Ada Apa?Buletin

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman bersama USAHANITA

MoU WOM dengan Usahanita-Women Online Magazine

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU ) WOM.MY dan USAHANITA WILAYAH PERSEKUTUAN

Majlis yang diadakan bagi meraikan majlis AGM yang berlangsung di Hotel Adamson, Kuala Lumpur turut menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU)  antara Usahanita Wilayah Persekutuan dengan WOM.MY dan Usahanita Wilayah Persekutuan dengan Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad dan Seri Desa Town telah diadakan pada 17 Mei, 2014 bertempat di Hotel Flamingo, Ampang.

Majlis makan malam bertemakan “Malam Kebaya’ anjuran Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia, Wilayah Persekutuan (Usahanita) ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa.

Perjanjian persefahaman di antara Usahanita Wilayah Persekutuan dan WOM.MY adalah merupakan yang pertama kali ditandatangani. Menerusi jaringan kerjasama ini sebagai rakan media, pihak WOM.MY bersedia  menyediakan platform secara online untuk ahli-ahli usahanita memasarkan produk-produk mereka. WOM.MY sentiasa membuka ruang dan terpulanglah kepada semua usahanita untuk memanfaatkan peluang tersebut.

Manakala Perjanjian Persefahaman di antara  dengan Usahanita Wilayah Persekutuan dengan Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad dan Seri Desa Town, merangkumi aktiviti untuk menjayakan ‘Jumble Sale”, bertempat di Batu 5, Gombak, bermula 28 Mei hingga 1 Jun,2014 dan Bazar Ramadan serta Karnival Aidilfitri 2014, bermula 20 Jun hingga 27 Julai, 2014.

Majlis yang dihoskan oleh pelakon dan pengacara Roslan Shah ini turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan menarik daripada usahanita-usahanita daripada enam daerah iaitu Wilayah Persekutuan, Kepong, Cheras, Putrajaya, Ampang dan Setapak. Selain cabutan bertuah, bekas Juara One In A Millon(OIAM), penyanyi Ayu Damit turut membuat persembahan.

 << Jom kenali Siapa di sebalik tadbir Women Online Magazine ( WOM )

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Serlahkan Gaya Dengan Kasut Lutsinar Crocs

Next post

8 Jenis Makanan Kuatkan Daya Ingat Otak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *