Ada Apa?Buletin

Produk Bayi Dan Kanak-Kanak Terkini Daripada Bloom & Grow

bloom and grow | wom.my

Bloom & Grow. Nampaknya Bloom & Grow kembali lagi untuk memperkenalkan produk terkini buat bayi dan kanak-kanak kecil yang hebat, comel dan pelbagai fungsi.

Pada majlis pelancaran katalog tahunannya, Bloom & Grow, yang mengedarkan lebih 500 produk daripada 28 jenama terkemuka premium dari seluruh dunia seperti Ergobaby, Skip Hop, The GRO Company, OXO Tot dan Trunki menerusi kedai ibu dan bayi terkemuka di seluruh Malaysia mengetengahkan produk baharu dan bergaya yang membuatkan ibu bapa dan kanak-kanak semuanya teruja.

Di samping memperkenalkan rekaan baru daripada jenama sedia ada, ditampilkan dua tambahan baru dan menarik dalam katalog – CuddleCo dan Make My Day.

“Perjalanan pasangan suami isteri bermula setelah mereka mengetahui akan adanya kehadiran orang baru dalam kehidupan mereka. Di Bloom & Grow, sudah pasti semua ibu bapa akan mencari produk yang mampu membuatkan dunia kekeluargaan mereka menjadi sesuatu yang menyeronokkan dan kurang membebankan terutama sekiranya anda baru pertama kali bergelar ibu dan bapa. Produk berkenaan semuanya inovatif, dan sebahagiannya meraih anugerah, selamat dan pelbagai fungsi dan pada masa yang sama, memiliki tarikan menarik buat ibu bapa dan kanak-kanak pelbagai peringkat usia,” kata Jonathan Horsley, Pengurus Jualan Kanan, B&G Baby and Maternity Distribution (M) Sdn Bhd.

“Malah, kebanyakan jenama yang kami bawakan ini direka oleh golongan ibu dan bapa. Jenama tersebut kini dicari-cari oleh ibu bapa di seluruh dunia yang mahukan yang terbaik untuk pertumbuhan dan perkembangan sihat anak-anak mereka. Rangkaian produk kami yang meluas dihasilkan dengan baik dan rekaaannya pula berdasarkan keselesaan kedua-dua pihak, anak serta ibu dan bapa,” tambah Jonathan.

bloom-and-grow-awal-scha-wom

Pada majlis pelancaran, pasangan selebriti – Awal Ashaari, Scha Alyahya bersama-sama anak perempuan mereka yang berusia setahun Lana Alana, pelakon tempatan – Sharifah Sofia dengan anak kecilnya serta ibu yang juga penulis blog – Illy Ariffin dengan si kecil Sofea menggayakan koleksi terkini 2015 yang diperkenalkan oleh Bloom & Grow.

Tetamu dihiburkan dengan persembahan fesyen oleh ibu dan bapa dan si kecil yang begitu bergaya, dan mereka berpeluang untuk mencuba bagaimana produk yang inovatif ini bersesuaian dengan ibu bapa moden hari ini dan pada masa yang sama, memenuhi keperluan si kecil.

 

<< Checklist barang keperluan bayi di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kempen Rexona Fresh Move

Next post

Semak! Jenis-Jenis Skirt Labuh Yang Sesuai Buat Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *