Ada Apa?Buletin

Permohonan UPU 2014

permohonan upu 2014 - women online magazine

(Gambar ini hanya sebagai hiasan sahaja)

Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dapatkan cara-cara memohon UPU untuk tahun 2014 di sini..

Unit Permohonan Universiti (UPU) online telah sedia maklum wajib diisi oleh pemohon yang berada dalam ketegori lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, setaraf dan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia perlu menggunakan kaedah aplikasi dalam talian (online) bagi permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam untuk sesi akademik tahun 2014/2015.

Pemohon yang terbabit, perlu mendapatkan nombor Unik ID bagi mengakses aplikasi permohonan dalam talian (online). Permohonan ini dilakukan untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam, Politeknik Konvensional, Metro dan Institut Latihan Kemahiran Awam bagi sesi akademik 2014/2015.

Cara Dan Tarikh Untuk Pembelian Nombor Unik ID Kemasukan UPU 2014

  • Tarikh pembelian dibuka pada 20 Januari – 7 April 2014
  • Pemohon perlu berurusan dengan kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Selain itu, terdapat dua pilihan bagi nombor Unik ID yang boleh dibeli oleh pemohon dan pastikan mengikut kategori masing-masing iaitu:

  • Kategori A ( Harga RM 10.60 )

    Calon lepasan SPM/ setaraf, Lepasan SKM, Lepasan Diploma Politeknik, Lepasan Sijil Politeknik, Lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Lepasan Sijil ILKA.

  • Kategori B ( Harga RM 15.60 )

Calon lepasan STPM/ Setaraf, Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM, Asasi, Lepasan Diploma/ Setaraf dan Lepasan STAM.

Syarat AM permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.
  • Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
  • Semua program di UITM, Program Asasi UIAM, Program Asasi Sains dan Program Asasi Alam Bina di UM, Program Asasi di UNIMAS, Program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
  • Semua program asasi di UPM, UKM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP DAN UniSZA DAN Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan bukan bumiputera.

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasa STPM/Setaraf seperti berikut:

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/ My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
  • Bagi bukan warganegara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
  • Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam matapelajaran Pengajian Am.
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam (2) mata pelajaran lain atau mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2013.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2013 atau 2012.
  • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.
  • Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Tips buat mereka yang ingin memilih bidang yang bersesuaian:

  1. Tanyalah pendapat ibu bapa terlebih dahulu, kerana mereka lebih makan garam sebelum kita. Mereka lebih tahu apa yang baik dan tidak buat kita.
  2. Tanyalah pendapat guru kaunseling di sekolah anda, mereka akan berkhidmat dan memberi nasihat buat anda untuk membuat pilihan terbaik.
  3. Tanyalah pendapat rakan-rakan, mungkin mereka akan membantu anda dan menilai adakah bidang yang dipilih anda adalah sesuai atau tidak.
  4. Buat sedikit kajian dengan mencari maklumat terperinci tentang bidang yang anda pilih
  5. Fikirkan secara mendalam adakah bidang yang dipilih menepati peluang pekerjaan masa kini.

Buat mereka yang beragama Islam, lebih baik melakukan solat istikarah untuk memohon petunjuk dari Allah s.w.t.

Untuk pendaftaran: Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pendidikan Malaysia

Jom Baca Maklumat lain di Laman kami Wom.my | Kecantikan | Gaya Hidup | Kesihatan | Keluarga | Saji |

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Tempat Menarik di Genting Highland Theme Park

Next post

Resepi Kek Lapis Cadbury

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *