak teh hijau mampu serap minyak. Ketahui di…

Tuala Scott Calorie Light yang diuji oleh sebuah badan bebas, dikatakan mampu menyerap sehingga 25 peratus minyak dalam makanan. Ia diperbuat berdasarkan teknologi serat terkini, serat asli sepenuhnya dan lebih tebal untuk membantu penyerapan minyak terbaik. Tuala itu juga dilengkapkan dengan ekstrak teh hijau yang terkenal mampu mengurangkan lemak.

Menurut Pengarah Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia, Soo Woon Yee, berdasarkan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-bangsa Bersatu, kebanyakan rakyat Malaysia mengambil kalori harian berlebihan. Jauh melebihi daripada jumlah yang disyorkan iaitu 2,000 kalori sehari untuk lelaki dewasa dan 1,500 untuk wanita dewasa.

“Malaysia adalah syurga makanan dan tidak hairanlah rakyat Malaysia gemar meluangkan banyak masa menikmati kelazatan makanan. Namun begitu, kita semua tahu banyak makanan kegemaran kita kurang menyihatkan disebabkan penggunaan minyak yang berlebihan semasa penyediaan. Contohnya, jika ayam goreng yang enak dihidangkan. Jadi, memang sukar untuk kita menolaknya!” kata Cik Soo Woon Yee lagi.

“Sebagai jenama barangan harian yang lama dipercayai rakyat Malaysia, Scott® berbangga kerana telah mengambil langkah untuk membantu rakyat Malaysia menjaga keluarga mereka dengan cara yang mudah dan berkesan dengan Scott® Calorie Light. Tuala dapur baru dengan ekstrak teh hijau adalah satu-satunya tuala dapur yang direka khas untuk penyerapan minyak terbaik untuk menangani cabaran terbesar dalam dapur rakyat Malaysia. Ia bukan saja menyerap minyak secara berkesan pada permukaan dapur yang melekit tetapi juga daripada makanan. Para pengguna boleh menikmati makanan lazat yang kurang kalori dengan cara yang mudah,” jelasnya.

Tuala Scott® Calorie Light  premium baru ini diperbuat dengan teknologi Fiber-Tech terkini dan 100% serat asli, lebih tebal untuk membantu penyerapan minyak terbaik. Tuala ini juga disadur dengan ekstrak teh hijau, satu  ramuan yang lama dikenali dan digunakan untuk pengurangan lemak.

Chef Selebriti Malaysia, Florence Tan, turut mengakui bahawa beliau menggemari jenama itu dan sudah menggunakannya sejak sekian lama setiap kali memasak di dapur.

“Saya adalah pengguna setia jenama tuala dapur Scott® selama ini dan telah  menggunakanya dalam  pelbagai cara, samada semasa menyediakan makanan atau membersihkan dapur,” ujarnya terus-terang.

“Kami gembira dengan pengeluaran produk khas seperti Scott® Calorie Light yang direka khusus untuk menyerap lebihan minyak supaya kita dapat menikmati makanan enak yang kurang kalori serta berkesan membersih permukaan yang berminyak!”

Bagi memperkenalkan tuala dapur itu, Scott® juga telah melakukan siri jelajah, antara lokasinya yang lepas ialah di Aeon Bandar Utama (14-15 Jun), Mydin USJ (20-22 Jun) dan terakhir, di  Aeon Mid Valley (27-29 Jun). Daripada ayam goreng ke pisang goreng, ketahui pelbagai cara tuala Scott® Calorie Light  dengan ekstrak teh hijau ini dapat membantu mengurangkan kalori dalam makanan harian!

Rakyat Malaysia dijemput menyaksikan sendiri kuasa penyerapan tuala Scott® Calorie Light premium ini. Datanglah beramai-ramai di  lokasi terakhirnya di pusat membeli-belah di  Aeon Mid Valley pada hari ini (27 Jun) hingga Ahad( 29 Jun). Jangan lupa ke sana ya!

<< Vaseline Malaysia telah memulakan kampen ‘Dry Skin Restored’ setelah menyedari ramai wanita kurang kesedaran menjaga kelembapan kulit. Ketahui di…

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Khasiat Buah Durian

Next post

Ketahui Minuman Hilang Khasiat Jika Dibancuh Dengan Air Mendidih

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *