Ada Apa?Buletin

Tampil Lebih Kacak Dengan Cukuran Yang Lebih Sempurna & Licin! Pencukur Philips siri 9000 Berteknologi Tinggi Sesuai Buat Lelaki Malaysia.

Philips Malaysia - Women Online Magazine

Sebagai sebuah syarikat yang fokus untuk meningkatkan kehidupan manusia menerusi inovasi penuh makna, Philips faham bahawa apabila menyentuh tentang mencukur, wajah lelaki berdepan cabaran sama pada setiap hari – mendapatkan cukuran yang sekemas mungkin.

Golongan lelaki mahukan cukuran yang sempurna untuk membantu mereka tampil kacak. Sekaligus berasa yakin untuk menangani apa jua cabaran. Demi mencapai semua ini, Philips telah bekerjasama dengan pakar yang merintis pelancongan angkasa lepas secara komersial, XCOR Space Expeditions untuk menguji teknologi cukuran elektrik terbaharu dalam persekitaran Sifar-G (graviti).

Di samping mengetahui adakah kaum lelaki mampu mendapat kualiti cukuran yang kemas walaupun ketika berada di angkasa lepas. Hasilnya, pencukur Philips siri 9000, pencukur termaju setakat ini nyata berupaya menawarkan cukuran yang terbaik di mana-mana sahaja, tanpa berkompromi dari segi keselesaan, kawalan atau pilihan.Pencukur Philips siri 9000 memiliki pelbagai ciri yang direka untuk memberikan kualiti cukuran sempurna setiap kali digunakan. Sebagai contoh, bagi mencukur bulu di kawasan yang sukar dicapai, di mana bulu boleh tumbuh dari arah berbeza, lelaki terpaksa mencukur dengan kerap di kawasan yang sama pada wajah atau leher mereka. Ini boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif dan gatal, akhirnya mereka berasa kecewa.

Jadi, pencukur ini hadir bersama inovasi-inovasi intuitif yang telah diuji ke peringkat tertinggi seperti teknologi pengesan Kontur dan bilah-bilah pisau V-Track Precision yang unik. Hasilnya, Pencukur Philips siri 9000 mampu mengesan dan mencapai setiap kontur wajah bagi menawar cukuran yang paling licin kepada golongan lelaki.

“Kami tahu bahawa kaum lelaki mahukan teknologi tercanggih di hujung jari dalam setiap aspek kehidupan mereka. Di Philips, inilah faktor utama dalam penyelidikan kami,” kata Pengarah Negara, Kumpulan Syarikat Philips di Malaysia dan Pengurus Besar, Gaya Hidup Pengguna untuk Philips Malaysia, Muhammad Ali Jaleel.

“Dalam proses pembangunan Pencukur Philips siri 9000, kami membawakan inovasi ke peringkat seterusnya, secara mayanya jauh dari dunia ini dengan kerjasama rakan kami iaitu XCOR Space Expeditions, apabila kami menguji teknologi ini dalam persekitaran Sifar-G. Kami sangat yakin dengan teknologi termaju ini, kaum lelaki di Malaysia kini boleh menikmati pengalaman mencukur yang sempurna serta membuatkan kulit berasa dan kelihatan hebat, di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.”

“Saya sangat berbesar hati kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada majlis pelancaran Pencukur Philips siri 9000 di Malaysia. Saya juga teruja apabila mendapat tahu Philips telah bekerjasama dengan XCOR Space Expeditions untuk membangunkan pencukur mereka. Ini merupakan satu cara yang bagus untuk menunjukkan bahawa kajian dan teknologi angkasa lepas boleh diaplikasikan ke atas banyak perkara dalam kehidupan seharian kita. Ini termasuklah perkara yang biasa seperti pencukur – satu alat yang boleh ditemui di rumah dan digunakan setiap hari oleh kaum lelaki. Peluang untuk mencuba ciri-ciri berteknologi tinggi yang ada pada Pencukur Philips siri 9000 sememangnya cukup mengujakan,” ujar Angkasawan Pertama Malaysia, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

Keunikan & Inovasi Teknologi Pengesan Kontur yang berfungsi walaupun dalam persekitaran Sifar-G

Dibina berdasarkan kepada warisan 75 tahun Philips dalam bidang pembangunan teknologi baharu yang telah mengubah pengalaman bercukur kaum lelaki, Pencukur Philips siri 9000 ialah pencukur elektrik tercanggih Philips setakat ini. Terima kasih kepada penggunaan teknologi Pengesan Kontur, kepala Pencukur Philips siri 9000 boleh dilentur ke lapan arah berbeza dan mengikuti setiap kontur wajah. Ini bagi memberikan cukuran tepat dan membolehkan lebih banyak bulu (sehingga 20 peratus) dapat dipotong dengan sekali lalu sahaja. Digabungkan dengan sistem cukuran bilah pisau yang tepat,V-Track Pencukur Philips siri 9000 mampu memotong bulu di kawasan yang sukar dicapai.

Bagi membuktikan keupayaan teknologi ini, Philips telah bekerjasama dengan XCOR Space Expeditions untuk menguji ciri ini dan aspek-aspek lain Pencukur Philips siri 9000 dalam persekitaran Sifar-G. Persekitaran itu direka untuk meniru kondisi di angkasa lepas yang digunakan sebagai sebahagian daripada misi latihan unik angkasawan. Ia juga direka untuk membuatkan pelanggan lebih bersedia sebelum menyertai pelancongan komersial ke angkasa lepas.

Pasukan Rias Lelaki Philips telah bekerjasama dengan pakar pelancongan komersial angkasa lepas, XCOR Space Expeditions sepanjang pelancaran program pelancongan angkasa lepas mereka selama dua tahun. Sebagai tambahan kepada kerjasama rapat dengan XCOR Space Expeditions untuk menguji teknologi ini, Philips juga mempunyai akses kepada kemudahan latihan angkasawan XCOR Space Expeditions. Kemudahan ini akan ditawarkan di semua rangkaian Philips di seluruh dunia. Jadi, kaum lelaki di seluruh dunia boleh merasai sendiri pengalaman seperti berada di angkasa lepas.

Inovasi Yang Menawarkan Anda Kawalan Lebih Baik

  • Pencukur Philips siri 9000 dilengkapi bilah-bilah pisau V-Track yang tepat – ia merupakan sistem mencukur yang tiada seumpamanya di dunia ini dan mampu memotong bulu atau rambut dengan efektif
  • Dengan sentuhan satu butang, sistem SmartClean yang unik akan membersih, mengering, mengecaj dan melincirkan Pencukur Philips siri 9000. Jadi ia akan mencukur seperti sebuah pencukur baharu setiap kali digunakan
  • Tetapan peribadi membolehkan pengguna mengubah suai pencukur ini untuk dipadankan dengan jenis kulit dan rambut bagi memberikan keselesaan optimum pada semua bahagian wajah dan leher
  • Model-model tertentu dilengkapi sistem SmartClean untuk tujuan pembersihan yang lebih mudah

<< Ketahui kebenaran kerap mencukur bulu ketiak menyebabkan ketiak menjadi hitam di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Jom Berkelah Di Hutan Lipur Kanching

Next post

Awas, Dengan Perasaan Cinta Anda. Ketahui 6 Tanda Anda Bertepuk Sebelah Tangan!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *